Bahasa Malaysia

Masukkan 6 Taktik Pemasaran Ini Dan Lihat Hasilnya

Sebagai seorang usahawan IKS, terdapat 6 taktik yang telah digunapakai sebelum ini yang agak berhasil. Sila baca, faham dan gunakan untuk perniagaan anda.

Dalam dunia pemasaran, tidak pernah wujud istilah yang salah ataupun betul dalam merekabentuk apa jua strategi. Tiada. Yang ada cuma kaedah terbaik atau best practise, iaitu strategi yang telah digunapakai oleh jenama-jenama lain dan mereka berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Kejayaan tersebut mendorong jenama-jenama lain d luar sana, tidak kira besar ataupun kecil untuk mencuba kaedah yang sama dengan harapan dapat mengulangi kejayaan yang telah dicapai tadi.

Sebagai seorang usahawan IKS, terdapat 6 taktik yang telah digunapakai sebelum ini yang membuahkan hasil yang baik. Anda boleh baca, faham dan gunakan untuk perniagaan anda.

Berikan pengalaman manis. Anda mungkin tidak sedar, 90 peratus orang yang membuat keputusan untuk membeli produk yang disediakan ialah berdasarkan kualiti produk. Hanya 10 peratus keputusan dibuat berdasarkan betapa hebatnya pemasaran itu yang dilakukan. Jika anda mampu memberikan pengalaman manis kepada pengguna dengan produk anda dan juga melalui perkhidmatan yang disediakan bersama-sama produk tadi sehingga pengguna berasa amat berpuas hati dengan apa yang mereka alami, dengan sendirinya jenama anda akan tular dengan sendirinya. Walaupun tanpa perlu menggunakan iklan, membayar orang untuk tular dan sebagainya..

LinkedIn. Cukup-cukuplah dengan Facebook dan Instagram. Bagi saya, kedua-dua ini agak overrated, seolah-olah tiada lagi cara lain untuk mendapatkan pengaruh di media sosial. Jarang saya dengar usahawan-usahawan IKS di Malaysia mempunyai mempunyai akaun di LinkedIn. Mengapa? Mungkin mereka tidak pernah tahu ataupun tidak mahu mengambil tahu. Di Facebook, Twitter dan Instagram anda hanya akan memperolehi para pelanggan yang berminat untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Sebaliknya di LinkedIn, golongan pelanggan sebegini tidak ramai, tetapi ia menawarkan komuniti seperti pelabur, pemilik perniagaan yang besar, ketua pegawai eksekutif, pengerusi syarikat dan juga individu-individu yang berpengaruh di dunia korporat. Kalau di Facebook, anda kenal individu itu dengan nama Ali sahaja tetapi di LinkedIn anda akan kenal dia sebagai Datuk Dr. Ali bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif di ABC Sdn Bhd. Itu bezanya. Ini lebih memudahkan anda mengenali bakal pelanggan anda dengan lebih baik.

Google My Business.  Terlalu ramai yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka di Google My Business. Anda tahu tak dengan mendaftar di sini, sesiapa sahaja yang mencari sesuatu di sekitar kawasan perniagaan anda, Google Map akan memaparkan nama perniagaan anda sekali di situ untuk tatapan individu yang mencari tadi. Siap dengan nama jenama, alamat penuh, pin lokasi dan sedikit latar belakang tentang perniagaan anda, dan Google Search juga akan berbuat demikian di senarai pencarian.

Jawapan automatik yang lebih personal di halaman perniagaan Facebook. Anda mungkin tidak perasan tentang fungsi ini di halaman perniagaan Facebook. Sesiapa sahaja yang menghantar pesanan ringkas di ruang Messenger pada halaman perniagaan Facebook anda, mereka akan menerima jawapan ringkas automatik yang anda sediakan, yang disertakan sekali nama mereka disitu. Bayangkan jenama yang anda hubungi mengetahui nama anda, apa yang anda akan rasa. Sudah semestinya anda akan rasa bangga bukan? Apabila perasaan bangga itu wujud, dengan sendirinya berkemungkinan besar anda akan berasa lebih dekat dengan jenama itu. Akhirnya pembelian bakal dilakukan apabila tiba masanya.

Perjelaskan profil syarikat. Anda mungkin faham tentang apa yang anda tulis di halaman profil syarikat anda, tetapi adakah orang lain juga faham? Saya banyak membaca profil syarikat dan tidak banyak yang betul-betul ditulis dengan jelas. Penggunaan perkataan, ayat dan simbol seperti titik dan koma yang mengelirukan sering menjadi penghalang pembelian. Akhirnya pembaca tidak faham mesej yang anda cuba sampaikan kepada mereka. Yang penting ia tidak perlu ditulis panjang-panjang, cuma perlu dipermudahkan sahaja.

Mudahkan lagi ingatan pengguna kepada jenama anda. Gunakan hanya satu sahaja gambar banner di setiap saluran media sosial. Gunakan juga kata-kata kunci yang konsisten di profil dan status yang dimuatnaik. Pastikan logo juga konsisten dengan kod warna yang betul dan standard. Ingat, pengalaman pengguna apabila mereka datang ke laman web anda perlu sama apabila mereka ke laman-laman media sosial anda. Apabila pengalaman yang sama diperolehi, ingatan yang lebih kuat kepada jenama anda bakal diperolehi.

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *