Bahasa Malaysia

Jalan Pintas SEO Untuk Kedudukan Ranking Yang Tinggi

Strategi SEO yang baik akan mengambil masa, sekurang-kurangnya 3-6 bulan bagi melihat hasil yang baik. Tetapi bagaimana sekiranya anda tidak mempunyai 3-6 bulan, dan terdesak untuk hasil yang agak segera?

Untuk proses mendapatkan perhatian di internet, anda mempunyai dua kaedah. Pertama, melalui media sosial dan kedua ialah dengan membuatkan orang menjumpai anda di enjin pencarian Google.

Untuk mendapatkan perhatian para pengguna internet melalui enjin pencarian, strategi SEO atau pengoptimuman enjin pencarian diperlukan. Selain mencanangkan jenama anda di Facebook, LinkedIn, Twitter dan sebagainya, anda harus juga memastikan sesiapa sahaja yang mencari produk yang mahu dibeli melalui Google turut menjumpai anda di sini. Oleh itu, kedudukan ranking yang tinggi sangat-sangat penting.

Anda harus ingat, kedudukan ranking anda akan bertambah baik apabila strategi SEO dilakukan dengan berterusan secara sistematik. Sebab itu ia mengambil sedikit masa. Strategi SEO yang baik akan mengambil masa, sekurang-kurangnya 3-6 bulan bagi melihat hasil yang baik. Tetapi bagaimana sekiranya anda tidak mempunyai 3-6 bulan, dan terdesak untuk hasil yang agak segera?

Kaedah ini mungkin dapat membantu;

Kualiti kandungan untuk tawan hati pembaca. Anda memang tidak boleh lari dari menyediakan artikel, video, infografik atau apa jua kandungan yang berkualiti sekiranya anda mahukan perhatian dari para pengguna ke atas jenama anda. Kebiasaannya penyediaan artikel contohnya, ia memerlukan sedikit kajian bagi mengetahui selok-belok apa yang perlu ditulis, bagaimana ia perlu ditulis, kepada golongan mana ia perlu ditulis, mengapa ia perlu ditulis dan apa yang boleh dipelajari daripada penulisan tadi.

Selain daripada itu, ia juga perlu dimasukkan unsur-unsur emosi bagi mendapatkan impak yang lebih baik. Jadi anda perlu wujudkan unsur-unsur jenaka, sedih, marah atau membuatkan orang berfikir apabila mahu membuat kandungan untuk laman web anda. Kualiti kandungan anda akan terhasil apabila para pengguna sukakan apa yang mereka baca.

Kualiti kandungan untuk tawan hati Google melalui SEO.

Selain memastikan pengguna suka tentang kandungan yang anda buat, Google dan enjin pencarian lain perlu suka tentang kandungan itu juga. Lakukan ini.

  1. Topik yang sesuai. Anda perlu memulakan langkah dengan mempunyai topik yang sesuai yang sering dicari pengguna internet. Cara terbaik untuk mempunyai topik yang sesuai ialah dengan menyediakan senarai soalan-soalan yang anda rasa para pengguna akan taip pada kotak pencarian Google yang anda mahukan pengguna tadi menjumpai anda. Sediakan sekurang-kurangnya 50 atau 100 soalan yang anda rasa para pengguna akan cari dan anda mahu mereka menjumpai anda.
  2. Cari topik anda di Google. Setelah anda senaraikan topik-topik yang anda ingin tulis sebagai artikel, pilih satu dan cuba masukkannya ke dalam kotak pencarian Google. Setelah menekan butang Search, anda akan lihat senarai yang disediakan Google yang mempunyai topik yang dicari tadi. Senarai ini adalah artikel-artikel yang telah ditulis orang lain yang tersenarai pada mukasurat pertama.
  3. Lihat topik artikel yang sedia ada yang berkedudukan tinggi. Apabila anda lihat senarai artikel yang disediakan Google pada mukasurat pertama itu, anda akan perasan topik anda tidak sama kerana terdapat beberapa kata-kata kunci yang penting tidak terdapat pada topik yang anda tulis. Ini juga menunjukkan topik yang anda tulis itu agak lemah. Tidak mengapa.
  4. Ubah sedikit topik anda. Jalan pintas untuk mempunyai kedudukan ranking tinggi pada mukasurat pertama di Google ialah dengan mengubah sedikit topik anda tadi. Bagaimana? Dengan menyediakan kata-kata kunci yang hampir sama dengan salah satu daripada topik artikel yang disenaraikan oleh Google, yang paling hampir dengan topik yang anda tulis. Guna stategi yang sama bagaimana topik itu ditulis.
  5. Kata-kata kunci pendek. Sebagai seorang pemasar digital saya sering menggunakan perkataan-perkataan seperti pemasaran, pemasaran digital, media sosial, SEO, kata kunci, penulisan blog, laman web, infografik, video dan lain-lain lagi. Google akan mengaitkan set perkataan-perkataan ini dengan industri atau kepakaran saya. Anda pasti mempunyai kata kunci pendek untuk industri anda. Gunakan set perkataan itu dalam setiap penulisan artikel dan tulis dengan bentuk cerita yang semulajadi. Jangan masukkannya terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kena natural sedikit.
  6. Perenggan pertama yang getir. Sebaik sahaja artikel anda dijumpai di Google, mereka akan klik untuk melihat apa yang anda tulis, ini bermakna topik anda hebat. Tentu anda mahu mereka membaca penulisan anda sehingga habis. Jadi, pastikan perenggan pertama juga menarik agar mereka akan terus membaca ke perenggan kedua dan seterusnya.

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *