Masalah Utama Pemasaran Bagi Syarikat Baharu Ialah Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim DALAM satu sesi perundingan saya dengan seorang Ketua Jabatan Pemasaran sebuah agensi kerajaan minggu lalu, terkeluar satu soalan dari beliau yang betul-betul menyengat sehinggakan saya masih terasa sehingga hari ini. Ia sangat terkesan kerana saya tidak mempunyai jawapan yang khusus sebenarnya. Soalan itu walaupun nampak mudah, tetapi jawapannya amat banyak sekali …

Kemeja T: Cetak Cara Ini Untuk Tinggalkan Impak Penjenamaan Yang Berpanjangan

Oleh Azleen Abdul Rahim KAEDAH pemasaran yang terbaik yang sebenarnya ialah semua jenis kaedah. Ia tidak boleh tertumpu kepada hanya satu-satu jenis sahaja, kerana ia akan gagal. Pemasaran digital amat bergantung harap kepada keupayaan pemasaran tradisional untuk berjaya, dan begitu juga sebaliknya. Mempunyai laman web dan media sosial sahaja tidak akan mampu pergi jauh tanpa …

Penjenamaan, Kesannya Perlu Di Hati. Bukan Di Fikiran

Oleh Azleen Abdul Rahim Saya dipanggil untuk berbincang oleh satu agensi kerajaan beberapa hari lepas tentang hasrat mereka untuk membuat penjenamaan semula. Setelah ditanya mengapa mereka mengambil keputusan besar sebegini, dan saya menerima jawapan mereka dengan nada yang lebih serius. Mereka menyatakan ia kerana hasil pendapatan mereka sudahpun mencapai tahap tepu dan ia kelihatan tidak …

Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Naikkan Jualan Anda Ialah Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim LINKEDIN adalah satu rangkaian media sosial yang khusus kepada para profesional. Dengan 400 juta ahli di seluruh dunia, tidak dinafikan lagi ia banyak membantu golongan profesional dan perniagaan termasuklah freelancer untuk membina keyakinan, jenama masing-masing dan juga kerjasama di antara satu sama lain. Apabila anda mempunyai penjenamaan yang baik di sini …

Ini Puncanya Kenapa Pendedahan Jenama Anda Masih Lemah

Oleh Azleen Abdul Rahim PELABURAN yang tersedia untuk pemasaran digital yang mencecah ribuan ringgit sebulan tidak semestinya akan menjanjikan hasil yang terbaik, terutamanya dalam masa yang singkat. Ini ingatan yang sering saya ulang kepada anda terutamanya kepada jenama-jenama yang masih baharu. Mungkin juga jenama anda ini sudah lama di pasaran tetapi yang betul-betul tahu dan …

Sembilan Ciri-Ciri Logo Yang Hebat

Oleh Azleen Abdul Rahim Logo yang baik akan membantu sesuatu jenama itu senang diingati. Tetapi, logo yang hebat bukan sahaja akan membantu sesuatu jenama itu diingati, ia akan membuatkan orang senang membuat pembelian dan terus membeli. Seperti berjumpa dengan kawan lama, kadang-kadang kita jarang akan dapat mengingati nama, tetapi mudah untuk mengingati muka kawan kita …

Lupakan ‘Peraturan’ Pemasaran, Hanya 6 Taktik Ini Sahaja Yang Anda Perlu

Oleh Azleen Abdul Rahim PEMASARAN tidaklah begitu rumit seperti yang disangkakan. Sekiranya kita rajin untuk mengambil tahu subjek ini secara berterusan, sama ada melalui pembacaan, pemerhatian atau kedua-duanya ia bukan sahaja sesuatu yang agak mudah untuk dipraktikkan tetapi juga menarik. Ia menarik kerana kita dapat ‘bermain-main’ dengan tingkahlaku orang ramai melalui kempen-kempen yang dilakukan. Kita …

Malaysia Sebagai Pusat Perdagangan Serantau ASEAN, Lupakan Sahaja

Oleh Azleen Abdul Rahim Beberapa minggu lalu, sebuah syarikat telekomunikasi yang ‘terkenal’ di Malaysia secara diam-diam telah mengambil kertas cadangan yang dihantar oleh pelanggan saya dan memberikannya kepada syarikat lain. Syarikat pesaing ini kemudiannya memberikan pakej yang jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh pelanggan saya. Selepas itu, dengan proses yang agak pantas mereka …

7 Elemen Ini Bakal Kuatkan Strategi Pemasaran Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim KEHEBATAN sebenar mana-mana jenama yang popular sebenarnya bukan terletak kepada strategi pemasaran mereka. Bukan juga melalui cara bagaimana mereka melakukan pemasaran di media sosial mahupun tradisional, dan bukan juga dari kehebatan mereka merekacipta bahan pemasaran yang kreatif melalui video, poster, infografik dan artikel-artikel yang ditulis. Sekiranya diamati dengan lebih mendalam, kehebatan …

Pengguna Mudah Mencari Anda Di Internet Dengan Taktik Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim ANDA pernah Google diri anda ataupun jenama anda sendiri? Pasti teruja bukan dapat melihat profil anda sendiri terpampang di internet. Tetapi kali ini cuba anda cari jenama anda sendiri di laman enjin pencarian seperti Google, Yahoo mahupun Bing ini, dengan cara lain selain daripada menulis nama jenama anda. Cuba anda taip …

Pemasaran Mulut Ke Mulut, Betulkan Strategi Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim SEMUA orang tahu pemasaran mulut ke mulut adalah satu kaedah yang amat efektif untuk menjual sesuatu produk. Ia perlahan pada mulanya tetapi apabila ia mula menunjukkan sedikit pergerakan, kesannya bukan sahaja amat mendalam malah boleh menjadi viral. Ini mampu dicapai tanpa perlu bergantung kepada internet. Dahulu pemasaran mulut ke mulut pada …

Pemasaran Digital Di Malaysia: Arah Tuju Tahun Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim SEKIRANYA anda masih belum ‘nampak’ setiap perkembangan yang telah dan akan berlaku, di sini saya senaraikan beberapa berita menarik yang pasti akan membuka mata anda. Terma pemasaran digital itu sendiri akan pupus dalam masa 5 tahun lagi. Memandangkan ia terlalu umum, orang ramai tidak begitu faham apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran …

6 Langkah Dapatkan Like Dengan Cepat Di Facebook

Oleh Azleen Abdul Rahim SEKIRANYA anda melihat laman Facebook sesuatu jenama itu, anda pasti perasan yang anda akan mencari berapa jumlah Like yang ada setelah anda selesai membaca atau melihat kandungan yang dikongsikan terlebih dahulu. Ini perkara biasa. Jangan panik kerana anda masih lagi normal. Anda sebenarnya cuma inginkan kepastian yang jenama itu terkenal ataupun …

Jenama Anda Tenggelam Mungkin Kerana Tiada Hashtag

Oleh Azleen Abdul Rahim HASHTAG ialah simbol palang seperti ini: #. Sebelum ini ramai yang kenal tanda ini sebagai tanda pound tapi semenjak kewujudan media sosial Twitter pada tahun 2006, nama hashtag ternyata lebih popular. Anda akan perasan yang ia sering kelihatan di rangkaian media sosial yang lain. Ramai yang tahu bagaimana menggunakannya tetapi ramai …

Bagaimana Menjadi Penulis Blog Sepenuh Masa?

Oleh Azleen Abdul Rahim UNTUK menjadi seorang penulis blog yang berjaya, anda perlu lakukan apa yang dilakukan oleh para penulis blog yang berjaya. Kemudian barulah anda boleh ke bank setiap hari. Tidak ramai yang tahu cara-cara yang harus dilakukan untuk menjadi penulis blog yang berjaya, apatah lagi untuk menjadi penulis blog sepenuh masa. Siapakah para …

Dari Hanya Rakan Di LinkedIn, Kini Pelanggan Berbayar

Oleh Azleen Abdul Rahim Mempunyai rangkaian kenalan digital kini semakin diperlukan oleh para profesional. Sebab utama ialah kerana kita perlu mendapatkan perspektif baru tentang sesuatu, mendapatkan pelanggan, rakan niaga ataupun juga pelabur untuk jenama kita terus memacu ke hadapan. Bagi saya, LinkedIn merupakan satu rangkaian media sosial yang jauh berbeza dari yang lain seperti Facebook, …

Mengapa Agensi Media Digital Akan Pupus 10 Tahun Lagi

Oleh Azleen Abdul Rahim SAYA terbaca satu artikel yang ditulis oleh Yuyu Chen di laman portal media terkenal digiday.com beberapa hari lepas tentang satu trend terbaru di dalam industri pemasaran digital yang sedang berlaku di negara-negara Barat ketika ini. Ia menarik perhatian saya kerana saya tahu ia bukan sahaja benar, malah sudahpun berlaku di negara-negara …

Ini Sebabnya Jualan Pesaing Anda Lebih Baik Dari Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim KOMUNITI ialah satu kumpulan pengguna yang percaya dan yakin dengan jenama anda. Mereka bukan sahaja yakin dengan kebolehan anda, malah mereka juga yakin dengan wawasan dan juga perjalanan perniagaan anda. Malah, mereka juga yakin yang anda mempunyai produk dan perkhidmatan yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Cuma, mereka masih belum bersedia …

Guna Taktik Ini Untuk Status Media Sosial Yang Kreatif

Oleh Azleen Abdul Rahim IA mungkin nampak remeh, tapi status media sosial yang anda muatnaik untuk tatapan orang ramai perlu mempunyai ‘uummmpphh’ untuk menarik perhatian mereka datang dan melihat apa yang anda tawarkan. Dengan perhatian yang hanya beberapa saat ini, ia mungkin akan berubah menjadi satu pembelian. Untuk membuatkan sesiapa sahaja datang menjenguk apa yang …

2017: Ke Mana Arah Tuju Perniagaan Anda?

Oleh Azleen Abdul Rahim RAMAI yang berpendapat, tahun 2017 yang akan menjelang tidak berapa lama lagi ini akan jauh lebih mencabar berbanding 2016 dan juga tahun-tahun yang sebelumnya. Betul, cabaran di tahun 2017 akan menjadi semakin getir. Malah, tidak dinafikan juga ia bakal menentukan kedudukan ekonomi perniagaan kita dan juga secara individu sama ada pendapatan …

Taktik Kenal Pasti Sasaran Pelanggan

Oleh Azleen Abdul Rahim SASARAN pelanggan yang tepat akan menjamin pulangan jualan yang baik dan berterusan. Terdapat beberapa jenama yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk mencari di mana para pelanggan mereka berada dan memahami cara mereka membuat pembelian. Ini penting kerana jenama anda perlu berada di hadapan mata mereka ketika anda membuat iklan. Kita lihat …

Tiada Bajet Untuk Pasarkan Produk. Kegilaan Apakah Ini?

Oleh Azleen Abdul Rahim BANYAK syarikat terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana, menyediakan bajet yang lebih mengutamakan produk berbanding aspek-aspek lain. Saya ada berinteraksi dengan beberapa ahli pengurusan syarikat bersaiz sebegini dan mendapati mereka begitu bersungguh-sungguh dalam strategi produk dan perkara-perkara yang melibatkan pengeluaran produk mereka untuk dipasarkan, tetapi tidak merancang dengan teliti tentang bagaimana …

Pemasaran Dalam Talian: Pencarian Pelanggan Dalam 6 Langkah

Oleh Azleen Abdul Rahim APABILA anda berjumpa dengan seseorang, amat mudah untuk anda membuatkan orang itu untuk percayakan anda dan apa yang anda perkatakan. Hanya dengan berdasarkan bentuk fizikal anda yang profesional dan kemas, paras rupa yang menarik, apa yang diperkatakan itu masuk akal dan logik dan bahasa tubuh anda yang konsisten, anda pasti akan …

4 Soalan Pemasaran Ini Akan Tentukan Pelanggan Akan Beli Atau Tidak

Oleh Azleen Abdul Rahim SEBAGAI seorang pakar di bidang anda, sudah semestinya anda mempunyai semua pengetahuan, pengalaman dan kepakaran yang ada tentang subjek anda. Bukan itu sahaja, anda juga tahu bagaimana caranya untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Anda juga tahu yang harga yang anda tawarkan ini amat murah berbanding dengan kualiti …

Yang Penting Bukan Banyak Like, Tetapi Banyak Pembeli

Oleh Azleen Abdul Rahim MENGAJAR seseorang yang baru hendak menceburi media sosial profesional LinkedIn bukan satu kerja yang mudah. Saya mengambil masa hampir seminggu lebih untuk mengajar seorang penasihat kewangan tentang bagaimana cara yang paling efektif menggunakan LinkedIn minggu yang lalu, dan itu baru pengenalan. Seminggu! Jadi, anda janganlah ambil mudah tentang bagaimana memasarkan jenama …

Tutor Dalam Talian: Anak Anda Sudah Berdaftar?

Oleh Azleen Abdul Rahim KEJAYAAN sektor pendidikan dalam talian di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat telah mendorong pelbagai pihak di negara ini untuk cuba membawa kaedah yang sama ke rantau Asia Tenggara. Semenjak beberapa tahun ini, banyak syarikat tidak kira besar mahupun kecil telah menembusi pasaran Malaysia dengan menyediakan portal-portal yang berbentuk tutorial untuk kemudahan …

Trafik Internet: Teknologi Lama Masih Kalahkan Facebook

Oleh Azleen Abdul Rahim Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh The Journal, iaitu majalah teknologi dalam talian yang berpusat di Ireland, trafik atau para pengunjung yang dihantar oleh Facebook ke laman-laman web yang berdaftar di seluruh Ireland sebenarnya tidaklah sebanyak mana seperti yang digembar-gemburkan. Sebenarnya, sumber yang lebih banyak menghantar para pengunjung ke laman-laman web …

Tiada Laman Web? Gantikan Dengan Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim ANDA tidak perlu risau sekiranya pelan perniagaan anda tidak mempunyai laman web sebagai sesuatu yang kritikal buat masa ini. Mungkin kerana faktor kos yang agak tinggi untuk itu, ataupun mungkin kerana anda masih belum lagi bersedia untuk ini. Namun, anda tahu yang anda perlu mempunyai ‘rumah’ untuk menempatkan semua maklumat tentang …

Rancangan Perniagaan Anda Perlu Ada 9 Kriteria Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim APABILA anda bercakap tentang perniagaan dalam talian, anda tidak dapat lari daripada merancangnya terlebih dahulu. Kalau dahulu, anda perlukan satu perancangan yang baik, tetapi sekarang perancangan anda perlu baik dan juga kreatif. Tanpa kedua-dua ini, anda pasti tidak terlawan dengan persaingan yang gila di luar sana. Jadi, sebaik-baik rancangan ia perlu …

8 Perniagaan Yang Anda Boleh Mulakan Dari Rumah

Oleh Azleen Abdul Rahim DALAM satu forum baru-baru ini, saya ditanya oleh beberapa peserta tentang apakah bentuk perniagaan dalam talian yang sesuai untuk mereka mulakan. Soalan yang mudah tetapi amat sukar untuk dijawab. Untuk memulakan apa jua perniagaan memang senang, tetapi untuk memastikan yang perniagaan itu bakal menguntungkan, tidak bermasalah dan tidak menggunakan modal yang …

4 Idea Gerila Ini Boleh Cepatkan Penjualan Produk Anda Di Internet

Oleh Azleen Abdul Rahim Sekiranya anda menjalankan perniagaan dalam talian, pastikan anda melakukan pelbagai promosi untuk meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan anda. Ini perkara yang paling asas sekali. Kita semua tahu, kebanyakan perniagaan dalam talian gagal kerana tiadanya promosi. Di sini saya ingin memberikan empat idea pemasaran yang boleh dianggap kritikal yang boleh anda lakukan sebelum memulakan promosi anda habis-habisan. Terburu-buru …

2016: Ke Mana Arah Tuju Teknologi Dalam Talian?

Oleh Azleen Abdul Rahim SAYA amat tertarik membaca artikel yang ditulis oleh Roee Ganot di portal Business2Community yang berkisar tentang laporan yang dibuat beberapa penyelidik berkenaan aliran masa kini dan halatuju teknologi dalam talian dan pemasaran. Laporan-laporan yang disediakan itu begitu menyeluruh yang tidak dapat saya senaraikan semuanya di sini untuk persediaan anda menghadapi ‘peperangan’ media …

Kuatkan Penjenamaan Anda Dengan 4 Cara Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim JENAMA anda perlu dimulakan dengan strategi penawaran harapan, dan penuhi harapan yang dijanjikan itu tadi dengan sebaik mungkin. Konsep penjenamaan ini amat penting dalam meluaskan empayar perniagaan anda. Bayangkan anda bakal membuka satu restoran di Shah Alam, ibu negeri Selangor yang amat terkenal dengan pelbagai jenis restoran, kafe dan tempat-tempat makan …

4 Taktik Pantas Untuk Naikkan Pengikut Instagram Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim Instagram amat berguna kepada syarikat atau usahawan seperti anda yang menggunakan visual, sama ada video pendek, gambar atau kedua-duanya dalam penjualan produk atau perkhidmatan mereka. Memandangkan Instagram tidak membenarkan penggunaan backlink atau rangkaian pendek yang boleh diklik untuk ke laman web atau blog anda, jadi strategi penggunaannya agak berbeza berbanding media …

Kek: Dari Facebook ke Meja Makan Pelanggan

Oleh Azleen Abdul Rahim Secara kasarnya, penjualan kek secara dalam talian tidak nampak begitu menarik dan glamor seperti industri lain namun ia mampu menjana sehingga ribuan ringgit sehari jika ia diusahakan dengan sistematik. Baru-baru ini saya ada menemubual seorang pembuat kek yang juga selebriti dalam talian yang terkenal tentang bagaimana beliau menggunakan hanya Facebook sebagai …

Guna Cara Ini Untuk Naikkan Jumlah Muat Turun Aplikasi Mudah Alih Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim Aplikasi mudah alih yang anda bina itu memang terbaik. Anda bersemangat bila ia diakui sendiri oleh rakan-rakan anda, pengurusan anda dan kenalan-kenalan peribadi anda di media sosial. Kata mereka, ia mudah digunakan, senang difahami, mereka suka dengan kelebihan ciri-ciri yang pantas dan tidak tersekat-sekat dan pilihan warna yang sesuai. Kalau tak …

Di Sebalik Pembelian LinkedIn Oleh Microsoft

Oleh Azleen Abdul Rahim Baru-baru ini dunia teknologi maklumat dan pemasaran digital dikejutkan dengan berita pembelian rangkaian media sosial LinkedIn oleh syarikat gergasi teknologi terkenal Microsoft. Dianggap sebagai salah satu transaksi penggabungan dan pembelian terbesar di dunia dengan nilai USD 26.2 billion, ramai pihak terutamanya dari industri pemasaran digital melahirkan rasa teruja. Malah ada juga …

E-mel: Guna Empat Cara Ini Untuk Tingkatkan Peluang Perniagaan

Oleh Azleen Abdul Rahim BANYAK jenama tempatan dan antarabangsa di luar sana yang menggunakan kaedah spamming bagi mendapatkan perha­tian. Mereka seakan-akan terdesak untuk mendapatkan jualan hari ini juga. Jadi, apa lagi selang beberapa hari atau setiap minggu ada sahaja e-mel yang dihantar kepada ‘bakal pelanggan’. Akhirnya, apabi­la penerima yang membuat adu­an, mereka pun akan terus …

Hati-hati! Media Sosial Kini Sudah Berubah Wajah

Oleh Azleen Abdul Rahim SELAMA ini kita kenali Facebook, Twitter, LinkedIn dan Instagram sebagai rangkaian-rangkaian sosial untuk kita saling berhubung antara satu sama lain dengan rakan-rakan di samping membuat selitan untuk menjual produk dan perkhidmatan. Kini tidak lagi. Mereka sudah mula berubah wajah menjadi sesuatu yang amat ditakuti ramai. Kini mereka menjadi agensi pengiklanan gergasi. …

Jangan Jual, Buatkan Pelanggan Datang Membeli Produk Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim BUKAN sahaja syarikat-syarikat kecil yang tidak tahu, banyak juga syarikat gergasi yang tidak begitu mahir dalam mendapatkan pembeli produk mereka tanpa menjual. Kebanyakannya akan cuba sedaya upaya untuk menjual dan terus menjual produk mereka tanpa me­ngetahui (atau tidak peduli langsung) dengan lebih mendalam tentang corak pembe­lian para pelanggan di luar sana. …

Dengan 9 Taktik Dalam Blog Ini, Anda Tidak Akan Gagal Lagi

Oleh Azleen Abdul Rahim SEMALAM saya berjumpa dengan seorang usahawan muda berasal dari India yang menetap di Kuala Lumpur. Nama beliau Mohandeep Singh. Sebenarnya Deep menemui saya kerana beliau ingin meminta beberapa buah fikiran tentang proses pembuatan kandungan. Sepanjang tiga jam perbualan yang dise­lang-selikan dengan kopi panas, kami berbincang tentang pelbagai aspek kandung­an seperti video, …

Era Emosi: Kandungan Cerita, Visual dan Sasaran Pasaran

Oleh Azleen Abdul Rahim SEDAR atau tidak, kita kini berada di zaman yang paling menarik dalam sejarah manusia. Zaman di mana teknologi yang begitu maju mula mempengaruhi corak kehidupan harian kita. Inilah era kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat oleh berjuta-juta jenama yang dahagakan penglihatan kita. Mereka cuba membuatkan kita menoleh sejenak, perhatikan apa yang mereka …

Pemasaran Emosi: Cara Terbaharu Tarik Pembeli

Oleh Azleen Abdul Rahim SETIAP tahun anda pasti tertarik dengan iklan Hari Raya Petronas yang membuatkan emosi anda terdetik. Sedar tak sedar, keesokan harinya anda bercakap tentang betapa hebatnya iklan tersebut dengan rakan-rakan sama ada di media sosial ataupun di pejabat. Seperti anda, sebagai seorang ahli pemasaran, setiap tahun saya juga akan menanti apakah bentuk …

Pemasaran Kandungan: 15 Saat Terpenting Dalam Hidup Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim Menjalani kehidupan sebagai seorang usahawan di media sosial tidak semudah yang disangkakan. Terutama sekali apabila anda adalah usahawan kecil yang tidak mempunyai pasukan besar, ataupun bergerak seorang diri. Pelbagai kerja terpaksa dilakukan, bermula daripada pemasaran, jualan, operasi, penghantaran barang-barang atau penyediaan perkhidmatan di tempat pelanggan, perakaunan dan macam-macam lagi. Ia akan …

LinkedIn Merupakan Resume Abad Ke-21

Oleh Azleen Abdul Rahim Terdahulu, saya ada berkongsi mengenai cara-cara yang pa­ling efektif untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan de­ngan pemohon-pemohon yang lain yang kebanyakannya lebih hebat, yang mempunyai ijazah yang lebih baik dari universiti ternama. Satu elemen yang penting ialah bagaimana untuk menggunakan LinkedIn seperti yang disarankan kerana ia mampu memberikan impak yang tinggi ke …

Kuasa News Feed Facebook Kini Di Tangan Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim PADA Isnin minggu lepas, Facebook telah membuat satu pengumuman penting di blog mereka. Ia tentang perubahan terbaharu algoritma yang bakal berlaku tidak lama lagi. Kali ini, ia melibatkan News Feed, iaitu status dan berita yang anda lihat di laman Facebook anda. Algoritma terbaru Facebook ini akan memastikan yang anda hanya akan …

5 Perkara Yang Perlu Anda Hadapi Sebagai Penulis Blog

Oleh Azleen Abdul Rahim Akhirnya, anda akur yang anda perlu menulis untuk menaikkan jenama anda dan syarikat anda. Apabila terlalu banyak pendapat yang anda baca sejak berbulan-bulan lalu tentang kepentingan blog dan bagaimana anda perlu mempunyai dan menulis blog anda sendiri, anda mulai yakin. Jadi, anda fikir inilah masa yang paling sesuai untuk meluangkan sedikit …

Guna LinkedIn Untuk 
Dapatkan Kerja Idaman Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim TAHUN 2016 bermula dengan cabaran yang getir. Bukan sahaja kepada negara, malah pada setiap kita. Dua hari yang lalu ketika saya berada dalam Masjid Asy-Syakirin KLCC, saya terdengar keluhan dua sahabat di belakang saya tentang jaminan pekerjaan mereka. Begitulah, dengan cabaran ekonomi sebegini semua orang terutama golongan profesional pasti risau tentang …

Jual Apa Yang Mereka Inginkan, Bukannya Produk

Oleh Azleen Abdul Rahim SEPANJANG 13 tahun karier saya sebagai seorang pengurus kanan jualan ketika zaman bekerja dahulu, saya bekerja di beberapa syarikat yang menawarkan produk telekomunikasi dan perisian komputer. Namun, saya tidak pernah menjual perisian komputer sebenar­nya, mahupun alat telekomunikasi kepada para pelanggan. Saya tidak berapa mahir kalau melibatkan bab-bab teknikal, tetapi saya berjaya memenuhi …