Bahasa Malaysia

Jangan Fokus Kepada Kedudukan Ranking Di Google Untuk Tarik Pelanggan, Tetapi Berikan Lebih Tumpuan Kepada Ini.

Anda memerlukan kandungan yang amat baik yang disukai oleh para pembaca yang mengunjungi laman web anda, dan juga pautan-pautan yang kembali kepada laman web anda bagi menunjukkan kewibawaan ataupun authority jenama anda dalam sesuatu subjek itu. Dengan kata lain, lebih kerap anda menyediakan kandungan-kandungan yang berkualiti seperti artikel, infografik dan video contohnya, yang disukai ramai maka lebih banyak trafik yang akan mengunjungi laman web anda. Apabila banyak trafik, maka dengan sendirinya akan ada laman-laman web luar yang akan menggunakan kandungan anda tadi dan mereka akan membuat pautan kembali merujuk kepada laman web anda.

Tidak dinafikan lagi, mendapatkan kedudukan yang paling atas di enjin pencarian Google adalah idaman setiap pemasar digital. Malah satu-satu jenama itu sering dilabelkan sebagai berjaya sekiranya didapati ia berada pada kedudukan teratas pada mukasurat pertama dan kedua. Jika tiada langsung, maka jenama tersebut akan dicop sebagai ‘gagal’. Hampir kesemua jenama di dunia amat mementingkan kedudukan ini dan pelbagai bentuk strategi digunakan untuk mendapatkan posisi terbaik di Google.

Walaupun mereka sedar ia sesuatu yang mustahil untuk mencapai tahap tersebut dalam jangkamasa yang singkat, namun cuba tetap cuba. Ini kata mereka. Biasanya penggunaan wang yang besar untuk berbelanja sering menjadi senjata utama mereka. Ini juga idaman agensi-agensi pemasaran digital apabila diberikan bajet lumayan untuk tujuan ini sedangkan hasilnya masih belum diketahui.

Apakah yang menjadikan sesuatu laman web itu berada pada kedudukan tertinggi di Google? Terdapat dua faktor utama, pautan dan juga kandungan. Ini sahaja. Mengapa? Ini kerana anda memerlukan kandungan yang amat baik yang disukai oleh para pembaca yang mengunjungi laman web anda, dan juga pautan-pautan yang kembali kepada laman web anda bagi menunjukkan kewibawaan ataupun authority jenama anda dalam sesuatu subjek itu. Dengan kata lain, lebih kerap anda menyediakan kandungan-kandungan yang berkualiti seperti artikel, infografik dan video contohnya, yang disukai ramai maka lebih banyak trafik yang akan mengunjungi laman web anda. Apabila banyak trafik, maka dengan sendirinya akan ada laman-laman web luar yang akan menggunakan kandungan anda tadi dan mereka akan membuat pautan kembali merujuk kepada laman web anda.

Bunyinya senang tetapi ia agak sukar dicapai. Walaupun saya memuatnaik lebih dari satu artikel yang baik setiap hari, menyediakan kandungan-kandungan lain setiap minggu dan pautan demi pautan wujud di berpuluh-puluh laman web lain yang kembali ke laman web saya, tetapi kedudukan jenama saya di Google masih lagi jauh. Bagi saya, untuk mengawal kedudukan jenama saya di enjin pencarian amat sukar dan mustahil. Walaupun dengan penggunaan bajet yang besar, saya masih merasakan ini sesuatu yang tidak berbaloi sama sekali. Walaupun dengan 10,000 pengunjung yang datang ke laman web saya sehari pun, saya masih ragu-ragu tentang kedudukan ranking saya di Google.

Dengan perubahan algoritma yang sering dilakukan Google setiap hari, bulan dan tahun juga tidak akan menjamin mana-mana jenama dengan kedudukan yang baik. Beberapa tahun kebelakangan ini kita sering membaca perubahan-perubahan yang dilakukan Google, terutama sekali yang melibatkan penggunaan perkakasan mudah alih dan juga penggunaan format laman web yang interaktif. Bukan ini sahaja, terdapat juga perubahan-perubahan lain yang lebih bersifat mikro yang diumumkan oleh Google tetapi kita jarang dapat membacanya di laman blog mereka.

Sejak beberapa tahun lepas, saya memberikan lebih tumpuan kepada sesuatu yang boleh saya kawal iaitu tumpuan kepada penjanaan peluang atau lead generation, dan juga penjanaan klik untuk menarik pembeli ke arah perkhidmatan yang saya sediakan.

Fokus kepada penjanaan peluang. Bagi saya, trafik yang banyak tidak semestinya akan menjana peluang-peluang bagi saya menjual perkhidmatan yang ada. Tumpuan saya lebih kepada penjanaan peluang itu sendiri, yang saya lakukan melalui penulisan artikel yang lebih mendalam dan kemudiannya menggunakan rangkaian media sosial LinkedIn dan Twitter bagi mendapatkan perhatian kumpulan-kumpulan sasaran saya. Kebanyakan kumpulan sasaran atau bakal pelanggan saya berada di LinkedIn dan Twitter, tidak sangat di Facebook atau Instagram. Penggunaan bajet untuk mendapatkan pengedaran kandungan yang lebih meluas juga dapat diwujudkan di Twitter Ads dan LinkedIn Ads. Setiap parameter pengiklanan yang dibuat di papan dashboard boleh dilakukan dengan tumpuan diberikan kepada demografik kumpulan sasaran yang dikehendaki. Dengan kata lain, saya lebih fokus kepada penggunaan pemasaran media sosial yang jauh lebih efektif yang diletakkan pada sasaran yang saya mahukan untuk mereka datang membaca artikel yang diiklankan. Berdasarkan pengalaman lalu, strategi ini lebih mendatangkan hasil.

Fokus kepada penjanaan klik. Bagi saya, taktik untuk ‘memujuk‘ orang menekan butang klik pada kandungan yang saya hasilkan amat membantu saya untuk mendapatkan jualan. Kebanyakan pengunjung akan tertarik dengan apa yang mereka baca, tetapi saya harus ‘memujuk‘ mereka untuk klik dahulu. Tak kenal maka tak cinta, ini konsep yang saya gunakan. Jadi, penggunaan tajuk yang kreatif amat penting di sini. Pemilihan perkataan dan ayat amat-amat penting dalam proses memujuk ini. Tanpa tajuk yang menarik, kandungan anda tidak akan dilihat langsung. Bagaimana untuk mendapatkan tajuk yang menarik? Anda tidak perlu memecahkan kepala untuk memikirkan tajuk-tajuk menarik untuk kandungan anda. Cuba perhatikan trend yang ada, menggunakan enjin pencarian untuk tujuan ini ataupun melalui pembacaan artikel-artikel di internet, pasti anda akan menjumpai tajuk yang sesuai dengan menggunakan kombinasi perkataan-perkataan yang anda jumpa.

Kedudukan jenama anda di Google tidak akan menjamin anda akan menjual dengan lebih banyak. Walaupun trafik yang datang berkunjung boleh mencecah ribuan sehari ke laman web anda, tetapi tiada gunanya jika mereka tidak menekan butang klik untuk melihat kandungan yang ada. Alihkan fokus anda kepada penyediaan kandungan yang berkualiti tinggi, penjanaan peluang, penjanaan klik dan juga pemasaran melalui media sosial mampu memberikan jualan yang lebih berbanding pemasaran melalui enjin pencarian SEO.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *