Pemasaran Digital Yang Agresif Melalui Tandatangan E-mel

Oleh Azleen Abdul Rahim

Dahulu semasa Hotmail baru mula ditubuhkan, mereka berhasrat untuk menggunakan papan tanda besar dan radio untuk mempromosikan platform e-mel mereka. Namun hasrat itu terkubur apabila tandatangan e-mel atau email signature yang mereka gunakan pada setiap e-mel iaitu – PS: I love you, get your free email at Hotmail menjadi tular dan sensasi dunia. Sejak itu Hotmail terus menjadi platform e-mel yang paling digunakan berbanding platform lain. Dan akhirnya mereka dibeli oleh Microsoft tidak lama selepas itu.

Jadi, janganlah sesekali memandang remeh pada tandatangan e-mel anda kerana ia boleh digunakan sebagai alat penting untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda. Bayangkan sesiapa sahaja yang menerima e-mel dari anda akan membaca setiap apa yang anda tulis di bahagian bawah e-mel. Di sini anda perlu berhati-hati dengan setiap mesej yang anda cuba sampaikan kepada pembaca.