Bahasa Malaysia

Algoritma Terbaharu Facebook: Ini Yang Anda Perlu Tahu

Dikatakan algoritma baharu ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh dunia secara berperingkat. Mereka menjangkakan ia akan diperkenalkan sepenuhnya pada Mac nanti.

Setelah menimbang strategi korporat mereka melalui beberapa siri kajian sejak berbulan lalu, semua mengetahui tentang pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg baru-baru ini mengenai perubahan besar-besaran yang sedang dilakukan oleh gergasi media sosial ini. Mark sedang mengubah Facebook dan menjadikannya sebagai platform yang lebih berkualiti untuk para pengguna berinteraksi dengan keluarga dan juga sahabat handai masing-masing. Dia tidak mahu Facebook menjadi punca perosak hubungan sesama sahabat peribadi dan profesional kerana masing-masing sering menghabiskan terlalu banyak masa dengan telefon pintar mengejar berita palsu dan promosi yang bukan-bukan di News Feed.

Mark mahu News Feed dipenuhi oleh interaksi-interaksi yang bermakna dari keluarga dan rakan-rakan, dan mengurangkan iklan, berita dan promosi jualan di News Feed. Dikatakan algoritma baharu ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh dunia secara berperingkat. Mereka menjangkakan ia akan diperkenalkan sepenuhnya pada Mac nanti.

Perubahan ini sedikit sebanyak akan memberikan tamparan hebat kepada para peniaga kecil dan sederhana di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia, kerana kebanyakan mereka menggunakan Facebook peribadi masing-masing untuk menjual. Dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi, anda bakal menyaksikan status-status menjual anda tidak akan muncul lagi di News Feed.

Jika anda mahu menjual, mereka secara diam akan memaksa anda untuk membuka laman perniagaan atau Facebook Page, dan di sini anda perlu membayar untuk status anda dilihat. Tiada bayaran, tiada promosi. Tiada bayaran, hanya ada seorang sahaja yang akan melihat status yang dimuatnaik setiap hari.

Menjual dengan cara tidak menjual, tetapi lebih kepada memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca. Ini yang Facebook mahukan. Anda perlu menggunakan sedikit kreativiti ketika melalukan promosi produk dan perkhidmatan anda di Facebook agar tidak terlalu menjual. Kurangkan penggunaan perkataan dan ayat yang menjurus kepada penjualan yang keterlaluan, tetapi lebihkan sesuatu yang para pengguna mahukan. Berikan mereka sedikit nilai, melalui penceritaan, statistik, maklumat terkini ataupun apa sahaja yang membantu mereka dalam menyelesaikan masalah peribadi, kewangan mahupun perniagaan dan juga di tempat kerja. Facebook mahukan nilai dari anda, terlalu menjual menjadikan jenama anda kelihatan terlalu murah. Sekiranya anda masih ingin menjual, lakukan di laman web anda. Di sini sepatutnya anda menjual. Facebook mahu anda berinteraksi dengan pengguna lain sebagai manusia biasa, dan menjadikan pengguna tadi sebagai pelanggan anda secara semulajadi.

Algoritma baharu yang sedang dalam proses untuk dimulakan ini boleh mengetahui melalui status yang dimuatnaik, gambar dan video sama ada anda terlalu menjual ataupun tidak. Terdapat juga beberapa elemen lain yang bakal disenaraihitamkan oleh Facebook. Penulisan status seperti ini salah satu daripadanya,

Komen dan kongsi post ini, Tekan butang Like sekiranya anda baharu berkahwin, Tag rakan anda yang memiliki jam tangan berjenama ini. Status-status lain yang lebih kurang sejenis dengan ini tidak akan terlepas. Facebook tidak lagi membenarkan umpan-umpan seperti ini wujud di News Feed. Tidak kira sama ada anda meletakkannya di tajuk, di dalam status, poster, video atau dimana sahaja di status anda, mereka akan tahu. Terima kasih kepada teknologi machine learning atau mesin yang mampu belajar dari data-data yang diproses yang digunapakai Facebook. Kepintaran buatan, atau Artificial Intelligence (AI) ini akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada News Feed terlebih dahulu.

Facebook tidak mahu lagi disalahguna oleh para penjual dan jenama di luar sana yang menggunakan platform ini bagi mendapatkan pembeli semata-mata. Mereka menabur pelbagai bentuk promosi yang bertubi-tubi kepada para pengguna Facebook lain. Kali ini, sekiranya jenama tersebut tidak mempunyai status yang berkualiti dan menggalakkan interaksi yang bermakna maka dengan sendirinya status tadi tidak akan dilihat oleh orang lain.

Semua orang tahu Facebook tidak digemari oleh golongan muda. Golongan generasi Millennial yang rata-rata dilahirkan selepas tahun 2000 ini lebih menggemari Instagram, Snapchat dan YouTube berbanding Facebook. Perubahan algoritma yang dilakukan Facebook kali ini menukar selera golongan ini dengan pengenalan Facebook Music, iaitu fungsi terbaharu yang akan memberikan persaingan sengit kepada YouTube. Facebook baru sahaja menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universal Music, label muzik yang terbesar di dunia untuk ini. Ini bermakna anda dibenarkan untuk memuatnaik video muzik yang dinaungi Universal Music tanpa notis amaran lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *