Bahasa Malaysia

Bagaimana Cara Untuk Mudah Dijumpai Di Google Melalui SEO.

Anda tidak perlu risau kerana terdapat 5 cara mudah untuk anda mengambil kesempatan ke atas SEO ini tanpa pelaburan yang besar.

Penggunaan media sosial dengan betul mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk datang melawat laman web anda. Kaedah ini saya namakan ‘dari anda keluar’. Ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang anda lakukan di media sosial yang ingin menambah jumlah pengikut, menarik rakan-rakan kepada rakan anda untuk mengenali anda dengan lebih rapat lagi dan sebagainya. Secara tidak langsung anda mengajak rakan anda, rakan kepada rakan anda, rakan kepada rakan kepada rakan anda dan seterusnya sehinggalah jumlah pengikut anda mencecah puluhan dan ratusan ribu malah berjuta pengikut pada laman perniagaan media sosial anda.

Selain daripada ini, ada satu lagi kaedah untuk menarik pengunjung untuk datang ke laman web anda. Ia dikenali sebagai SEO atau search engine optimisation. Dalam Bahasa Kebangsaan ia disebut sebagai Pengoptimuman Enjin Pencarian. Cara ini sebenarnya jauh lebih berkualiti dan efektif berbanding penggunaan media sosial. Saya namakan kaedah ini sebagai ‘orang asing ke dalam’ atau from strangers in.

Namun cara pengoptimuman enjin pencarian atau SEO ini tidak semurah di media sosial, tetapi amat penting untuk kedudukan ranking laman web anda ketika seseorang mencari sesuatu dan menjumpai anda. Di media sosial, kita tidak pasti sama ada yang datang berkunjung itu betul-betul manusia ataupun robot, tetapi tidak di SEO.

Anda tidak perlu risau kerana terdapat 5 cara mudah untuk anda mengambil kesempatan ke atas SEO ini tanpa menggunakan pelaburan yang besar. Ini amat sesuai sekiranya bajet anda agak ketat memandangkan anda perlu membuat pelaburan lain ke tempat lain yang lebih perlu.

Google My Business. Ini satu fungsi yang diadakan oleh Google bagi menarik para penjual seperti anda untuk membuatkan pengguna internet dapat menjumpai anda secara dalam talian atau online apabila mereka ingin mencari sesuatu kedai atau tempat spesifik dalam kawasan tertentu. Sebagai contoh, anda ingin mencari sama ada terdapatnya kedai 7Eleven di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Kemudian Google akan membuat paparan kepada anda senarai nama-nama kedai yang wujud melalui grafik ala peta yang merujuk kepada kedudukan setiap kedai yang terdapat di Empire Shopping Gallery. Bagaimana mereka mendaftar nama kedai mereka? Melalui Google My Business. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menaip Google My Business dan mengisi borang yang mereka sediakan di situ. Apabila selesai mengisi kesemua butiran secara dalam talian, tekan butang Submit. Mereka akan menghantar melalui pos, satu kod melalui surat biasa ke kedai anda. Anda perlu mengisi kod tersebut pada borang maya tadi untuk melengkapkan proses. Itu sahaja.

Kata kunci yang panjang, atau long-tail keywords. Kata kunci panjang ini amat perlu untuk anda membuat ramalan tentang apakah perkataan-perkataan yang bakal digunakan oleh para pengguna di internet untuk mencari sesuatu yang mereka kehendaki, yang anda ada. Biasanya pengguna akan menaip bukan satu atau dua sahaja perkataan, tetapi seolah-olah satu ayat yang mengandungi lebih dari tujuh atau lapan perkataan yang spesifik. Anda perlu mengetahui apakah ayat-ayat yang mengandungi perkataan yang bagaimana, yang sesuai digunakan agar laman web anda boleh dijumpai di Google.

Masukkan kata kunci ke tempat-tempat yang sesuai. Selain kata kunci yang panjang, anda juga perlu menyenaraikan kata-kata kunci yang pendek yang dapat merujuk dengan spesifik perniagaan anda, produk anda, industri anda dan jenama anda. Setelah anda senaraikan kata-kata kunci tadi, anda perlu menggunakannya setiap masa dalam setiap kandungan atau ayat-ayat yang anda masukkan di laman web. Ini termasuklah pada tajuk artikel yang dibuat, tajuk menu, URL dan juga di metadata. Jangan terlalu banyak sehingga membuatkan orang yang datang tidak memahami apa yang anda tulis, tetapi lakukannya secara natural.

Kandungan yang baharu setiap masa. Ini perlu dilakukan secara konsisten. Persoalannya, bagaimana cara yang terbaik untuk memperbaharui kandungan laman web anda secara berterusan? Memandangkan anda tidak boleh menukar dengan kerap latar belakang perniagaan anda, alamat kedai atau pejabat anda dan lain-lain, tetapi anda boleh memperbaharui kandungan yang ada setiap masa di muka surat Blog. Tidak banyak jenama yang mempunyai menu Blog pada laman web mereka, jadi laman web mereka akan statik. Google tidak akan datang untuk mengindeks laman-laman web yang statik. Anda perlu mempunyai artikel-artikel yang terbaharu di mukasurat Blog, yang menggunakan kata-kata kunci panjang dan pendek setiap masa untuk mengundang algoritma Google untuk datang mengindeks apa yang ada untuk disimpan.

Dapatkan pautan dari luar. Sekiranya beberapa laman web menulis pada blog atau artikel mereka dan membuat rujukan kepada laman web anda, dan mereka paparkan alamat laman web anda pada artikel tersebut, ini menunjukkan yang anda adalah authority kepada industri anda. Authority di sini bermaksud anda mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri anda. Google amat sukakan jenama dan laman web jenama yang sebegini. Lebih banyak pautan yang anda dapat dari laman-laman web luar, lebih mudah anda akan dijumpai melalui kedudukan ranking yang Google akan paparkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *