Bahasa Malaysia

Pemasaran Digital: 11 Formula Kreatif Untuk Difahami Oleh Usahawan Dan Freelancer Baharu

Untuk berjaya dalam pemasaran digital, anda cuma perlu melakukan tiga perkara penting ini secara berterusan iaitu membaca, memerhati dan mencuba teori yang dipelajari melalui pembacaan dan pemerhatian tadi. Di sini disediakan sebelas formula kreatif yang boleh anda teliti dan fikirkan rasionalnya strategi pemasaran digital ini untuk bisnes anda dalam mengukuhkan strategi perniagaan yang ada.

Untuk berjaya dalam pemasaran digital, anda cuma perlu melakukan tiga perkara penting ini secara berterusan iaitu membaca, memerhati dan mencuba teori yang dipelajari melalui pembacaan dan pemerhatian tadi. Di sini disediakan sebelas formula kreatif yang boleh anda teliti dan fikirkan rasionalnya strategi pemasaran digital ini untuk bisnes anda dalam mengukuhkan strategi perniagaan yang ada.

Penulisan kini bukan lagi satu kepakaran yang dianggap mewah, tetapi keperluan. Komunikasi yang lebih jelas amat penting dalam sesuatu pemasaran. Komunikasi yang jelas juga akan dapat membezakan sama ada jenama anda adalah satu jenama yang kecil ataupun mampu dilihat sebagai satu jenama yang setanding dengan jenama-jenama besar. Semuanya dengan penulisan yang berkualiti untuk kandungan-kandungan yang dibina.

Lebihkan fokus kandungan digital anda kepada 5 perkara yang pengguna utamakan. Kelima-lima ini menyumbang kepada trafik pengunjung internet yang besar kepada laman-laman web yang biasanya akan bertukar menjadi pembeli produk anda. Buatkan kandungan digital dan kongsikan tentang kos, masalah, perbandingan, maklumbalas atau review dan akhir sekali penarafan atau rating. Mesti laku.

Selain daripada penulisan artikel yang panjang, para pengguna juga mahukan penulisan yang pendek, mudah dan pantas dibaca yang boleh diselesaikan dalam masa 3-4 saat di mana sahaja. Sebab itu petua ringkas sebagai status media sosial biasanya mendapat penularan yang tinggi kerana manfaatnya kepada pembaca. Petua ringkas juga membantu menaikkan pengikut media sosial anda.

Semasa anda merangka strategi pemasaran untuk tahun 2018 nanti, jangan terlalu taksub dengan trend masa kini dan apa yang akan berlaku nanti. Anda boleh perhatikan trend yang dibincangkan tetapi jangan sesekali mengikut cakap-cakap orang. Berhati-hati dengan ini kerana ia biasanya akan melibatkan pembelian sesuatu perisian atau tool yang anda tidak begitu perlukan. Itu sahaja.

LinkedIn kini menjadi landasan penting kepada golongan usahawan dan freelancer yang gemar berkongsi kandungan yang dibina dan juga penulisan blog. Kebanyakan dari golongan ini berpendirian bahawa LinkedIn amat membantu mereka dalam mengembangkan lagi penjenamaan diri mereka dalam usaha membina keyakinan bakal pelanggan terhadap keupayaan yang mereka ada. Bagi usahawan-usahawan ini, keyakinan mereka untuk mendapat kontrak adalah jauh lebih tinggi berbanding Facebook, Twitter dan sebagainya.

Dahulu, menghantar proposal demi proposal dalam pencarian projek adalah mencukupi untuk menang. Kini tidak lagi. Dengan iklim politik dalaman dalam sesebuah organisasi korporat yang tidak menentu, dengan sailang-menyailang berlaku dan juga penggunaan ‘kabel’ yang berleluasa, strategi menghantar proposal kini sudah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi. Kaedah penggunaan Pemasaran Aliran Masuk atau Inbound Marketing jauh lebih berkesan dalam era internet ini. Pemasaran Aliran Masuk ialah satu kaedah yang membuatkan orang membeli tanpa menjual.

Amat menyedihkan apabila melihat ramai usahawan yang berada di media sosial melakukan aktiviti pemasaran mereka mereka tanpa sebarang strategi. Mereka menyelit semua aktiviti media sosial di antara waktu melakukan kerja-kerja lain yang dianggap lebih penting. Jadi, mereka melihat pemasaran media sosial ini sebagai sampingan sahaja. Tapi, bila tiada hasil jualan pandai pula merungut dan menyalahkan media sosial kerana tidak bagus.

Terdapat banyak taktik pemasaran digital di luar sana, anda cuma perlu mencuba hampir kesemuanya terlebih dahulu. Kemudian lihat hasil dari setiap satu saluran yang dicuba tadi. Pasti dua atau tiga kaedah akan lebih mendatangkan hasil berbanding yang lainnya. Jelas dari sini anda cuma perlu fokus kepada saluran yang berhasil tadi dan lupakan mana yang tidak berjaya.

Tanpa kandungan, tiada apa yang boleh anda kongsikan kepada para pengikut dan pelanggan anda di media sosial. Begitulah pentingnya kandungan digital dalam satu-satu strategi pemasaran digital. Kandungan yang dimaksudkan ini ialah poster, artikel atau blog yang ditulis, infografik, video, GIF dan sebagainya. Biasanya pembuatan kandungan digital yang kreatif perlu dirancang dengan lebih awal agar mendatangkan impak yang kuat apabila dilihat oleh para pengguna.

Menurut MarketingSherpa, sebuah blog pemasaran digital yang terkenal di Amerika Syarikat, terdapat enam format pengiklanan pemasaran tradisional yang mendapat tumpuan banyak jenama besar. Mereka masih lagi menggunakannya untuk tujuan promosi. Keenam-enam format itu adalah media cetak, televisyen, radio, penghantaran surat secara terus, papan tanda dan iklan cetak di dalam kedai. Ini menunjukkan bahawa pemasaran tradisional masih lagi penting.

Pengalaman para pelanggan anda amat penting. Pastikan ia satu pengalaman yang manis yang melebihi jangkaan mereka ketika sebelum pembelian itu dibuat. Sekiranya pengalaman tersebut baik, maka bersiap sedia untuk mendapatkan lebih ramai lagi pelanggan hasil daripada penularan mulut-ke-mulut yang baik yang anda akan terima dari pelanggan tadi.

Begitulah sepuluh petua terpenting yang patut anda tahu sekiranya anda adalah usahawan baharu atau freelancer yang ingin mula bertapak. Walaupun petua-petua ini agak pendek tetapi ia mudah difahami. Sekiranya anda masih kurang jelas, cuba dapatkan perspektif luar terutamanya dari pakar-pakar pemasaran digital yang berpengalaman.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *