Bahasa Malaysia Sponsored

Apakah Kelebihan Dan Kelemahan Pemasaran Kandungan Atau Content Marketing?

Pemasaran Kandungan atau Content Marketing bukanlah sesuatu yang asing bagi anda yang bergiat aktif dalam dunia pemasaran ataupun perniagaan internet.

Pemasaran Kandungan atau Content Marketing bukanlah sesuatu yang asing bagi anda yang bergiat aktif dalam dunia pemasaran ataupun perniagaan internet. Kandungan adalah salah satu cara untuk merapatkan jurang yang ada di antara jenama anda dan juga bakal pelanggan, membantu membina hubungan baharu, kukuhkan hubungan yang sedia ada serta membantu meraih kepercayaan mereka terhadap anda. Ini akan menjurus kepada peningkatan dalam jualan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cabaran wujud dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti termasuklah memikirkan idea yang kreatif dan mencari masa untuk menulis sesuatu yang memberikan impak yang berkesan.

Kelebihan pemasaran kandungan untuk jenama anda.

Bina kesedaran, kepercayaan dan kesetiaan. Ia akan membantu untuk membina kesedaran tentang kewujudan jenama anda, namun ia tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan masa dan juga sedikit ‘paksaan’ dalam kempen yang dijalankan. Bagaimana kita hendak ‘memaksa’ dalam kelembutan? Dalam hal ini, kandungan yang berkualiti akan membuka mata pengguna untuk memberikan perhatian kepada jenama anda. Kandungan yang mempunyai data atau maklumat yang bernilai dan grafik yang menarik akan membuatkan jenama anda dilihat sebagai jenama yang bermutu dan boleh dipercayai. Apabila ini berlaku, kebarangkalian kandungan yang anda keluarkan mungkin akan menjadi sumber rujukan dan juga inspirasi kepada mereka yang mengikuti anda. Malah mereka sentiasa akan menunggu hasil yang bakal dikeluarkan oleh anda. Apabila kebergantungan mereka terhadap kandungan anda meningkat naik, ini bakal memudahkan anda untuk mempengaruhi mereka dan kebarangkalian keputusan untuk memihak kepada anda adalah tinggi.

Memancing pengguna yang selalu mengelak daripada iklan. Memang tidak dinafikan, ramai diantara kita yang akan selalu mengelak untuk melihat iklan. Contoh terdekat, saya sendiri. Golongan seperti saya ini tanpa rasa bersalah akan terus menukar setting di browser masing-masing atau menggunakan perisian yang boleh menyekat iklan semata-mata untuk mengelak dari melihat iklan. Di media sosial pula, anda tidak akan mempunyai pilihan.  Mahu tidak mahu, anda wajib melihat iklan yang dipaparkan. Paling kurang pun 1-3 saat dahulu dan apabila butang X muncul, baharu anda akan menekannya untuk terus ke kandungan yang anda ingin lihat. Tetapi ada juga diantara anda yang akan terus menunggu iklan itu habis kerana kualiti isi yang dikongsi. Untuk menang seperti iklan-iklan sebegini, anda harus mengIkut resam orang memancing. Umpan haruslah kena dengan selera ikan, kerana lain jenis ikan lain pula umpannya. Ikan akan sentiasa mengguji kesabaran anda dengan bermain di kail. Apabila mereka sudah memakan umpan, kerja anda belum lagi berhenti disitu. Ia perlu ditarik dalam lembut, disentap sekali sekala, bermain dengan mereka sehingga ikan tadi letih. Kemudian baru ditarik sepenuhnya.

Penjimatan kos. Saya pasti pemilik syarikat dan ketua-ketua jabatan terutamanya dari Jabatan Kewangan pasti akan suka dengan penjimatan kos. Pemasaran kandungan sebenarnya memberikan 3 hingga 5 kali ganda kos yang lebih murah berbanding kaedah pemasaran yang lain. Tempat yang paling sesuai untuk pemasaran kandungan adalah di laman web anda laman media sosial rasmi jenama anda. Di sini, anda mempunyai kawalan dalam memuatnaik apa sahaja yang anda mahukan selagi menepati syarat-syarat platform yang ada. Penjimatan akan menjadi lebih besar sekiranya semua aktiviti dilakukan oleh pasukan dalaman anda sendiri dan bukannya dari luar yang anda bayar.

Meningkatkan trafik dan juga perbualan. Kandungan yang berkualiti akan menarik minat pengguna untuk membaca dan juga bercakap mengenai status anda kepada rakan mereka. Apabila mereka menekan butang Like atau menulis komen pada status anda, secara tidak langsung rakan mereka akan melihat aktiviti tadi. Ini akan mempercepatkan dan meningkatkan trafik ke media sosial dan laman web anda. Objektif utama anda di media sosial adalah untuk memancing para pengunjung ke laman web kerana segala maklumat tentang apa yang anda jual ada di sana. Yakinkan pengunjung yang datang dengan kandungan yang lebih menarik dan ‘memaksa’ mereka untuk berada lebih lama di laman web anda. Apabila bounce rate rendah, dan mereka berada lebih lama di laman web anda, maka peratusan untuk mereka membeli menjadi tinggi. Ini yang anda mahukan.

Membantu dan menyokong taktik pemasaran. Kandungan yang bermutu dan menarik sangat-sangat penting bagi menyokong segala aktiviti teknikal permainan pemasaran digital anda yang lain. Segala parameter yang telah anda tetapkan untuk strategi SEO dan SEM akan menjadi lebih lancar. Begitu juga di media sosial. Strategi iklan berbayar anda di Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya juga akan menjadi lebih kukuh. Tanpa kandungan yang mantap dan menarik, segala aktiviti dan juga perbelanjaan yang anda keluarkan akan menjadi sia-sia kerana ia akan dilihat hanya untuk seketika sebelum mereka beralih pandangan ke kandungan lain.

Kelemahan Pemasaran Kandungan dan halangan yang anda akan tempuhi.

Impaknya akan mengambil masa. Untuk mendapatkan hasil daripada pemasaran kandungan, ia akan mengambil sedikit masa. Biasanya ia berjangka sederhana dan panjang. Ini adalah normal. Dalam setiap strategi dan aktiviti yang kita jalankan, kita perlu bersabar dan terus konsisten dengan aktiviti harian. Contoh yang baik ialah restoran ataupun cafe, mereka mengambil sedikit masa untuk menghasilkan menu atau masakan yang sedap dan terbaik kepada para pengunjung. Mereka perlu melakukan berkali-kali perubahan pada masakan sehingga ia sempurna. Cuba dan terus mencuba adalah kunci kepada keberkesanan kandungan untuk pemasaran anda.

Kemahiran, pengalaman dan sumber. Seperti mana yang saya selalu sebut tentang kualiti dan juga nilai sesuatu kandungan itu, anda memerlukan kemahiran, pengalaman dan sumber pengeluaran yang anda yakini. Kandungan yang baik akan terhasil apabila anda mempunyai perekabentuk grafik yang kreatif, copywriter dan art director yang mahir dan berpengalaman luas serta berpengetahuan tinggi. Kumpulan sokongan ini yang anda perlukan. Namun yang menjadi masalahnya ialah, mengambil mereka bekerja sepenuh masa adalah terlalu mahal dan mewujudkan penambahan kepada kos tetap syarikat.

Oleh itu, langkah yang terbaik ialah dengan membuat kerjasama dengan syarikat persendirian luar yang melakukan aktiviti-aktiviti ini setiap hari. Ia memang bidang mereka. Salah satu syarikat yang anda boleh hubungi ialah NSE PLT. Syarikat ini mempunyai satu divisyen yang dikenali sebagai Kontent Department, dan mereka menghasilkan kandungan-kandungan kreatif untuk para pelanggan mereka setiap hari. Diantara kandungan yang mereka hasilkan ialah poster, infografik, penulisan artikel, membina laman web, video dan sebagainya. Selain daripada itu, Kontent Department juga ada menyediakan perkhidmatan pengurusan media sosial, merangka strategi pemasaran dan khidmat juruperunding serta bengkel latihan. Mereka mempunyai jaringan pelanggan yang luas, dalam dan luar negara seperti PKNS Andaman Development, Joompa Singapore, Operational Health Australia, Halal Expo Dubai, MDEC, AXA-Affin General Insurance, CIDB Holdings, Universiti Utara Malaysia, TinkTank Singapore dan Malaysia International Halal Showcase atau MIHAS, U For Life, TH Travel, Lintas Travel, BIMB Investment dan banyak lagi.

Mencari idea untuk penghasilan kandungan. Ini salah satu cabaran terbesar dalam proses penghasilan kandungan yang berkualiti. Mendapatkan idea yang kreatif bukan sesuatu yang mudah. Kandungan yang lemah dari segi isi dan penampilan tidak akan menarik orang untuk datang melihat, dan apabila mereka tidak berminat untuk singgah melihat, maklumat tidak dapat disampaikan dan apabila ini berlaku, jualan tidak akan dapat dilakukan.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan idea-idea pemasaran yang boleh anda gunakan. Diantaranya ialah majalah digital Marketing In Asia untuk idea berbahasa Inggeris manakala Azleen.com pula untuk yang berbahasa Malaysia. Ia ditulis oleh pakar-pakar industri dan juga dari perspektif akademik oleh para pensyarah pemasaran di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik. Yang paling istimewanya ialah idea-idea pemasaran yang disediakan di sini kesemuanya percuma.

Penilaian. Untuk mengukur keberkesanan kandungan yang anda sediakan adalah mudah. Ia biasanya akan berdasarkan kepada kapasiti jualan yang dilakukan, kadar engagement atau jumlah Like, Comment dan perkongsian yang diterima, jumlah pengunjung baharu yang datang, berapa lama setiap seorang dari mereka berada di laman web anda dan sebagainya. Pelbagai bentuk laporan boleh dikeluarkan oleh Google Analytics dan juga dari setiap platform media sosial yang anda gunakan. Dari laporan-laporan ini, anda boleh menambahbaik setiap kandungan pemasaran yang anda sediakan bagi mendapatkan lebih ramai pembeli produk dan perkhidmatan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *