Bahasa Malaysia

Naver: Bagaimana Menyediakan Iklan Di Enjin Pencarian Ini Untuk Pasaran Korea

Sebuah gambaran keseluruhan bagi syarikat-syarikat asing mengenai cara untuk menyediakan Iklan di Naver dan pelbagai kelebihan penggunaannya untuk membantu anda menembusi pasaran Korea.

Permintaan yang selalu kami terima daripada pelanggan asing untuk menembusi pasaran Korea ialah bagaimana untuk menyediakan pengiklanan di Korea menggunakan enjin pencarian Naver. Malangnya, kami tidak dapat memberikan jaminan bagi hal ini kerana Naver mengenakan garis panduan yang amat tinggi dan ketat bagi syarikat-syarikat yang ingin mempamerkan iklan di platform ini.

Jika dibandingkan dengan enjin pencarian lain, peraturan bagi enjin carian pengiklanan di Korea agak ketat. Artikel ini akan membincangkan kriteria-kriteria tersebut, proses pendaftaran serta kelebihan-kelebihan mendaftar dan menggunakan Naver untuk mempromosikan perniagaan dan produk anda di Korea.

Pengenalan – Naver.

Enjin pencarian yang paling penting, yang sering digunakan oleh penduduk Korea ialah Naver. Ia mendapat namanya daripada perkataan Inggeris navigate, yang bererti “menemui dunia”. Logonya merupakan topi seorang peneroka – yang telah digunakan sejak tahun 2000 lagi.

Naver (bahasa Korea: 네이버) telah ditubuhkan pada bulan Jun tahun 1999 dan merupakan enjin pencarian yang paling kerap digunakan di Korea. Seperti Google dan Baidu, Naver bermula sebagai enjin carian sahaja. Kemudian, ia membangunkan produk dan khidmat yang berkaitan. Ini termasuk blog, forum, berita, soal jawab, peta, buku dan e-mel. Tambahan pula, Naver juga mengendalikan sebuah portal khusus untuk kanak-kanak dan para belia yang dipanggil Junior Naver (jr.naver.com), portal amal dalam talian Happy Bean (happybean.naver.com) dan portal permainan popular dalam talian Hangame (hangame.naver.com). Kesemua saluran, produk dan khidmat ini membuatkan Naver amat menarik dari sudut pandangan pemasaran dalam talian — lebih-lebih lagi bagi syarikat luar yang cuba menembusi pasaran Korea.

Namun, terdapat beberapa peraturan, garis panduan dan kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sebarang iklan dapat dipamerkan di dalam platform pencarian tersebut.

Membuka akaun bagi syarikat-syarikat asing.

Untuk menyediakan iklan di Naver, anda perlu ada keinginan untuk menembusi pasaran Korea. Dalam hal ini juga, anda perlukan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, peruntukan kewangan atau bajet yang mencukupi, dan kakitangan yang bersedia untuk menguruskan segala keperluan sekiranya ada permintaan dan pertanyaan.

Keperluan-keperluan bagi membuka akaun korporat Naver bagi anak syarikat yang didaftarkan di Korea, sebuah syarikat asing atau warganegara tempatan adalah seperti berikut:

  • Sijil pendaftaran bagi anak syarikat Korea syarikat asing tersebut, termasuk nombor pendaftaran dan alamat syarikat
  • Sebuah laman web dalam bahasa Korea (yang akan diiklankan)
  • Maklumat terperinci individu yang akan dihubungi, termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit (untuk menerima pengesahan SMS dan maklumat terkini)

Selain daripada itu, seorang warganegara Korea boleh mendaftarkan akaun Naver, memerlukan pasport Korea yang sah serta nombor telefon bimbit yang mempunyai nombor di Korea.

Satu lagi cara adalah dengan mendapatkan sebuah agensi pemasaran Naver yang boleh mendaftarkan dan menguruskan akaun tersebut bagi syarikat asing tanpa hadir secara fizikal di Korea. Cara ini memerlukan perbelajaan komunikasi yang agak tinggi dan harus dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum anda membuat keputusan yang terbaik. Misalnya, usaha dan masa yang diperlukan amat berbeza berbanding di Google yang jauh lebih mudah dan murah.

Pilihan-pilihan pemasaran Naver

Disebabkan kepelbagaian produk yang ada di platform ini, terdapat beberapa peluang pemasaran bagi syarikat-syarikat asing untuk membina jenama mereka di Naver, terutamanya bagi jenama B2B yang ingin mewujudkan jaringan pelanggan dan meluaskan rangkaian produk mereka ke pasaran Korea.

Reka bentuk Naver amat berbeza dengan Google, Baidu dan enjin pencarian besar yang lain. Sebenarnya, apabila seorang pengguna menaip satu pertanyaan, segala hasil pencarian akan dipamerkan dalam satu halaman di bawah kategori-kategori khusus seperti iklan, blog, gambar, forum, soal jawab, berita, dan sebagainya. Bilangan yang tersenarai adalah terhad bagi setiap kategori pada halaman permulaan ini. Untuk melihat hasil pencarian yang lebih banyak, pengguna boleh menekan pilihan ini 더보기 (lanjut). Oleh yang demikian, pengoptimuman enjin pencarian atau SEO kebanyakannya tidak akan berkesan langsung di Naver. Sebuah laman web yang telah dioptimumkan sepenuhnya tidak semestinya disenaraikan dalam carian organik. Justeru, sebuah laman web atau syarikat hanya akan dapat menaikkan kedudukannya dan jumlah penonton mereka melalui kaedah pengiklanan enjin pencarian di platform ini sahaja.

Hasil carian bagi kata kunci “bunga”. Kedudukannya akan dipengaruhi oleh kadar harga kata kunci serta mutu sebuah laman web itu.

Click Choice — Program Pengiklanan Harga bagi Setiap Klik

Click Choice ialah sebuah program pengiklanan yang hampir sama dengan Google AdWords dan mempunyai kebolehan untuk mempamerkan iklan di bahagian pencarian dan juga di bahagian kandungan yang wujud di platform ini. Di platform ini, terdapat dua ruang bagi iklan iaitu Power Link dan Biz Site. Kedudukan iklan yang ada di sini akan dipengaruhi oleh kadar harga kata kunci dan kualiti sebuah laman web. Power Link akan memaparkan kedudukan daripada 1-10, manakala Biz Site pula biasanya akan membuat paparkan kedudukan 11-15.

Manakala pengiklanan di rangkaian kandungan pula, diletakkan di kedua-dua laman web luaran iaitu, di Naver Blog, dan Naver Knowledge.

Click + Choice—bagi Rangkaian Mudah Alih

Program pengiklanan ini direka bagi peranti mudah alih yang mengandungi  ciri-ciri khas seperti klik untuk menelefon, pratonton laman web, dan imej-imej berkaitan. Sehingga 2017, 88% warga Korea menggunakan telefon pintar. Oleh yang demikian, menggabungkan pengiklanan mudah alih dalam strategi pemasaran digital amat penting untuk kejayaan di dalam pasaran Korea.

Brand Search Ads—Penjenamaan Optimum melalui Hasil Enjin Carian

Hanya dengan Naver Brand Ads, syarikat-syarikat akan mampu meluaskan nama jenama mereka dengan mudah. Iklan-iklan akan selalu muncul terdahulu atau kedudukan pertama dalam setiap hasil pencarian. Paparan yang akan dilakukan di skrin termasuk sebuah tajuk, penerangan, gambar/logo, berita yang mempunyai pautan langsung ke laman tertentu, dan gambar-gambar produk yang juga mempunyai pautan keluar. Bayaran dikenakan mengikut model harga bagi setiap teraan (Click-Per-Thousand atau CPM) iaitu kadar harga yang diletakkan untuk setiap 1,000 paparan iklan di satu-satu laman. Bajet paling rendah bagi Naver Brand Ads ialah 500,000 Won Korea (atau sekitar RM1,850) bagi satu hari. Selain itu, tempoh bagi kempen iklan seperti ini adalah antara tujuh hingga sembilan puluh hari.

Nota Khas bagi Pendaftaran Akaun dan Operasi

Pasaran Korea memang besar dan menarik, namun terdapat beberapa perkara penting yang harus dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat asing seperti anda sekiranya berminat untuk mendaftar akaun pengiklanan di platform Naver.

Sebuah akaun Naver hanya sah bagi satu domain yang berkaitan. Jika anda ingin mempamerkan iklan bagi beberapa domain atau laman web, maka setiap satu mesti ada akaun Naver yang khusus untuknya.

Naver telah mengubah sistemnya untuk menjadi setaraf dengan Google. Sebuah adgroup mengandungi satu atau lebih iklan yang berkongsi kata kunci yang sama.

Kami faham bahawa Naver ialah sebuah alat yang penting bagi pemasaran digital di Korea tetapi ia sukar bagi syarikat-syarikat asing dan Korea untuk membuka akaun dan menggendalikannya. Kami menyediakan pakar-pakar pemasaran yang berpengalaman di dalam pasaran Korean yang dapat membantu anda dalam mendaftarkan akaun atau menguruskan kempen digital di platform ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di hello@90degreesasia.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *