Bahasa Malaysia

Mengapa Mark Zuckerberg Memilih Kredibiliti Berbanding Keselesaan

Mark Zuckerberg telah memilih untuk tampil penuh kredibiliti dan penuh profesional bagi memberikan impak yang kuat terhadap mesej yang bakal disampaikannya kepada audience tadi.

Rata-rata saya melihat komen para perunding imej antarabangsa yang bertaraf profesional dan master dunia memuji tindakan CEO yang juga pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg ketika beliau dipanggil oleh Ahli Kongres UK bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan ke atas firmanya baru-baru ini. Ianya berkaitan dengan kes pencerobohan data dilakukan oleh Cambridge Analytica yang melibatkan jutaan data pengguna laman media sosial itu.Pujian itu tidak lain tidak bukan, bahawa Mark bijak dalam menguruskan persepsi dan pandangan orang ramai dan tidak sesekali menjatuhkan kedudukan beliau dengan memakai seluar jeans dan berkemeja T, baju dan juga pakaian seragam yang menjadi trademark kebiasaannya itu.

Apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan di sini? Cara berpakaian merupakan sebahagian daripada imej, iaitu personaliti gaya seseorang, juga ia menggambarkan identiti jenama yang ingin ditonjolkan. Ya , jenama  peribadi.Siapa anda hari ini, dan apa yang membezakan anda dengan yang lain – ia memberikan maksud dan mesej berbeza bergantung bagaimana anda cuba sampaikannya. Dalam konteks ini, kita merujuk kepada visual penampilan. Pemilihan baju seperti kemeja T dan berseluar jeans hanya memberikan mesej – jenis pilihan pakaian kasual (dalam pengertian industri perundingan imej standard antarabangsa ia bermaksud dressing down).

Dressing down ini secara automatiknya membuatkan si pemakainya kelihatan agak relaks, terbuka, peramah, ya memang mereka mudah didekati, tetapi dari segi kedudukan dalam aras authoriti – tiada. Lebih tepat lagi, ia bukan dalam kategori pakaian rasmi atau formal.

Relaks = Kasual = Tiada Authoriti.

Formula yang mudah kan? Rileks, jangan cepat melatah. Baca dulu pandangan peribadi saya ini. Mark, umum sedia maklum seorang individu yang sangat berpengaruh, terkenal, antara yang ke-7 terkaya di dunia malah dikatakan kekayaannya berjumlah US$62.2 bilion setakat bulan Mac 2018 lalu. Mereka yang sudah mempunyai jenama dan dikenali ramai seperti beliau tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menempatkan diri beliau di dalam industri mahupun menularkan diri semata-mata untuk mendapatkan pengikut yang ramai.

Persoalannya, mengapa beliau memilih berpakaian secara formal dengan sut lengkap ketika menghadiri di hadapan tokoh-tokoh politik di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk memberi keterangan lengkap tentang insiden Cambridge Analytica, beberapa bulan yang lalu? Sedangkan dia, bagi seseorang yang ternama dan sudah selesa dengan kedudukan dan kejayaannya hari ini , boleh sahaja memilih dan tampil sepertimana beliau selalu lakukan – berkemeja T kelabu dan berseluar jeans biru.

Ya, saya pasti anda akan menjawab – tujuannya bagi menghormati kod etika pemakaian majlis.Benar! Itu jawapannya. Dia memenuhi etika pemakaian yang perlu diikuti dan dipatuhi ketika menghadiri majlis rasmi seperti itu. Sebagai seorang individu, sesiapa sahaja termasuk Mark, saya dan anda juga perlu bertimbang rasa dan menghormati antara satu sama lain dan tuan rumah dengan sentiasa peka dengan kod etika pemakaian yang mungkin telah ditetapkan oleh pihak yang menjemput atau mengikut jenis majlis terutamanya majlis rasmi.

Berdasarkan skala kod pemakaian ke pejabat yang dikeluarkan oleh Perunding Imej Profesional dan Master dunia, yang telah disahkan pula oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada, ada 4 peringkat pemakaian atau jenis pemakaian kesemuanya yang menyampaikan mesej berbeza dari aspek pemakai dan juga orang ramai yang melihatnya.Ia secara tidak langsung mempengaruhi cara si pemakai berfikir, rasa, bertindak dan juga tingkah lakunya. Kemudian bagaimana pula orang ramai bertindak balas terhadap respon atau maklumabalas si pemakai itu tadi.

Dari gaya kasual, ternyata Mark memilih kredibiliti sebagai mesej penampilan beliau.Berdasarkan situasinya yang rasmi, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh politik yang berpengaruh yang dihadapinya, Mark Zuckerberg telah memilih untuk tampil penuh kredibiliti dan penuh profesional bagi memberikan impak yang kuat terhadap mesej yang bakal disampaikannya kepada audience tadi. Anda boleh lihat sendiri bagaimana karisma Mark sekiranya dia memilih paras 1 di bahagian kiri, dan bagaimana perubahannya apabila dia tampil dengan jauh lebih berwibawa di paras 4 dengan pemilihian pakaian yang sesuai.

Mark Zuckerberg sebenarnya telah mula memakai tali leher setiap hari pada tahun 2009 yang lalu. Persoalannya, apakah mesej yang beliau cuba sampaikan? Ya! Beliau serius dan mempunyai kredibiliti dan mahu dihormati dan diyakini di dalam bidang yang diceburinya!

Dia menyatakan, “I started doing these challenges in 2009. That first year the economy was in a deep recession and Facebook was not yet profitable. We needed to get serious about making sure Facebook had a sustainable business model.It was a serious year, and I wore tie every day as a reminder. Today feels a lot like that first year. The world feels anxious and divided, and Facebook has a lot of work to do – whether it’s protecting our community from abuse and hate, defending against interference by nation states, or making sure that time spent on Facebook is time well spent.”

Secara peribadi, saya merasakan Mark harus dipuji kerana bijak menggunakan mesej berpakaian sebagai alat untuk menggambarkan betapa seriusnya beliau dalam memastikan Facebook mempunyai model perniagaan yang mampan walaupun ketika zaman ekonomi meleset pada ketika itu. Memakai tali leher sepanjang tahun sebagai satu simbol kesungguhan atau keseriusan, sehingga beliau berkata wore a tie for a whole year, di antara peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah hidupnya.

Dan melalui status yang dimuatnaik ini, beliau merasakan amat perlu untuk mengekalkan dan mengulangi mesej tersebut tahun ini.  Cabaran peribadi 2018 – fokus dalam memperbetulkan isu yang melanda.

“After the start of the recession in 2008, I wanted to signal to everyone at Facebook that this was a serious year for us. Great companies thrive by investing more heavily while everyone else is cutting back during a recession. But great companies also make sure they’re financially strong and sustainable. My tie was the symbol of how serious and important a year this was, and I wore it every day to show this.”

Kesimpulannya, mengenalpasti mesej berpakaian sangat penting kerana ia menyampaikan apa yang kita fikir, rasa, mood juga emosi ketika itu – lantas membentuk satu cerminan kepada orang ramai dan membuatkan mereka menilai, memberi pandangan juga persepsi yang berbeza. Adakalanya positif, dan tidak kurang juga negatif.Sebagai seorang perunding imej yang bertauliah, mengenalpasti 4 peringkat pemakaian, elemen dan mesej di setiap peringkat ini sangat-sangat penting. Anda perlu tahu dan faham apakah elemen-elemen yang membantu anda membina kredibiliti dengan lebih baik melalui setiap warna yang dipilih, jenis baju yang dipakai, rekaan, jahitan, jenis fabrik dan sebagainya yang sangat berkaitan dengan pekerjaan dan industri anda.

Atas sebab itu jugalah, bimbingan imej peribadi melalui personal image coaching mahupun program corporate in-house training, sangat penting untuk penekanan tentang mesej berpenampilan yang berdasarkan 4 paras pemakaian ke pejabat. Jangan tersilap, strategi ini juga boleh diaplikasikan buat mereka yang tidak bekerja di pejabat tetapi masih perlu berurusan dengan orang ramai dan ingin mendapatkan lebih keyakinan, kepercayaan, penghormatan dari mereka sekeliling. Transformasi imej secara menyeluruh perlu dilihat secara holistik, dari dalaman kepada luaran dan memerlukan lebih dari strategi A, B, C dan D. Ya, bukan hanya pada personaliti gaya, bentuk badan, pewarnaan peribadi dan modul berkonsepkan grooming semata-mata.Pastikan program latihan anda mendapat ROI atau pulangan pelaburan yang berbaloi dengan nilai tambah yang ditawarkan – bertepatan dengan kos rundingan yang dikenakan.

Ini key takeaways untuk anda.

Visual Kredibiliti = Formal = Autoriti TinggiKonsistensi adalah kunci utama di sini. Mesej untuk lebih diyakini, dihormati, dipercayai terletak di tangan anda. Dalam apa juga keadaan, waktu dan majlis, saya memilih kredibiliti dahulu, dan keselesaan yang kedua. Ia sesuai dengan mesej yang ingin saya sampaikan sebagai seorang perunding imej yang berpegang kepada nilai-nilai – profesionalisme, integriti, kredibiliti, kecemerlangan, dan boleh dipercayai.Bagaimana pula dengan anda?

Kredit Foto: Fortune

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *