Pemasaran Digital: 11 Aplikasi Yang Anda Mesti Guna

Oleh Azleen Abdul Rahim KINI, begitu banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk menyempurnakan strategi pemasaran digital kita. Di sini saya senaraikan beberapa aplikasi yang saya gunakan setiap masa, untuk memudahkan tugasan harian membantu pelanggan mengendalikan akaun media sosial yang agak banyak ini. Flipboard. Melalui aplikasi ini, segala rss feed daripada 53 laman-laman web yang saya ikuti …

Adakah Anda Seorang Tukang Karut Yang Baik?

Oleh Azleen Abdul Rahim SEKIRANYA ya, tahniah untuk anda. Sekiranya tidak, jangan risau. Saya akan ceritakan bagaimana untuk menjadi ‘tukang karut’ yang hebat. Apa yang penting sangat menjadi seorang tukang karut ini sebenarnya? Dalam pemasaran digital, ia amat penting kerana hanya dengan menjadi pencerita yang baik sahaja yang akan mampu menarik orang datang kepada kita …

Cara Tingkatkan Jualan Unit Amanah Atau Insurans

Oleh Azleen Abdul Rahim Artikel ini saya tujukan khas kepada para penasihat kewangan di luar sana. Bayangkan seorang pelanggan ingin membeli satu polisi insurans atau unit ama­nah, jenama yang manakah patut pilih? Kalau saya, ia agak sukar kerana semuanya hampir sama. Oleh itu, saya pasti akan tolak pemilih­an jenama ke tepi sekejap, sebaliknya memilih penasihat …

Adakah Laman Web Anda Masih Relevan?

Oleh Azleen Abdul Rahim Satu daripada jenama kopi terkenal dunia, baru-baru ini telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan dunia pemasaran global. Di dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Verge, sebuah majalah dalam talian yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, syarikat gergasi itu mengumumkan yang laman web mereka telah ‘mati’ dan mereka tidak lagi …

Fungsi Tandatangan Unik E-mel Sebagai Alat Pemasaran Dalam Era Digital

Oleh Azleen Abdul Rahim Pada Ahad lepas, saya telah diundang oleh Fakulti Ekonomi dan Pemasaran Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjayakan satu seminar pemasaran digital. Seminar ini untuk para pelajar tahun akhir jurusan ekonomi yang akan tamat pengajian pada tahun depan. Kumpulan pelajar yang dijemput tidak besar kerana ia tidak dibuka kepada semua pelajar, hanya …

Ini Reaksi Saya Apabila Melihat Promosi 
Dan Iklan Anda Di Internet

Oleh Azleen Abdul Rahim ANDA mesti ingin tahu, apakah reaksi orang ramai apabila pertama kali saya melihat promosi dan iklan anda di Internet, yang jenama mereka belum pernah dengar. Reaksi yang bakal mereka buat adalah sama dengan apa yang selalu saya lakukan. Pertama kali saya nampak iklan anda di Internet, saya tidak akan melihatnya langsung. Saya …

Kerana Pemasaran, Penjualan Binasa

Oleh Azleen Abdul Rahim SAYA telah dijemput untuk bercakap dalam satu seminar pemasaran digital baru-baru ini. Semasa sesi soal jawab, saya ditanya satu soalan yang begitu relevan sekali pada masa kini, tetapi tidak begitu melibatkan topik pemasaran digital. Peserta tersebut adalah seorang Ketua Jabatan Jualan di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Soalan beliau: Penjualan …

Di Mana Komuniti Anda?

Oleh Azleen Abdul Rahim Saya ingin mulakan dengan satu soalan yang cukup mudah - Apakah objektif pemasaran anda? Sudah semestinya saya ingin menjual lebih banyak produk dan perkhidmatan kepada para pelanggan. Lagi banyak dan hari-hari, lagi bagus. Saya pasti, ini adalah jawapan anda, betul? Anda sebenarnya tidak keseorangan. Saya juga akan memberikan jawapan yang sama. Ini kerana …

5 Cara Bagaimana Menjana Pendapatan Tambahan Menerusi Blog

Oleh Azleen Abdul Rahim Tahukah anda, kita sebenarnya mampu menjana pendapatan tambahan, hanya dengan menjadi blogger yang mempunyai laman blog yang aktif, menarik dan pengikut yang ramai. Ada juga blogger yang tidak lagi perlu bekerja, kerana laman blognya mampu menjana beribu-ribu ringgit seminggu. Tidak kurang juga yang kini sudah pun bergelar selebriti terkenal. Antara yang …

Pemasaran: Generasi Baharu Bencikan Iklan, Mereka Mahukan Ini!

Oleh Azleen Abdul Rahim Generasi Y atau dikenali sebagai millennial ini, terdiri daripada golongan yang dilahirkan di antara tahun 1980 sehingga sekitar 2000. Sekiranya anda di dalam bidang pemasaran digital seperti saya, anda pasti sedar yang golongan millennial ini merupakan pasaran yang amat besar, merangkumi hampir 25 peratus populasi di Malaysia. Saya tidak mempunyai statistik …

Pemasaran Dalam Talian: 8 Kesalahan Yang Perlu Anda Elakkan

Oleh Azleen Abdul Rahim MELAKUKAN kesalahan demi kesalahan adalah perkara biasa apabila mencuba sesuatu yang baharu. Saya sendiri telah melakukan pelbagai bentuk kesalahan sebelum betul-betul mahir dalam pemasaran dalam talian dan media sosial ini. Di sini saya kemukakan beberapa kesalahan yang pernah saya lakukan dahulu untuk anda pelajari. Tidak mempunyai mesej yang fokus. Ramai di antara anda …

11 Cara Kekalkan Pengunjung Laman Web Anda Agar Berada Lebih Lama

Oleh Azleen Abdul Rahim SEPERTI apa yang saya tulis minggu lepas, artikel ini amat berkait rapat dengan artikel tersebut. Laman web yang baik dan berkualiti, akan membuat apa sahaja untuk kekalkan pengunjung laman web mereka agar berada lebih lama di dalamnya. Mereka tahu, hanya dengan cara ini, peluang mereka untuk menjadikan para pengunjung itu tadi …

4 Cara Menukar Pengunjung Laman Web Anda Menjadi Pelanggan

Oleh Azleen Abdul Rahim Anda merupakan seorang tauke kedai perabot. Perniagaan perabot anda baru sahaja bermula beberapa hari lepas, baru lagi. Jadi, perkara yang pertama sekali yang anda lakukan ialah bagaimana untuk menarik orang ramai untuk datang ke kedai anda. Akhirnya, segala kreativiti dan strategi anda itu membuahkan hasil yang baik apabila dalam masa seminggu …

Empat Cara Bagaimana Untuk Memiliki Profil LinkedIn Yang Menarik

Oleh Azleen Abdul Rahim KITA semua tahu bagaimana berkesannya LinkedIn sebagai satu rangkaian media sosial terpenting untuk perniagaan pada masa kini. Tidak mustahil sekiranya anda akan begitu aktif di dalam LinkedIn setiap hari untuk menaikkan penjenamaan diri anda dan juga syarikat anda di mata orang luar. Namun, anda tidak keseorangan. Terdapat 364 juta ahli LinkedIn …

5 Elemen Penting Perlu Ada Pada Laman Web Korporat

Oleh Azleen Abdul Rahim KEBANYAKAN organisasi di Malaysia mempunyai laman web yang menarik. Namun memiliki laman web yang canggih, kreatif dan mempunyai reka bentuk dan flash yang tersembur keluar tidak semestinya akan menarik lebih ramai pengunjung, apatah lagi untuk membuatkan mereka kekal di dalamnya dengan lebih lama lagi. Jadi, apakah elemen yang perlu ada pada …

Enam Rahsia Pemasaran AirAsia

Oleh Azleen Abdul Rahim LAMAN web syarikat penerbangan manakah yang pertama sekali anda akan tuju apabila anda ingin menempah tiket penerbangan untuk percutian keluarga anda yang akan datang? Sudah semestinya AirAsia. Saya pun sama seperti anda. Apabila teringat sahaja percutian, saya akan terfikir AirAsia dahulu. Kenapa begitu? Ia kerana mereka sememangnya mahu kita berfikir sebegitu. Apabila …

Enam Sebab Mengapa 
Pemasaran Digital Anda Gagal

Oleh Azleen Abdul Rahim Hari Jumaat lepas, saya ke Bangsar Shopping Centre untuk berjumpa dengan seorang Ketua Pegawai Pemasaran salah sebuah syarikat insurans terbesar di Malaysia. Kenny merupakan kenalan saya di LinkedIn, yang saya belum pernah jumpa. Tepat pukul 10 pagi, kami pun berjumpa buat kali pertama di Coffee Bean & Tea Leaf. Berjumpa dan bersembang …

8 sebab kenapa penjenamaan anda harus bermula di LinkedIn

Oleh Azleen Abdul Rahim Di Malaysia, kebanyakan organisasi kini semakin sedar betapa pentingnya media sosial dalam membina penjenamaan. Mereka juga sedar akan impak yang ditawarkan oleh media sosial ini begitu ketara sekali. Tanpa media sosial, tidak ada alat penggerak lain yang dapat kita hubungkan kepada para pengguna untuk percepatkan kepercayaan dan kesetiaan mereka terhadap jenama …

Mengapa Jenama Global Pilih Pemasaran Digital Menerusi Media Sosial?

Oleh Azleen Abdul Rahim Adakah anda masih ingat, ketika anda ingin membeli kereta berkuasa tinggi anda bulan lalu, anda ada meminta pendapat daripada dua rakan rapat anda di laman Instagram, yang baru sahaja membeli kereta yang sama sebelum itu? Itu pun setelah kedua-dua mereka memuat naik gambar-gambar dan video mengenai kereta baharu mereka, dan menyatakan …

Cara Paling Efektif Untuk Dapatkan Pekerjaan Setelah Graduasi

Oleh Azleen Abdul Rahim Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menjayakan satu forum di Universiti Perguruan Sultan Idris atau UPSI. Perjalanan yang selama sejam ke Tanjung Malim tidak sia-sia apabila saya melihat begitu ramai sekali para pelajar dan tenaga pengajar yang hadir di auditorium. Rupa-rupanya forum ini diadakan sempena hari penutupan projek tahun akhir mereka, …

Media Sosial: Strategi Khidmat Pelanggan Era Baharu

Oleh Azleen Abdul Rahim Adakah anda seorang pengguna Twitter? Jika anda seorang pengguna Twitter tegar, anda pasti tahu setiap hari di Twitter memang kecoh. Baru-baru ini, saya ada melihat satu ‘bencana besar’ di Twitter. Ada seorang pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia, telah bergaduh dengan pegawai khidmat pelanggan syarikat tersebut secara dalam talian yang …

Kejayaan Pemasaran Internet Anda Bergantung Pada Senarai Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim DUA petang yang lepas, saya telah berjumpa dengan seorang rakan lama untuk sesi teh tarik. Berbual sambil menikmati teh tarik yang sedap memang tidak dapat dinafikan lagi hebatnya. Dia berkata pada saya yang dia sebenarnya agak pelik bila mendapat tahu yang syarikat saya menyediakan perkhidmatan pemasaran digital dan mempunyai beberapa organisasi …