Bahasa Malaysia

LinkedIn Memperkenalkan Fungsi Terbaharu: Penggunaan Video Untuk LinkedIn Page Dan Kandungan Berbayar

Baru-baru ini LinkedIn telah memperkenalkan fungsi terbaharu di sebelah laman perniagaan mereka iaitu LinkedIn Page dan juga untuk kandungan berbayar atau sponsored post.

Baru-baru ini LinkedIn telah memperkenalkan fungsi terbaharu di sebelah laman perniagaan mereka iaitu LinkedIn Page dan juga untuk kandungan berbayar atau sponsored post. Fungsi yang dimaksudkan itu ialah para pengguna yang ingin menyediakan kandungan berbayar atau untuk dimuatnaik sebagai status di bahagian LinkedIn Page, kini boleh memuatnaik kandungan  video bagi tujuan tadi. Sebelum ini hanya penggunaan gambar sahaja yang dibenarkan untuk kedua-duanya.

Rangkaian media sosial milik Microsoft ini telah membuat pengumuman rasmi mengenainya pada hari Khamis minggu lalu.

LinkedIn melihat penggunaan video, iaitu satu bentuk kandungan yang penting dalam pemasaran digital masa kini yang sering digunakan oleh syarikat-syarikat kecil, sederhana mahupun besar untuk membina keyakinan para pengguna mengenai jenama, produk dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Dengan pengenalan fungsi terbaharu ini, ia akan mampu memberikan impak yang lebih positif kepada jenama yang secara tidak langsung juga memberikan peluang kepada LinkedIn untuk meraih pendapatan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Hanya dengan pengenalan fungsi video sahaja.

Menurut portal MediaPost, pengenalan fungsi ini sebenarnya telah dimulakan semenjak bulan Oktober 2017 lagi. Versi beta ini yang dilaksanakan secara diam-diam, yang mana LinkedIn telah menjemput lebih 700 jenama seperti GE, Philips, Microsoft dan Audi Canada untuk menyediakan iklan-iklan mereka melalui video di LinkedIn Page. 7,500 kempen iklan telah dilakukan oleh kesemua jenama yang dijemput, melalui video. Kadar jangkamasa video yang dibuat adalah diantara beberapa saat sahaja sehingga ke beberap minit lamanya bergantung kepada jenis iklan masing-masing dan sasaran pengguna yang mereka gunakan.

Dari ujian beta ini, beberapa penemuan dapat dilihat. Di antaranya ialah seperti di bawah;

  1. Para pengguna LinkedIn menghabiskan lebih dari tiga kali ganda masa untuk menonton iklan melalui kandungan video berbanding dengan kandungan yang berbentuk gambar statik.
  2. Sekiranya jenama tersebut ingin para pengguna melihat video mereka sehingga habis, sebaiknya video itu dibuat agar tidak melebihi 30 saat.
  3. KLM Royal Dutch Airlines iaitu syarikat penerbangan yang berpengkalan di Belanda yang turut terlibat dalam ujian ini menyatakan bahawa iklan yang dibuat oleh pasukan mereka mampu mencapai kadar purata 34 peratus penonton yang melihat sehingga habis video yang dimuatnaik. Ini juga bermaksud mereka berjaya mengurangkan kos untuk setiap tontonan yang dilakukan oleh pengguna, sebanyak 63 peratus berbanding membuat iklan melalui video yang sama di rangkaian media sosial lain.

Abhishek Shrivastava, Pengarah Pemasaran Produk di LinkedIn yang juga bertanggungjawab ke atas ujian beta yang dibuat ini berkata kepada portal Digital News Daily, secara purata, setiap kadar peratusan yang dicapai oleh jenama-jenama ini rata-rata sebenarnya amat bergantung kepada kualiti video yang disediakan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *