Bahasa Malaysia

Perspektif Luar Juga Penting Untuk Kuatkan Strategi Pemasaran Digital Anda

Dapatkan perspektif dari pihak luar terutamanya dari pakar atau yang berpengetahuan tinggi tentang subjek pemasaran.

Nampaknya walau sebaik mana pun produk atau perkhidmatan anda, ia masih tidak mencukupi. Syarikat-syarikat lain yang mempunyai produk yang sama mempunyai kualiti yang jauh lebih baik, murah dan lebih ummpphhh. Yang paling menarik lagi, peruntukan kewangan untuk pemasaran mereka juga jauh lebih besar. Kadang-kadang anda berasa keliru dan buntu apa lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan strategi pemasaran yang ada.

Mungkin ada satu lagi yang belum anda lakukan. Dapatkan perspektif dari pihak luar terutamanya dari pakar atau yang berpengetahuan tinggi tentang subjek pemasaran. Minta pendapat dan buah fikiran mereka. Yang pasti, pandangan yang bernas tidak akan datang dengan percuma. Cuma perlu dapatkan yang benar-benar berbaloi.

Walau apa pun pendapat dalaman syarikat anda, pandangan dan perspektif dari luar amat penting untuk kuatkan strategi anda. Mana tahu, ia bakal menjadi titik tolak untuk kemajuan jenama anda untuk berkembang jauh lebih baik dari versi asal.