Bahasa Malaysia

Bagaimana Logo Yang Baik Membantu Proses Pembelian

Tanpa logo yang mudah diingati oleh para pengguna, amat sukar menjadikan jenama anda pilihan utama mereka untuk masuk ke dalam proses penilaian mereka.

Cuba anda lukis logo AirAsia, Nike, Adidas dan Apple dalam masa 5 minit. Lihat betapa mudahnya anda mengingati keempat-empat logo tadi. Sekarang cuba anda lukis logo syarikat anda sendiri. Mungkin anda akan sedikit terkial-kial, di antara ingat tak ingat tentangnya. Kan?

Proses pembelian yang ada sekarang biasanya akan bermula jauh lebih awal dari hari pembelian. Kini orang tidak lagi membeli produk yang bernilai tinggi secara spontan. Mereka terlebih dahulu akan membuat kerjarumah tentang jenama, produk, jenama, kualiti, harga dan lain-lain. Ini dilakukan melalui YouTube, media sosial, review dari kawan-kawan dan pelbagai cara lain lagi.

Proses yang kompleks ini biasanya akan bermula dari logo dan nama jenama tersebut terlebih dahulu. Apa yang ada di kepala mereka. Tanpa logo yang mudah diingati oleh para pengguna, amat sukar menjadikan jenama anda pilihan utama mereka untuk masuk ke dalam proses penilaian mereka.

Tidak lama dahulu saya ada menulis apakah ciri-ciri logo yang hebat. Terdapat sembilan kriteria kesemuanya. Anda boleh rujuk dan gunakan untuk perniagaan anda. Jenama-jenama besar menggunakan pendekatan psikologi dalam merekabentuk logo mereka. Mengapa? Hanya satu sahaja sebabnya. Untuk memudahkan para pengguna mengingati jenama mereka. Mereka tahu apabila ia mudah diingati, ia akan melekat di dalam kepala dan pemikiran pengguna. Dan apabila melekat, mudah bagi mereka membuat pertimbangan untuk membeli produk yang dijual.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *