Bahasa Malaysia

Tingkahlaku dan Tabiat Pembeli: Adakah Penduduk Malaysia Juga Tidak Setia Pada Jenama?

75 peratus dari responden mengaku mempunyai jenama tertentu tersemat di fikiran yang mereka akan beli, tetapi 76 peratus dari kumpulan ini juga berkata yang mereka bermungkinan besar akan bertukar fikiran sewaktu hendak membeli kerana pelbagai sebab.

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Adtaxi, sebuah syarikat pengiklanan berteknologi tinggi, penduduk di Amerika Syarikat kini rata-rata tidak lagi setia pada sesebuah jenama. Keadaan sekarang sudah tidak lagi sama seperti dahulu. Adtaxi telah menemuramah tidak kurang daripada 1,000 responden yang mempunyai latar belakang yang berbeza mengikut lokasi, jantina, umur dan juga kadar pendapatan.

Berikut adalah hasil dari kaji selidik yang diperolehi dari kajian, yang dipetik dari Media Post.

  1. 75 peratus dari responden mengaku mempunyai jenama tertentu tersemat di fikiran yang mereka akan beli, tetapi 76 peratus dari kumpulan ini juga berkata yang mereka bermungkinan besar akan bertukar fikiran sewaktu hendak membeli kerana pelbagai sebab.
  2. 83 peratus responden berkata nilai yang ditawarkan oleh jenama menjadi faktor utama mereka membeli, bukan harga. Ini diikuti oleh 80 peratus yang memilih kualiti produk, 47 peratus memilih reputasi dan 39 peratus pula memilih kualiti perkhidmatan yang diberikan.
  3. Seramai 79 peratus pengguna berkata mereka mengetahui dan membuat homework tentang sesuatu produk atau perkhidmatan itu melalui internet, manakala 56 peratus pula melalui pemasaran mulut ke mulut.
  4. 49 peratus responden menyatakan bahawa keputusan pembelian mereka banyak dipengaruhi oleh status media sosial rakan-rakan. 30 peratus responden pula berkata pembelian mereka banyak dipengaruhi oleh aktiviti media sosial oleh jenama-jenama yang mereka ikuti di platform media sosial kegemaran mereka.
  5. Apa pun yang berlaku, faktor penyebaran mulut ke mulut di media sosial masih lagi kuat. Ramai yang bermulut masin di media sosial. Hampir 60 peratus responden menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk membuat pembelian sekiranya produk atau perkhidmatan itu disyorkan oleh mana-mana influencer di media sosial. Dalam kumpulan tersebut, 56 peratus pula menjawab yang mereka akan membeli tanpa berfikir panjang. Ini bermakna ‘kuasa’ dan pengaruh seseorang influencer media sosial itu amat hebat.
  6. 26 peratus responden mengaku keputusan pembelian mereka banyak dipengaruhi oleh para influencer di media sosial, manakala 24 peratus yang lainnya berkata mereka lebih percaya kepada rakan-rakan dan saudara-mara dalam memberikan pandangan tentang mana-mana produk atau perkhidmatan.

Di Malaysia, saya hampir pasti statistik yang hampir sama akan diperolehi sekiranya satu kaji selidik dijalankan di negara ini, kerana tingkah laku dan tabiat para pengguna di negara ini tidak banyak berbeza berbanding negara lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *