Bahasa Malaysia

3 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Bisnes Untuk Lebih Berjaya

Ketiga-tiga ini mustahil dicapai pada awal kewujudan bisnes anda. Ia akan mengambil sedikit masa. Mengapa? Ia kerana pada sewaktu awal berniaga anda terlalu banyak bergantung kepada teori.

Memang tiada sebab lain, hanya tiga ini sahaja yang menjadi faktor utama satu-satu bisnes itu berjaya. Ia bukan disebabkan oleh permainan media sosial anda yang canggih, bajet yang besar untuk pemasaran atau laman web anda yang berwarna-warni dan hebat itu. Semuanya bukan, tetapi ini.

Pengguna respon kepada strategi pemasaran anda. Mereka ingat jenama anda dahulu berbanding jenama lain sekiranya mereka ingin membeli sesuatu yang anda ada. Jenama anda senang diingati, mesej anda yang mudah, bahan-bahan pemasaran anda seperti poster, artikel dan video yang menarik. Pendekatan anda juga sangat baik, berbentuk psikologi dan tidak memaksa. Kemudian mereka akan mengikuti anda di mana sahaja, malah memuat turun aplikasi anda ke dalam telefon pintar mereka lagi.

Kualiti produk yang baik. Pengguna sangat suka dengan kualiti produk yang anda sediakan. Sangat memuaskan hati. Mereka bukan sahaja suka, malah sanggup bercerita tentang kebaikan produk anda kepada kenalan mereka yang lain. Mereka akan rekomenkan anda kepada kenalan dan saudara-mara mereka sekiranya mereka tahu ada sesiapa yang mencari produkyang anda ada. Dan ini bukan tweet berbayar. Ia dilakukan dengan sukarela.

Pengalaman manis pengguna. Kalau setakat produk sahaja yang baik masih belum mencukupi. Hati mereka tidak akan puas sekiranya pengalaman mereka tidak sehebat kualiti produk yang ada. Walaupun sesedap mana pun makanan yang anda jual di restoran, kalau terpaksa menunggu lebih sejam untuk mendapatkan minuman sahaja pun semua akan bengang. Jadi, pengalaman pengguna amat penting juga.

Ketiga-tiga ini mustahil dicapai pada awal kewujudan bisnes anda. Ia akan mengambil sedikit masa. Mengapa? Ia kerana pada sewaktu awal berniaga anda terlalu banyak bergantung kepada teori. Lama-kelamaan anda akan melakukan pelbagai kesilapan demi kesilapan kerana tidak semua teori dan idea yang ada dahulu boleh digunapakai. Dari sini, anda akan menukar sedikit demi sedikit strategi yang ada mengikut kesesuaian situasi yang ada.

Bermula dari strategi pengeluaran produk, pemasaran digital dan strategi harga sehinggalah kepada strategi pengedaran, penghantaran dan khidmat pelanggan.

Setelah beberapa lama strategi-strategi ini ditukar semata-mata untuk menyesuaikan bisnes anda dengan kehendak pengguna, satu strategi yang paling sesuai akan dijumpai. Strategi ini kemudiannya akan menjadi formula yang paling tepat untuk anda bergerak maju ke hadapan. Sekurang-kurangnya ia sesuai untuk tiga hingga lima tahun akan datang.

Dari sini, anda akan melihat momentum yang baik untuk bisnes anda. Dari sini juga anda akan lihat jualan produk akan semakin meningkat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *