Bahasa Malaysia

9 Cara Tingkatkan Trafik Ke Laman Web Anda

Jualan tidak akan terhasil jika tiada seorang pun yang datang masuk dan melihat apa yang anda ada pada laman web anda. Ia satu formula yang mudah.

SEKIRANYA anda merupakan pemilik sebuah restoran, jualan tidak akan terhasil jika tiada pengunjung yang datang masuk ke restoran anda. Konsep yang sama juga digunakan untuk perniagaan di internet. Jualan tidak akan terhasil jika tiada seorang pun yang datang masuk dan melihat apa yang anda ada pada laman web anda. Ia satu formula yang mudah.

Menukarkan status para pengunjung kepada pembeli yang berbayar amat penting, dan ia lebih efektif sekiranya dilakukan di laman web anda. Ramai yang terlalu fokus kepada strategi ini membuatkan mereka lupa tentang bagaimana untuk menarik trafik yang jauh lebih besar dan berkualiti untuk datang ke laman web mereka terlebih dahulu.  Sebelum melihat cara-cara bagaimana anda boleh menarik trafik ke laman web, mungkin anda patut memuat turun perisian-perisian yang dikenali sebagai plug in seperti Google Analytics, Google Search Console dan juga AMP (Accelerated Mobile Pages) Analytics untuk anda jejaki prestasi jumlah pengunjung yang datang setiap masa.

Iklan Berbayar. Ini cara yang paling utama dan jelas kepada mana-mana jenama untuk menaik trafik. Sama ada platform yang anda gunakan ialah Google, YouTube dan Facebook contohnya, iklan-iklan di sini masih mempunyai kadar yang masih murah berbanding kadar yang ditawarkan di platform tradisional. Kaedah ini dikenali sebagai trafik berbayar. Ingat, anda perlu mempunyai mukasurat yang benar-benar sesuai pada laman web anda apabila trafik yang dibayar sampai nanti. Jika tidak, mereka akan terus keluar tidak sampai 5 saat setelah mereka sampai di laman web anda.

Pengoptimuman Enjin Pencarian atau SEO. Kaedah ini memerlukan sedikit usaha, dan biasanya ia akan membuahkan hasil yang memberangsangkan. SEO juga mampu menukarkan status pengunjung kepada pembeli jauh lebih baik, iaitu 10 hingga 13 kali lebih berkuasa berbanding trafik berbayar melalui pengiklanan.

Facebook. Melalui laman perniagaan Facebook atau Facebook Page, anda boleh membuat pengiklanan berbayar ataupun menaikkan jumlah Like, perkongsian dan komen yang diberikan dengan cara menaikkan kadar interaksi diantara anda dan para pengikut anda.

LinkedIn. Laman media sosial profesional ini menawarkan pelbagai cara untuk menarik trafik ke laman web anda. Anda boleh menulis artikel pada platform ini untuk para pengikut anda melihat dan baca, membuat pengiklanan, membuat boosting berbayar pada status yang dimuatnaik pada laman perniagaan LinkedIn atau LinkedIn Page anda dan juga memberikan komen dan Like pada status orang lain.

Instagram. Permainan Instagram memang melekakan, dan anda boleh membuat pengiklanan juga di sini setelah anda menukarkan status akaun Instagram anda kepada profil perniagaan terlebih dahulu. Ia lebih kepada berbentuk boosting, iaitu membayar untuk menghebahkan status yang anda muatnaik kepada orang lain yang bukan pengikut anda.

Pemasaran E-mel Melalui Newsletter. Tiada cara yang paling baik dan berjangka-panjang selain daripada menarik para pengunjung untuk berdaftar dan melanggan newsletter atau berita berkala dari laman web anda. Kaedah ini memberikan anda kuasa penuh untuk berinteraksi secara langsung dengan para pengikut anda di sini kerana anda tidak perlu membayar apa-apa untuk setiap e-mel yang dihantar kerana laman web ini milik anda sepenuhnya. Melalui pemasaran e-mel anda boleh menghantar pesanan perihal jualan, promosi, maklumat terkini, pengumuman atau apa sahaja kepada para pengikut anda yang berdaftar.

Penajaan. Penajaan memang licik kerana logo jenama anda akan terpampang pada setiap bahan-bahan pemasaran yang dicetak, dalam talian ataupun yang ada di dinding-dinding majlis yang anda taja. Permainan ini dikenali sebagai pemasaran secara neuro, yang membuatkan para hadirin mengingati logo anda secara tidak langsung.

Slideshare. Bagi yang tidak menggemari pembacaan artikel atau melihat video, anda boleh tawarkan kandungan infografik dan penggunaan presentation slide, di Slideshare. Platform ini juga mempunyai pengikut yang besar kerana ia dimiliki oleh LinkedIn.

Menulis Blog dan Menjadi Penulis Jemputan. Kaedah seterusnya ialah dengan menulis artikel atau blog sama ada untuk laman web sendiri, ataupun menulis untuk laman web orang lain sebagai penulis jemputan. Biasanya di atas ataupun bawah artikel yang ditulis, ringkasan tentang profil profesional anda akan diletakkan. Ini akan disusuli dengan beberapa pautan yang akan dimasukkan ke dalam perkataan-perkataan tertentu pada profil tadi, yang terus akan menghantar pengunjung ke laman web anda apabila diklik.

One comment

  1. Sebagai syarikat yang membangunkan laman web untuk klien kami, memang saya rasa ini amat penting. Seringkali apabila mereka telah belanja lebih dari kemampuan setelah bina web atau apps, mereka lupa untuk mempromosi atau memasarkan diri mereka online untuk dapatkan trafik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *