Bahasa Malaysia

6 Rahsia Pemasaran Media Sosial Untuk Usahawan Solo

Dari segi strategi perniagaan, produk, strategi harga, membuat temjujanji, kaedah pengedaran, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah kepada penjenamaan, kewangan, pembayaran bil dan sebagainya. Kalau nak diikutkan memang tidak mampu hendak buat semua tetapi memandangkan kewangan masih belum utuh untuk mengumpul satu pasukan yang kuat, hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu.

Di Malaysia, kita sering melihat nama-nama pekerjaan seperti penasihat kewangan, juruperunding fesyen, juruhartanah, freelancer, perekabentuk grafik, penulis blog, penasihat insurans dan sebagainya. Golongan kecil ini saya gelarkan mereka sebagai pahlawan moden kerana keberanian mereka. Mereka berani untuk bergantung pada diri sendiri untuk menjana pendapatan, dengan harapan untuk memperolehi kehidupan yang lebih seimbang. Bagi mereka masa bersama keluarga dan untuk diri sendiri perlu diseimbangkan dengan masa yang diperuntukan untuk mencari pendapatan. Mereka juga tidak percaya kepada kaedah pendapatan melalui gaji bulanan seperti orang lain.

Sekiranya anda juga salah seorang dari pahlawan moden ini seperti mereka, tentu sekali semua benda terpaksa difikirkan sendiri. Dari segi strategi perniagaan, produk, strategi harga, membuat temjujanji, kaedah pengedaran, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah kepada penjenamaan, kewangan, pembayaran bil dan sebagainya. Kalau nak diikutkan memang tidak mampu hendak buat semua tetapi memandangkan kewangan masih belum utuh untuk mengumpul satu pasukan yang kuat, hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu.

Salah satu aspek yang sering dianggap remeh ialah pemasaran. Walaupun anda menggunakan media sosial untuk perniagaan namun cara anda kurang efektif akibat mengikut orang lain. Cara anda sama sahaja seperti orang lain. Walaupun mereka keliru, anda juga ikut keliru. Walaupun mereka acah-acah berjaya, anda pun turut acah-acah berjaya sedangkan realitinya masih seperti dahulu. Adakah anda harap akan berjaya dengan kaedah yang ala-ala seperti ini?

Terdapat 6 rahsia pemasaran media sosial yang anda perlu tahu sekiranya anda bergerak solo sebagai seorang usahawan, untuk berjaya dalam erti kata sebenar. Kesemuanya penting, sangat kritikal dalam menentukan sepantas mana kejayaan itu datang.

Perspektif dari pengguna, bukan dari anda. Apa sahaja bahan-bahan pemasaran yang ditulis, tidak kira apa sahaja termasuklah penulisan blog, di laman web, katalog dan poster, papan tanda, status di media sosial kesemuanya perlu ditulis daripada perspektif pengguna, yang juga bakal pelanggan berbayar anda dan bukannya dari anda. Setiap perkataan, ayat dan cerita yang ditulis bakal membantu menukarkan mereka daripada hanya pengunjung kepada pembeli berbayar.

80 peratus status perlu dimuatnaik dalam bentuk ilmu pengetahuan, hanya 20 peratus berbentuk promosi dan jualan. Anda pasti tidak suka sesiapa yang tiba-tiba datang menjual produk kepada anda bukan? Saya pun sama. Jadi jangan hidangkan katalog anda di media sosial anda, paparan skrin WhatsApp dari ‘pengguna’ anda yang ‘berpuashati’ dengan produk atau perkhidmatan anda, ayat-ayat menjual ataupun promosi-promosi kerana orang benci. Cuba anda tukar sedikit cara dengan lebihkan status berbentuk ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan industri anda. Lebih ramai pengikut akan mengikuti anda di media sosial nanti.

Media sosial anda perlu disokong oleh laman web dan kandungan yang baik. Para pengguna akan melakukan sedikit kerjarumah tentang siapakah anda. Laman web rasmi anda pasti akan mereka tuju untuk mereka jawab pesoalan sama ada jenama anda boleh dipercayai ataupun tidak. Mereka juga akan mencari anda di Google atau enjin pencarian lain sebelum kepercayaan diberikan. Anda ada mempunyai laman web sekarang? Saya hampir yakin jawapannya tidak.

Jadikan produk atau perkhidmatan anda sebahagian dari hidup pengguna. Jangan terlalu taksub dengan media sosial, ia hanyalah sekadar alat pengedaran kandungan yang anda sediakan. Apa yang anda jual perlu menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan pengguna. Tidak kira sama ada ia dari aspek kehidupan peribadi ataupun di tempat kerja, mereka akan melihat produk atau perkhidmatan anda bernilai kerana membantu menyelesaikan masalah yang mereka alami selama ini.

Jaga pengalaman pengguna terhadap produk atau perkhidmatan anda. Pengalaman pelanggan anda amat-amat penting. Pastikan ia satu pengalaman yang baik dan mengujakan bagi mereka apabila produk atau perkhidmatan anda digunakan kerana mereka mampu menularkannya kepada orang lain. Jangan main-main dengan pemasaran mulut-ke-mulut. Ia mampu menaikkan jenama anda, dan pada masa yang sama mampu juga menjahanamkan anda sekiranya pengalaman sebaliknya berlaku.

Jangan cerita tentang Apakah dan Bagaimana, tetapi Mengapa. Banyak jenama di luar sana yang gagal bercerita tentang mengapa mereka perlu dipilih oleh pengguna dan menggunakan produk atau perkhidmatan mereka. Pengguna perlukan jawapan kenapa jenama itu perlu dibeli dan bukannya jenama lain.

Fikirkan

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *