Bahasa Malaysia

Lebihan Bajet: Ke Mana Patut Anda Belanjakan RM 12,000 Itu

Kepada syarikat yang mempunyai lebihan bajet setiap tahun, nasihat saya sebagai seorang pemasar ialah untuk dapatkan lebih ramai pelanggan berbayar untuk syarikat anda.

Tidak banyak syarikat yang mengalami keadaan begini. Biasanya mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk apa juga aktiviti yang berlaku dalam syarikat. Mengapa sentiasa tidak mencukupi? Ia kerana kebanyakan syarikat tidak mempunyai model perniagaan yang mampu menghadapi apa jua keadaan ekonomi. Keadaan kewangan syarikat berombak mengikut ombakan ekonomi yang turun naik. Masa ekonomi tengah bagus, duit banyak. Masa ekonomi tengah merudum teruk, habis semua pekerja dia nak buang.

Tetapi kepada syarikat yang mempunyai lebihan bajet setiap tahun, persoalan ke mana sepatutnya mereka belanjakan wang yang lebih ini? Sebagai seorang pemasar, jawapan saya ialah ini:

Dapatkan lebih ramai pelanggan berbayar untuk syarikat anda.

Untuk mencapai objektif ini, anda tidak perlu menggaji lebih ramai eksekutif jualan, pengurus jualan dan sebagainya. Anda sendiri tahu yang pasaran kini tidak lagi membeli kerana pengurus jualan produk tersebut bagus orangnya, tetapi melalui proses pembacaan yang dicari melalui enjin pencarian, review di media sosial, pengalaman sendiri ketika menggunakan produk tersebut dan juga melalui pengalaman orang lain yang pernah menggunakan produk itu.

Keempat-empat faktor ini kesemuanya berada di internet. Jadi, anda perlu lebih agresif di internet. Anda perlu lebih aktif menggunakan pemasaran digital bagi tujuan ini.

Pengurusan media sosial. Hanya dari RM500 sebulan untuk satu platform media sosial, anda boleh bergerak dengan lebih agresif dan aktif setiap hari. Ada agensi pemasaran digital di luar sana yang boleh membantu syarikat anda mengendalikan aktiviti media sosial anda setiap hari dengan lebih baik lagi kerana pengalaman dan kepakaran mereka yang bertahun-tahun lamanya. Yang penting, anda perlu berada di platform-platform yang betul iaitu berada di mana bakal pembeli anda berada. Biasanya anda akan memerlukan dua platform, jadi anda perlu sediakan RM1,000 sebulan. Cuba dahulu untuk 6 bulan dan lihat hasilnya. Jumlah keseluruhan – RM6,000.

Pembinaan kandungan. Tanpa kandungan, tiada apa yang boleh anda kongsikan kepada bakal pembeli dan pengguna lain. Apakah itu kandungan? Ia bermaksud penulisan artikel, tips ringkas, petua-petua tertentu, idea, pendapat tentang industri, trend, statistik, video, infografik, poster dan sebagainya. Ini semua adalah kandungan yang anda boleh kongsikan kepada orang luar. Biasanya harga bagi satu rekabentuk infografik ialah RM200 dan penulisan artikel pula hanya RM0.40 untuk satu artikel – sangat murah dan berbaloi. Sediakan sedikit peruntukan bulanan, mungkin RM1,000 sebulan untuk membina kandungan anda sendiri. Cuba dahulu selama 6 bulan, lihat hasilnya. Sekiranya kandungan anda berkualiti, pengurusan media sosial akan menjadi lebih mudah dan efektif. Jumlah keseluruhan – RM6,000.

Melalui pengurusan media sosial yang interaktif dan kualiti kandungan yang baik, para pengguna pasti akan tertarik untuk lebih dekat dengan produk anda. Mereka akan melihat produk anda mampu membantu mereka menyelesaikan kemelut masalah mereka di rumah, di tempat kerja ataupun mampu menyelesaikan apa yang mereka kehendaki. Dari sini, mereka akan mula menghantar pesanan ringkas di ruangan DM tanpa perlu disuruh. Dan, jualan pun akan terhasil.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *