Media Sosial, Merapatkan atau Merosakkan?

By Noreffyzan Izziaty

Aplikasi media sosial merupakan satu aplikasi yang wajib ada didalam setiap telefon bimbit pintar yang dimiliki. Lambakan aplikasi media sosial kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.  Tanyalah mana-mana murid sekolah yang lahir dizaman Gen-Z dan semuda yang lahir sebagai Gen Alpha pasti mengetahui aplikasi media sosial yang terkini.

Sebagai seorang ibu yang lahir sebagai Gen-Y dan mempunyai anak-anak dalam kategori Gen-Z dan juga Gen Alpha sudah pasti timbul pelbagai kegusaran apabila anak seawal usia 7 tahun sudah pandai meminta telefon pintar yang jauh lebih canggih daripada telefon ibu bapa mereka sendiri! Setiap hari anak memokkon bagaimana kawan-kawan sekelasnya mempunyai telefon bimbit mereka sendiri dan membawanya ke sekolah serta mempunyai paling tidak mempunyayi aplikasi WhatsApp dan WeChat untuk kemudahan ibu bapa menghubungi anak-anak.

Namun begitu dengan keghairahan developer aplikasi-aplikasi tersebut membuat penambahbaikkan kepada aplikasi mereka sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pengguna, terdapat pelbagai keburukkan serta bahaya yang timbul disebalik kecanggihan setiap aplikasi tersebut. WeChat sebagai contohnya mempunyai tiga fungsi terbaru dibawah fungsi Discover dan jauh lebih canggih daripada Whatsapp iaitu:

Shake, fungsi ini apabila diaktifkan pengguna hanya perlu mengoyangkan telefon pintar mereka dan mereka akan mendapat maklumbalas dengan orang sekeliling berhampiran lokasi pengguna yang juga sedang menggunakan fungsi shake tersebut dan memparkan satu pengguna yang berbeza bagi setiap satu shake.

People Nearby, mempunyai fungsi yang hampir sama seperti shake tetapi berbeza kerana ianya memaparkan senarai pengguna-pengguna aplikasi WeChat yang berdaftar dan boleh terus bersembang dengan mana-mana pengguna yang tersenarai.

Message in a Bottle, adalah fungsi yang lebih interakif dan mempunyai grafik yang menarik dimana terdapat tiga pilihan iaitu Throw, Pick Up serta My Bottles. Throw  membolehkan pengguna menaip pesanan yang kemudian akan dimasukkan ke dalam botol dan “dibaling” ke laut. Pick Up adalah dimana jika dipilih botol yang mengandungi mesej daripada mana-mana pengguna boleh dibaca dan pengguna mempunyai pilihan samada untuk membalas atau “membuang” botol tersebut kembali ke laut.

Ketiga-tiga pilihan ini membuatkan WeChat lebih popular dikalangan Gen-Z kerana GUI (Graphical User Interface) yang menarik serta fungsi-fungsi yang telah dinyatakan diatas. Sebagai ibu bapa sudah semestinya kita tidak mampu untuk memantau dengan siapa anak-anak kita berhubung tamabahan jika anak sudah berada diusia remaja dan ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan masalah sosial dimana sudah terdapat kes kanak-kanak seawal usia 8 tahun sudah mempunyai kekasih yang jauh lebih berusia. Ini juga antara punca kenapa peratusan kanak-kanak serta remaja dirogol, lari dari rumah semakin meningkat kerana apabila kanak-kanak atau remaja itu memuat naik mesej yang berbaur kekecewaan atau amarah terhadap ibu bapa, pasti ada yang membaca dan membalas serta mungkin memberikan nasihat-nasihat yang salah. Maka terjadilah kes kanak-kanak atau remaja yang lari dari rumah, dirogol teman alam maya dan pelbagai lagi kejadian yang tidak diingini. WeChat  juga menjadikan ejaan anak-anak semakin teruk dan ini menambahkan kebimbangan guru-guru dimana pelajar lulusan Universiti turut memuatkan ejaan bahasa WeChat ke dalam Resume mereka dan ini memberikan impak yang besar kepada permohonan kerja mereka.

Namun begitu tidak dinafikan ada juga yang menggunakan aplikasi sosial untuk mencari jodoh. Ramai pasangan pengantin muda yang bertemu jodoh di WeChat. Walaupun ianya mengundang pelbagai risiko, namun ianya terpulang pada kebijaksanaan pengguna aplikasi ini sendiri untuk menilai rakan alam maya yang mereka temui itu. Tidak dinafikan ramai juga mereka yang telah berumahtangga turut menggunakan aplikasi ini untuk tujuan yang salah iaitu untuk pun menghilangkan kesunyian, atau sekadar ingin mencuba dengan niat asal untuk memantau anak-anak namun selalunya membawa kepada sebaliknya apabila gagal untuk mengelakkan tarikan yang terdapat didalam aplikasi WeChat itu sendiri.

Didalam dunia yang semakin hari semakin canggih ini, terpulang pada inidividu itu sendiri untuk menjadikan sesuatu media sosial itu boleh mendatangkan kebaikkan ataupun keburukkan. Sosial media boleh menjadi punca rezeki jika digunakan dengan betul juga boleh mendatangkan keburukkan serta merosakkan diri individu itu dari pelbagai sudut dan segi kehidupan mereka.  Terpulanglah pada kita sebagai individu untuk mencorakkan sosial media yang terdapat samada untuk kebaikkan atau untuk merosakkan.