Selamat Datang Ke Sekolah Pemasaran Digital

Sekolah Pemasaran Digital akan membantu menguatkan lagi strategi pemasaran digital anda dengan taktik yang lebih mudah dan praktikal. Ia disediakan seratus peratus dalam Bahasa Kebangsaan secara percuma yang dikongsi setiap hari di laman web, LinkedIn, Facebook dan Tumblr.

IMG_0209

Ia sebahagian daripada inisiatif blog terbaru NSE dalam memperkasakan komuniti peniaga kecil dan sederhana seperti anda dari aspek ketahanan daya saing pemasaran digital, kandungan, penjenamaan dan media sosial anda. Diharapkan agar segala informasi yang dikongsi ini akan turut dikongsi kepada rakan-rakan anda juga demi kebaikan bersama.

Disamping itu, ia juga menyediakan khidmat juruperunding dan juga kursus tidak formal dalam kumpulan-kumpulan kecil atau secara peribadi. Dengan harga yang ditawarkan begitu berpatutan sekali, anda patut rebut peluang ini untuk belajar mengurus pemasaran digital jenama anda sendiri daripada mengharapkan orang lain.

Untuk menerima secara langsung taktik dan strategi yang dimuatnaik setiap hari, anda boleh mengikuti laman web Sekolah Pemasaran Digital dan juga di saluran media sosialnya hari ini.