Bahasa Malaysia

Media Sosial: Kini Tidak Perlu Lagi Membayar Untuk Iklan, Guna Cara Percuma Ini

Bina satu kumpulan rahsia di rangkaian media sosial dimana anda berada.

Kalau anda tidak kisah untuk mengeluarkan modal setiap hari membayar iklan di Facebook, Twitter, Instagram mahupun LinkedIn, baguslah. Tetapi tidak semua usahawan berduit seperti anda. Tahukah anda ada cara lain yang boleh anda gunakan tanpa mengeluarkan sesen pun kepada platform itu semua tetapi masih lagi mampu mencapai jumlah reach dan engagement yang tinggi untuk setiap status yang dimuatnaik di media sosial?

Bina satu kumpulan rahsia di rangkaian media sosial dimana  anda berada.

Dengan mempunyai satu kumpulan rahsia ini, katakanlah yang mempunyai seramai 50 orang ahli, ia akan membantu anda menyebarkan status yang anda muatnaik itu kepada lebih ramai orang. Bagaimana?

Di Facebook anda, jumlah pengikut anda yang ada sekarang ialah seramai 3,000 orang kesemuanya. Tidak begitu ramai, tetapi tidak mengapa. Kalau kita tengok setiap ahli yang berada di dalam kumpulan ini, kesemuanya katakan mempunyai pengikut di Facebook masing-masing seramai lebih kurang 3,000 orang juga. Dengan gabungan ahli seramai 50 orang dalam kumpulan ini, kumpulan anda kini mempunyai pengikut seramai 150,000 orang kesemuanya. Betul?

Bayangkan ini pula. Katakan anda memuatnaik satu status di Facebook, berkisar tentang promosi bedak sejuk yang anda jual. Sebaik sahaja anda muatnaik, 3,000 pengikut anda akan nampak status ini. Kemudian 49 ahli kumpulan anda akan mulakan langkah mereka membantu anda dengan mendermakan Like mereka, memberikan komen ataupun kongsikan status anda tadi di Facebook mereka. Ini bermakna, reach untuk status anda tadi akan meningkat dengan lebih tinggi lagi.

Melalui engagement yang dilakukan oleh 49 ahli kumpulan anda tadi bersama-sama dengan usaha anda, sekurang-kurangnya 150,000 orang akan melihat status Facebook anda. Ini satu jumlah yang besar. Kemudian bayangkan pula 5 peratus dari 150,000 orang tadi turut sama mendermakan Like mereka di status anda. Reach akan meningkat naik lagi, dengan jauh lebih besar lagi.

Apabila mereka telah membantu anda kini giliran anda pula membantu ahli-ahli yang lain. Bermuafakat sebegini pasti akan membawa berkat. Hasilnya, kesemua 50 ahli kumpulan anda tidak perlu lagi membayar Facebook untuk sebarang iklan.

Bagaimana nak mulakan kumpulan ini?

Mudah sahaja. Kongsikan idea ini dengan beberapa usahawan lain dan dapatkan pendapat mereka. Sekiranya mereka mampu ‘nampak’ ke mana arah tujuan strategi ini, jemput mereka untuk bersama-sama anda dalam perjalanan ini. Pastikan mereka mempunyai perniagaan yang berbeza dari anda, agar tidak kecoh di kemudian hari nanti.

Apabila kumpulan kecil ini bergerak lancar, besarkan jemputan anda kepada seberapa ramai yang boleh. Perlu diingat, tidak mudah untuk mengendalikan kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai. Anda perlu mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli. Apa pun, yang paling penting sekali ialah masing-masing perlu membantu di antara satu sama lain dalam menyebarkan setiap status ang dimuatnaik di media sosial.

One comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *