AzleenTV Bahasa Malaysia

3 Petua Penting Untuk Hasilkan YouTube Channel Art Yang Terbaik

Ketahui 3 tips untuk hasilkan YouTube Channel Art yang terbaik untuk saluran YouTube anda.

Perkara pertama yang para pengguna akan nampak apabila mereka menjenguk saluran Youtube anda ialah apa yang dikenali sebagai Youtube Channel Art. Ia terpampang di bahagian atas Channel anda. Youtube Channel Art merupakan satu aset yang amat penting kerana ia mampu membuatkan para pengunjung, penonton dan juga subscriber baharu anda mengetahui serba sedikit latar belakang Youtube Channel anda. Mereka sekurang-kurangnya akan dapat memahami apa yang anda ‘perjuangkan’, tema ‘permainan’ YouTube anda iaitu sama ada anda seorang gamer, pengembara atau pelancong, penggemar produk kecantikan dan sebagainya. Jom kita tengok, petua-petua penting yang saya sediakan di video ini untuk anda siapkan Youtube Channel Art anda yang berkualiti dan terbaik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *