Bahasa Malaysia

4 Cara Bagaimana Kenalpasti Micro-Influencer Palsu Di Media Sosial

Tidak semua individu yang dikatakan berpengaruh ini betul-betul berpengaruh. Berikut adalah cara-cara mengenalpasti micro-influencer palsu di media sosial.

Jenama-jenama tidak kira besar ataupun kecil sering menggunakan pengaruh micro influencer atau individu yang popular untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka. Bagi mereka cara ini lebih berkesan berbanding dengan penggunaan iklan di media sosial, kerana ia seolah-olah menggerakkan buah mulut dari seorang ‘pelanggan’ kepada bakal pelanggan yang lain. Cuma bezanya di sini, ‘pelanggan’ tadi bukanlah pelanggan sebenar tetapi dibayar untuk memulakan buah mulut tadi.

Biasanya individu-individu ini mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai. Ada yang 15,000 orang, ada yang sampai 200,000 dan ada yang jauh lebih dari itu. Individu-individu popular ini biasanya akan dibayar dengan lumayan oleh jenama yang ingin menggunakan khidmat mereka untuk mempengaruhi pengikut dan pasaran dalam proses mereka menjual produk. Ada juga individu seperti ini yang bukan sahaja dibayar, tetapi diberikan juga produk untuk dicuba.

Setiap projek yang diberikan kepada individu yang berpengaruh ini biasanya ditentukan dengan berapa ramai pengikut yang ada. Harga yang diletakkan mereka semata-mata berdasarkan pengikut dan tidak lebih dari itu. Ada yang mempunyai populariti yang seimbang di kesemua media sosial yang mereka berada, ada juga yang popular di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn atau Instagram sahaja.

Sebelum anda sebagai pemilik jenama bertindak menggunakan khidmat individu yang berpengaruh ini, anda harus perhatikan betul-betul adakah individu tersebut benar-benar mempunyai pengikut ataupun tidak. Ini kerana terdapat juga individu yang membeli beribu-ribu pengikut yang ada dari internet. Biasanya nama-nama yang wujud sebagai pengikut mereka bukan manusia tetapi hanyalah robot ataupun perisian tertentu.

Jadi anda perlu berhati-hati dan jangan tertipu dengan apa yang anda lihat. Tidak semua yang anda lihat boleh dipercayai. Tidak semua individu yang dikatakan berpengaruh ini betul-betul berpengaruh. Jom kita lihat bagaimana untuk mengenalpasti individu-individu popular yang palsu di media sosial.

Selidik kadar engagement mereka. Sekiranya anda melihat akaun Instagram seorang individu yang dikatakan popular ini mempunyai 50,000 pengikut contohnya, anda sudah pasti akan terpegun dengan jumlah pengikut yang dia ada. Satu first impression yang baik. Tetapi lihat betul-betul di bahagian bawah setiap status yang dimuatnaik. Perhatikan berapa jumlah orang yang menekan butang Love, berapa pula yang memberikan komen mereka pada status tersebut dan berapa pula yang menekan butang Share. Ketiga-tiga ini dikenali sebagai engagement rate atau kadar engagement. Memandangkan jumlah 50,000 itu satu jumlah yang besar, maka setiap darinya mestilah mempunyai jumlah yang logik. Ia tidak boleh terlalu sedikit seperti 2 Love dan 3 komen sahaja. Sekiranya ini sahaja yang ada maka dengan sendirinya anda akan tahu pengikut yang individu tadi ada bukannya manusia tetapi robot. Dan individu tadi tidaklah se-popular mana sebenarnya.

Sekiranya individu tadi mempunyai jumlah pengikut sebanyak 159,000 misalannya, dan rata-rata statusnya mempunyai jumlah Love sebanyak 2,000 hingga ke 3,000 dan mempunyai komen yang seimbang iaitu diantara 30 hingga 50 maka ia kelihatan asli. Namun sebelum anda membuat keputusan untuk memilih individu ini untuk promosi produk anda, mungkin lebih baik anda membuat pemerhatian terhadap individu-individu lain dahulu sebagai perbandingan. Mungkin ada di antara mereka yang mempunyai kadar engagement yang lebih baik.

Perhati betul-betul engagement mereka, mungkin ada yang dibeli. Disebabkan mereka mempunyai kadar engagement yang tinggi seperti di atas, tidak semestinya mereka popular dan berpengaruh. Mungkin setiap Love dan komen yang diterima di Instagram tadi dibeli semata-mata untuk mengaburi mata anda. Anda boleh melihat dengan lebih terperinci di ruangan komen, setiap komen yang ditulis di sana. Sekiranya ia ditulis dengan terlalu pendek seperti ‘Nice’, ‘Cool’, ‘Great Post’ atau hanya meletakkan emoji-emoji sahaja, maka berhati-hati. Ia mungkin dibeli.

Mereka gunakan kaedah follow dan unfollow untuk meraih pengikut. Individu jenis ini amat merbahaya. Setiap hari kerja mereka ialah mengikut seberapa banyak orang yang boleh dan kemudiannya unfollow orang tersebut. Mereka ingin jenama-jenama di luar sana melihat akaun individu ini mempunyai jumlah pengikut yang amat tinggi, dan pada masa yang sama mereka tidak mengikuti ramai orang. Dengan ini seolah-olah menggambarkan yang inidividu ini seorang yang popular dan berpengaruh. Realitinya, mereka sebenarnya agak terdesak untuk mendapatkan para pengikut sebanyak mungkin dengan seberapa segera. Mereka bukanlah individu yang berpengaruh tetapi mahu dilihat sebagai berpengaruh. Mereka menggunakan aktiviti menipu sebegini bagi meraih populariti bagi mendapatkan projek dari jenama-jenama dan dibayar untuk projek tadi. Itu sahaja.

Setiap kali mereka memberikan komen di status orang lain, pengikut mereka turut serta. Ini benar-benar individu yang berpengaruh di media sosial. Individu yang benar-benar popular dan berpengaruh bukan sahaja akan menerima Like atau Love, komen-komen di media sosial mereka, tetapi juga memberikan respon yang sama kepada para pengikutnya. Ini dikenali sebagai perhubungan erat yang sebenar kerana ia perlu dua hala. Biasanya apabila mereka menyukai atau memberikan komen kepada status-status yang dimuatnaik oleh pengikut mereka, akan ada pengikut-pengikutnya yang lain turut mengikuti langkah individu tadi. Mereka akan turut menekan butang Like atau memberikan komen di status tadi.

Terdapat empat cara untuk mengetahui yang mana satu micro influencer yang sebenar, dan yang mana satu individu popular yang palsu. Anda boleh gunakan keempat-empat taktik ini dan membuat pilihan yang tepat untuk jenama produk atau perkhidmatan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *