Bahasa Malaysia

Ketua Pegawai Pemasaran Samsung: Kenapa Tidak Mahir Dalam Teknologi Lebih Baik Sebenarnya

Latar-belakang profesionalnya dari industri barangan pengguna itu yang sebenarnya telah banyak membantu beliau dan pasukan pemasaran Samsung mengalihkan fokus pemasaran mereka kepada pengguna berbanding produk.

Marketing Week, sebuah portal pemasaran baru-baru ini menulis satu artikel tentang YH Lee, Ketua Pegawai Pemasaran Global Samsung. Beliau berkata dalam satu temuramah; walaupun dia bekerja di Samsung, sebuah syarikat teknologi gergasi dunia, latar-belakang profesionalnya dari industri barangan pengguna itu yang sebenarnya telah banyak membantu beliau dan pasukan pemasaran Samsung mengalihkan fokus pemasaran mereka kepada pengguna berbanding produk.

Agak pelik juga apabila YH Lee membuat pengakuan ini, memandangkan Samsung amat terkenal dengan inovasi dan teknologi terkini yang jauh ke hadapan berbanding produk-produk elektronik besar dunia yang lain.

“Pengakuan yang bersifat ‘tidak begitu moden’ ini sebenarnya adalah satu kelebihan. Saya seorang yang tidak terlalu digital dan moden, lebih banyak kepada analog,” kata YH Lee sambil tersenyum. Beliau bercakap dalam temuramah dengan portal Marketing Week, ketika persidangan World Federation of Advertisers, Global Marketer Week baru-baru ini.

Pengalamannya bekerja di L’Oreal dan Unilever membantu beliau membuat perubahan-perubahan besar dalam pemasaran di Samsung kepada pengguna, yang sebelum ini terlalu tertumpu kepada teknologi dan fungsi-fungsi produk sahaja. “Saya gembira dengan soalan-soalan bodoh saya kini telah mula memberikan hasil yang amat memuaskan.”

Menurut YH Lee, terlalu banyak perkataan dan ayat-ayat yang digunakan oleh jenama Samsung amat sukar difahami kerana ia terlalu teknikal. Kini, semuanya telah diubahsuai menjadi lebih ‘kemanusiaan’ dan lebih difahami oleh para pengguna tanpa mengurangkan sedikit pun pemahaman teknikal tentang produk tadi. Setiap mesej yang cuba disampaikan oleh Samsung kepada pengguna kini lebih tertumpu daripada perspektif pengguna itu sendiri. Ini seterusnya akan membuatkan pengguna lebih percaya kepada jenama Samsung.

Humanising the Samsung brand atau penjenamaan Samsung yang lebih kearah ‘kemanusiaan’, ini matlamat jangka panjang Samsung dan ia perlu dilakukan oleh lebih berdaya saing pada masa akan datang. Amat sukar untuk ia dilaksanakan sekiranya dia terlalu berada dalam dunia pemasaran atau teknologi yang serba-serbinya teknikal. Bagi saya, YH Lee and Samsung berada pada landasan yang amat tepat sekali.

Samsung kini akan terus memberikan inovasi terkini kepada dunia, yang dibantu oleh pasukan pemasaran global yang akan terus menguatkan perhubungan di antara teknologi dan para pengguna. Dengan sebab ini juga setiap fungsi-fungsi terkini yang diperkenalkan tidak perlu lagi bersusah-payah mengendalikannya kerana ia dihidupkan secara automatik.

“Kami berjanji akan memastikan setiap produk yang dikeluarkan Samsung akan mempunyai integrasi yang rapat di antara satu sama lain pada tahun 2020 nanti. Masing-masing akan berhubung di antara satu sama lain, dari peti sejuk kepada televisyen, dari peranti mudah alih pintar kepada mesin basuh dan penghawa dingin serta lain-lain lagi. Semuanya akan menjadi automatik” YH Lee berkata dalam temuramah yang sama.

Kredit Foto: Fortune India

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *