Bahasa Malaysia

3 Sebab Utama Sidang Media Merupakan Mimpi Ngeri Setiap Eksekutif Perhubungan Awam

Langkah terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan lakukan yang terbaik. Jangan sesekali anggap teguran yang diterima itu sebagai serangan peribadi.

Sebelum ini saya pernah menulis satu rencana tentang senarai mimpi ngeri yang pasti dialami setiap pegawai perhubungan awam namun saya tercicir satu aspek yang, memang jujur cakap, seringkali menjadi mimpi ngeri peribadi bagi saya – acara media dan sidang media.

It’s pretty basic. Lain orang, lain masalah. Tiada ada eksekutif perhubungan awam yang serupa gaya mereka di mana-mana. Cuba tanya kepada mana-mana individu dalam industri perhubungan awam, apakah perkara yang mereka suka dan benci tentang pekerjaan ini. Semestinya anda mendapat jawapan yang berbeza setiap kali. Ada yang gemar bertemu dengan komuniti wartawan, extroverts kebiasaannya. Ada juga yang gemar duduk di meja komputer dan membuat kajian serta menulis siaran media. Jika ditanya kepada saya, secara peribadinya sebagai seorang introvert saya lebih gemar menulis siaran media berbanding bertemu dengan orang. Aneh bukan? Tapi itulah realiti seorang eksekutif perhubungan awam.

Jadi, oleh kerana lain eksekutif perhubungan media maka lain pe’el dan minat masing-masing, maka tidak semua yang akan meroyan apabila mendengar perkataan acara untuk komuniti media atau press event ini.

Sidang media seringkali menjadi pilihan pelanggan dan stakeholder kerana bagi mereka inilah satu-satunya cara yang boleh mendapat golongan media untuk mereka muatkan ke dalam suratkhabar, majalah dan blog masing-masing sebagai publisiti. Biasalah, zaman ini beraneka jenis dan bentuk yang boleh digunakan untuk memaksimumkan publisiti. Dari kempen di media sosial, rakan niaga melalui kandungan atau content partnerships sehinggalah kepada activation, bekerjasama dengan penulis blog, individu yang berpengaruh di media sosial atau social infuencers dan macam-macam lagi. Jadi bukan setakat menganjurkan sidang media sahaja, tetapi jauh lebih banyak saluran lain lagi sebenarnya. Sebagai seorang eksekutif perhubungan awam, anda perlu bertanya kepada diri sendiri dan pelanggan dua soalan ini:

  1. Adakah berbaloi untuk menganjurkan sidang media?
  2. Adakah liputan media massa utama dan media sosial yang bakal diterima akan setimpal dengan pelaburan yang akan dikeluarkan untuk sidang media ini?

Sepanjang pengalaman saya bekerja di agensi, saya lali sangat dengan wishlist yang macam unicorn. Ada yang mengimpikan kehadiran ribuan pihak wartawan dan mengharapkan liputan tentang mereka sehingga bermuka-muka dalam akhbar-akhbar utama seperti The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Dulu waktu mula-mula saya bekerja di agensi, memang terfikir sebagai agensi PR, orang minta bulan dan bintang pun kita kena bagi juga, tetapi hakikatnya saya perlu juga pastikan yang pelanggan akan faham berapa besar pelaburan untuk berbuat demikian, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Ini sangat penting.

Mimpi ngeri pertama, Tiada seorang pun wartawan yang datang. Anda cukup beruntung kalau pelanggan anda tidak telefon setiap saat bertanyakan berapa orang media yang akan datang, sudah sampai, akan sampai dan tidak hadir ke sidang media yang diadakan. Sebagai agensi yang bertanggungjawab, kita sudah sedia maklum sebenarnya kepada semua saluran media massa tentang sidang media tersebut tetapi biasalah mungkin mereka anggap ini tidak penting sangat seperti yang lain-lain. Sidang media ini tidak umumkan how to cheat death, tetapi cuma hendak melancarkan satu produk sahaja, atau mengumumkan satu inisiatif kerjasama dengan syarikat lain dan sebagainya. Jadi masuk akal kalau pihak media tidak memberi jawapan secepat mungkin tentang kehadiran mereka. Tambah lagi kita sedia maklum berapa banyak e-mel, jemputan dan siaran media yang mereka harus belek dan terima setiap hari. Bagi mereka yang tidak faham bagaimana industri ini berfungsi, mereka akan demand jawapan serta merta. Lagi teruk bangsa yang tidak boleh terima hakikat kalau media tak nak datang ataupun tak boleh datang majlis mereka. Hello kawan, you’re not the only one with an event lah.

Waktu mula-mula bekerja dalam industri ini, memang saya akui cukup gelabah kalau tiada media yang sahkan kehadiran. Tambah pula, hampir pasti akan dimaki dengan pelanggan dan bos. Sejujurnya, I’ve been there. Pernah juga dua orang sahaja media yang datang ke acara saya. Itu memang learning curve terbaik giler bagi saya dan saya tidak pernah perlekehkan mana-mana sidang media selepas itu. Pil ni memang sangat pahit untuk ditelan, tapi saya sangat banyak belajar darinya. Dari situ kita belajar, tidak semua benda perlu dibuat sidang media dan siaran akhbar. Ada perkara yang memadai dengan pengumuman melalui media sosial, blog dan lain-lain. Jenama-jenama besar seperti Google, Spotify dan YouTube pun tulis blog sahaja selalunya kalau ada pengumuman tertentu.

Banyak faktor yang mempengaruhi kehadiran media – dari faktor masa, keutamaan atau acara yang mana lebih penting, hubungan agensi dengan media tersebut dan juga perbelanjaan untuk membayar iklan-iklan di media tersebut. Kalau betul-betul nak ikutkan trend sekarang, tiada berita yang lebih penting berbanding berita tentang Pakatan Harapan, Malaysia Baharu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Tun Mahathir dan SPRM. Waktu sidang media juga memainkan peranan, jadi tolonglah jangan gedik sangat nak buat sidang media pada hujung minggu. Awak sendiri pun tak suka kerja di hujung minggu, kenapa nak menyusahkan orang lain untuk bekerja dihujung minggu?

Mimpi ngeri kedua : Acara ditangguhkan. Sebarang perubahan kepada sidang media dari segi masa pasti menimbulkan rasa gundah gulana. Pernah sekali satu sidang media yang saya uruskan terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain kerana situasi yang tidak dapat dijangka. Cuba anda bayangkan sendiri betapa peritnya usaha untuk menelefon semula wartawan seorang demi seorang tentang perubahan agenda tadi. Lebih teruk lagi apabila wartawan sudah sampai di lokasi sidang media. Sudah pasti mereka akan berang, terus angin satu badan sebab perubahan tadi jelas sudah membazirkan masa mereka. Tiada yang kena lebih teruk berbanding si PR yang seorang ini – saya lah, siapa lagi.

Mimpi ngeri ketiga: Karakter ‘menarik’. Kita semua tahu, perangai manusia memang berbeza-beza. Bagi orang PR, ini perkara biasa apabila berdepan dengan kerenah yang pelbagai seperti ini. Sewaktu membuat beberapa panggilan follow up, saya sudah merasa setiap karakter dan apatah lagi ketika berdepan ketika di sidang media. Anda bukan sahaja berdepan dengan karenah wartawan, tetapi juga bos-bos besar saya, pelanggan dan orang disekeliling. Memang, ada sahaja yang tak kena, masa tak betullah, makanan tak sedaplah, aircond tak sejuklah dan lain-lain lagi.

Perhubungan awam ini ala-ala macam khidmat pelanggan sebenarnya. Lebih kurang sahaja bila fikir balik. Orang merungut macam mana pun, kena juga kita tebalkan muka, maniskan muka dan jaga kata-kata kerana anda bertanggungjawab sebagai the face of the company. Nasihat terbaik yang pernah saya terima adalah jangan terlalu sensitif dengan teguran dan rungutan yang diterima ketika apa jua sidang media yang anda buat. Kita tidak mampu mengawal semua perkara yang berlaku, terutamanya apabila melibatkan perkara yang berkaitan manusia. Apa jua perkara yang berkaitan dengan tabiat manusia, langkah terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan lakukan yang terbaik. Jangan sesekali anggap teguran yang diterima itu sebagai serangan peribadi. Apa pun kita kena cool dan rileks dulu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *