Bahasa Malaysia

5 Kesilapan Utama Yang Sering Dilakukan Oleh Eksekutif Perhubungan Awam

Tips untuk membantu para graduan atau pelajar yang ingin menceburi kerjaya sebagai seorang intern atau eksekutif perhubungan awam sepenuh masa: elakkan kesilapan ini.

Anda inginkan kerjaya sebagai seorang eksekutif perhubungan awam? Adakah anda tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan public relations, PR atau dalam bahasa kebangsaannya, perhubungan awam? Jangan hanya membayangkan kehidupan penuh bling-bling dan glamour seperti watak Samantha Jones dalam drama HBO terkemuka Sex and the City kerana hakikatnya kehidupan sebagai seorang eksekutif perhubungan awam yang selebihnya memang indah khabar dari rupa.

Sebagai tip untuk membantu para graduan atau pelajar yang ingin menceburi kerjaya sebagai seorang intern atau eksekutif perhubungan awam sepenuh masa, di sini saya senaraikan beberapa kesilapan popular yang anda harus elakkan sejauh mungkin sekiranya berminat untuk ceburi kerjaya ini.

Kesilapan pertama, kenapa nak jadi PR?

Soalan cepumas setiap kali hadiri temuduga untuk jawatan eksekutif perhubungan awam atau PR. Nampak mudah sangat soalan ini tetapi ramai yang gagal beri jawapan meyakinkan apabila ditanyakan soalan tersebut.

Antara jawapan lucu yang seringkali diberikan adalah kerjaya PR ini membuka pintu untuk membolehkan mereka menghadiri beraneka jenis parti dan acara menarik. Tidaklah salah andaian tersebut. Memang ada masanya kerjaya ini memerlukan untuk anda membina rangkaian profesional atau networking di tempat-tempat sebegini namun kebanyakan masanya tugasan anda adalah untuk bekerja, menguruskan acara tersebut atau dapatkan kenalan bisnes baru dan bukan untuk berpesta semata-mata. Sekiranya tugasan yang diberikan memerlukan anda untuk menguruskan acara, anda tidak boleh sewenangnya turut sama makan dan minum ketika acara tersebut ataupun pulang bersama tetamu sesudah acara tersebut berakhir. Biarpun acara sudah tamat, sebagai seorang PR, anda masih lagi berkerja, mengemas kembali tempat kembali kepada asal, membuat laporan post-event serta menghantar nota terima kasih dan post release bagi acara tersebut. Ingat, being a PR executive isn’t a bed of roses or a party life after all.

Kesilapan kedua, tidak mengambil nota.

Tahniah, anda diambil bekerja di salah sebuah agensi idaman anda sebagai seorang pelajar intern. Jawatan anda – PR Executive pulak tu. Hebat betul! Kini bermula cabaran pertama iaitu menjalani tugasan permulaan. Jangan fikir tugas ini senang macam kacang. Anda perlu sentiasa bersiap sedia dengan buku nota dan pen ataupun laptop untuk mencatat nota. Things are never easy in the beginning. Dan dalam kesibukan aneka jenis tugasan yang ada, anda akan mudah lupa beberapa perkara penting yang perlu diutamakan dan yang mana sepatutnya anda siapkan terlebih dahulu. Jadi, ambil inisiatif untuk mencatat arahan dan peringatan yang diberikan pengurus anda.

Kesilapan ketiga, cubaan menipu ketika follow-up call.

Antara tugasan popular anda sebagai seorang intern yang juga eksekutif PR, adalah membuat panggilan kepada pihak wartawan dan media setelah menghantar siaran media ataupun jemputan untuk suatu acara. Memanglah saya faham, follow-up call ini semestinya memerlukan muka yang tebal dan telinga yang kebal – sebagai seorang wartawan, mereka memang sangat sibuk dengan ribuan e-mel yang masuk, jadi tidak terlayan kadang-kala dengan panggilan-panggilan yang merimaskan seperti follow-up calls ini. Biarpun begitu, tidak bermakna anda boleh menipu sewenangnya apabila pengurus bertanya tentang follow-up call. Ingat, bos atau pengurus perhubungan awam anda sudah lama bekerja dalam bidang ini. Dia lebih awal makan garam dari anda dan sangat arif dalam industri ini. Setiap wartawan dan penggiat media di luar sana berkemungkinan besar adalah kenalan baiknya. Beliau akan bertanya siapa yang anda telah hubungi dari media tersebut dan jangan terkejut jika beliau sendiri yang membuat panggilan di hadapan anda tatkala anda menipu! Seram kan? Trust me, you don’t want to piss off your PR Manager or Director cause these PR ladies are real dragons. Bahaya beb.

Kesilapan keempat, berpakaian tidak senonoh.

Tidak dinafikan, etika berpakaian memang berbeza dan agak subjektif untuk setiap agensi dan syarikat. Bagi mereka yang bekerja di bahagian korporat pasti sudah peka akan etika pakaian yang lebih formal. Belum lagi saya lihat mana-mana eksekutif PR yang cukup mental ingin berseluar pendek denim seakan bercuti di Ibiza ketika musim panas untuk hadiri mesyuarat korporat. Namun berbeza keadaannya di agensi kreatif dan syarikat media dan penyiaran (Sepanjang saya bekerja di Astro sebelum ini bahagian komunikasi dan perhubungan awam, saya akan pastikan saya berpakaian elok biarpun tidaklah se-formal mana, cuma yang penting saya tidak akan mencetuskan rasa tidak senang hati ketua saya pada waktu itu).

Ada syarikat yang mengamalkan etika berpakaian tertentu pada hari Jumaat yang lebih santai. Berseluar jeans pun boleh, baju sleeveless pun tak kisah. Boleh sahaja. Biarpun begitu, seeloknya anda perlu faham di mana sempadan jika anda cuba-cuba untuk mengenakan pakaian yang menjolok mata. Saya percaya pernyataan “Dress for the job you want, not the job you have.” Gaya pakaian boleh mempengaruhi cara orang menilai anda sebagai seorang profesional, jadi ambil peduli gaya pakaian anda dengan lebih serius sedikit. Ya lah, walaupun pakaian untuk hari Jumaat dibenarkan untuk kasual sekalipun, janganlah berpakaian seperti ala seorang pelacur untuk ke pejabat. Maaflah, terkasar sedikit bahasa tetapi ini memang satu realiti, fakta dan sering dilakukan oleh eksekutif PR. It’s a common mistake you need to avoid!

Kesilapan kelima, jangan ambil kesempatan.

Akhir sekali, nasihat saya tolonglah jangan ambil kesempatan. Dari segi apa? Well frankly, with all the very basic aspects of the job. Contohnya macam ni. Apabila anda dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk menghantar sesuatu produk kepada beberapa influencer atau media, janganlah pula bawa anda bawa pulang produk tadi dan dijadikannya hak milik kekal diri sendiri. Kemudian, anda keluar merayau sewenang-wenangnya dan menghilang sesuka hati ketika waktu pejabat. Bagi mereka yang merokok pula, janganlah suka-suka hati melepak lama sangat dengan alasan smoking break anda itu.

Yang paling dahsyat, ada yang hilang sampai pengurus anda tercari-cari di mana anda berada dan tidak dapat jumpa selama berjam-jam. Anda tahu, dalam bidang ini krisis boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja dan bayangkan anda hilang tanpa kesan sampai bos anda sendiri pun tak jumpa di mana anda berada. Memang nak kenalah kalau perangai macam ini. Kalau nak hilang sekali pun pastikan telefon pintar anda sentiasa di sisi dan anda perlu menjawab panggilan telefon atau WhatsApp dari bos anda. First impressions count ya adik-adik. Tolong jangan screw up pada hari pertama anda kerana penangan ini akan kekal dengan anda apabila memohon pekerjaan lain nanti. Percayalah. Industri perhubungan awam ini kecil sebenarnya, bos-bos anda hampir pasti saling kenal antara satu sama lain dan tidak mustahil mereka akan bersembang sesama sendiri tentang siapa yang harus diambil bekerja dan siapa yang harus dielakkan.

Anda mahu mereka bercakap tentang perangai buruk anda?

Kredit foto: medium.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *