Bahasa Malaysia

9 Cara Bagaimana Untuk Jenama Anda Lebih Dikenali

Dengan berbekalkan strategi yang baik dan kreatif, anda juga mampu membuat jenama anda lebih dikenali.

Para pengguna kini berhadapan dengan pelbagai bentuk pengiklanan yang sentiasa bermain-main di hadapan mata mereka. Tidak kira sama ada ketika sedang memandu, bercuti, bekerja malah sebelum tidur juga mereka akan disajikan dengan iklan yang terpampang di telefon pintar. Keadaan begitu ‘bising’ sekali di luar sana.

Jenama yang baik akan mampu mengelak daripada terjebak dengan’ kebisingan yang ada. Dengan berbekalkan strategi yang baik dan kreatif, jenama anda juga mampu berada pada tahap ini walaupun masih baharu. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan kewangan yang tinggi. Saya kongsikan kepada anda 9 cara bagaimana anda boleh lakukannya.

Bukan semua orang boleh menjadi pelanggan anda. Ini strategi yang paling penting untuk memastikan jenama anda berada di dalam hati dan fikiran pengguna. Bukan semua orang boleh menjadi pelanggan anda. Anda tidak perlu fokus kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebaliknya cuba tumpukan perhatian kepada golongan kecil dahulu, yang bakal menyukai apa yang mereka lihat tentang jenama anda. Dan mereka juga akan suka dengan pengalaman manis yang produk atau perkhidmatan anda sediakan. Jadi tumpukan perhatian anda dengan golongan kecil ini, menang dahulu hati mereka dan kembangkan pelanggan anda dari sini sedikit demi sedikit.

Berikan mereka pengalaman manis. Hanya dengan memberikan pengalaman manis ketika menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan, mereka dengan sendirinya akan datang kembali untuk membeli. Bukan itu sahaja, mereka juga akan memperkenalkan rakan-rakan mereka kepada anda tanpa perlu disuruh.

Penjenamaan yang jitu. Apakah itu penjenamaan? Ia merujuk kepada kebijaksanaan anda membuatkan para pengguna untuk mengingati anda terlebih dahulu ketika mereka hendak membeli sesuatu benda atau perkhidmatan yang anda ada. Dengan sebab-sebab yang kuat, mereka akan datang membeli produk anda dan bukannya dari orang lain. Oleh itu, penyediaan strategi penjenamaan amat penting untuk memastikan jenama anda sentiasa berada di dalam hati dan fikiran mereka.

Kualiti produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Pengalaman manis kepada para pelanggan hanya boleh diberikan apabila produk atau perkhidmatan yang anda sediakan amat berkualiti tinggi. Tiada cara lain yang boleh membuatkan mereka gembira melainkan dengan cara ini sahaja.

Proses dalaman yang licin, mudah dan sistematik. Disamping produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi, proses dalaman juga amat memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan. Sebagai contoh, ketika terdapat satu krisis yang berlaku di kedai anda, atau pelanggan membuat aduan tentang produk yang dibelinya beberapa hari yang lalu dan ia dapat ditangani dengan cepat dan mudah oleh pekerja anda melalui proses-proses yang tersedia. Pekerja tadi mampu memastikan pelanggan tadi berpuashati dengan tindakan yang disediakan. Ini sedikit sebanyak akan membuatkan pelanggan tadi untuk terus datang ke kedai anda berdasarkan pengalamannya itu.

Perhubungan yang lebih peribadi. Dalam Bahasa inggeris, ini dikenali sebagai personalisation. Para pengguna di Malaysia lebih gemar berhubung dengan manusia lain berbanding dengan mesin. Mungkin budaya kita tidak sama dengan budaya yang wujud di Barat ataupun di Jepun. Sekiranya anda mempunyai strategi yang lebih fokus kepada perhubungan di antara manusia dengan manusia, ia akan lebih menonjol dan berjaya.

Interaksi dengan para pengguna yang konsisten. Apabila perhubungan tadi terjalin di antara manusia dengan manusia, interaksi di antara satu sama lain juga akan berada pada tahap yang membuatkan masing-masing akan lebih mempercayai di antara satu sama lain. Ia jauh berbeza sekiranya anda berinteraksi dengan bukan manusia, seperti mesin ataupun jenama yang akan memberikan pengalaman yang sedikit berbeza.

Fokus kepada topik dan industri sahaja, bukannya lain-lain. Banyak jenama di luar sana yang gemar mencampur-adukkan status-status mereka di media sosial dan laman web dengan pelbagai topik. Ini membuatkan para pengguna keliru dengan mesej yang cuba disampaikan. Sebaliknya, tumpukan topik anda khusus kepada industri anda sahaja. Buatkan setiap apa yang anda muatnaik sebagai status media sosial anda relevan kepada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Pengguna akan lebih mengingati anda dengan cara ini.

Tonjolkan jenama anda yang asli. Jangan sesekali cuba meniru jenama-jenama lain terutamanya pesaing anda, strategi cara ini tidak akan bertahan lama. Sebaliknya cuba bina sesuatu yang unik dan asli.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *