Bahasa Malaysia

Tahun 2019 Adalah Tahun SEO

Strategi SEO ini tidak berapa digunakan oleh industri kecil dan sederhana atau IKS. Sebaliknya ia menjadi keutamaan di kalangan jenama-jenama besar kerana strategi ini amat efektif untuk memastikan jenama mereka mampu dijumpai di internet oleh para pengguna.

Apabila kita bercakap tentang pengoptimuman enjin pencarian atau search engine optimisation (SEO), biasanya kita akan teringat tentang Google, Yahoo, Bing ataupun Mozilla Firefox. Enjin-enjin pencarian ini biasanya digunakan oleh para pengguna untuk mencari sesuatu yang spesifik di internet. Ada yang mahu mencari produk atau perkhidmatan tertentu. Ada juga yang mahu mencari tempat, mencari maklumat tentang sesuatu ataupun mencari kepastian tentang apa yang mereka lihat ataupun dengar.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Internet Live Stats, terdapat 5.5 billion pencarian maklumat yang dilakukan oleh Google sahaja dalam masa sehari. Dengan kata lain, dalam masa satu saat sahaja, jumlah pencarian yang dilakukan oleh Google ialah sebanyak 63,000. Sepanjang tahun 2017 juga, lebih 74 peratus daripada keseluruhan pencarian di internet dilakukan oleh Google. Ini menjadikan ia sebagai enjin pencarian tersebut yang paling popular di dunia buat masa ini.

Strategi SEO ini tidak berapa digunakan oleh industri kecil dan sederhana atau IKS. Sebaliknya ia menjadi keutamaan di kalangan jenama-jenama besar kerana strategi ini amat efektif untuk memastikan jenama mereka mampu dijumpai di internet oleh para pengguna.

Mengapa ia bakal menjadi titik-tolak kejayaan pemasaran digital anda pada tahun 2019 nanti?

Sumber utama untuk mendapatkan pengunjung yang sesuai. Anda pun tahu hanya ada dua sumber utama sahaja untuk mendapatkan trafik pengunjung di internet, pertama ialah melalui SEO dan kedua ialah dari media sosial. Kebanyakan jenama akan memilih media sosial sebagai strategi utama mereka kerana ia lebih mudah untuk dilakukan berbanding SEO. Namun sekiranya hanya media sosial sahaja digunakan, anda bakal kehilangan satu lagi segmen pengguna yang mencari sesuatu maklumat atau produk yang mungkin akan berkaitannya dengan anda. Dan jumlah mereka ini jauh lebih besar dari yang berada di media sosial. Pengunjung ini juga adalah sasaran pasaran yang amat sesuai kerana mereka sedang mencari sesuatu maklumat atau produk yang anda ada. Ini juga bermakna mereka mempunyai keperluan untuk membuat pembelian dan mempunyai bajet untuk itu.

Platform pengesahan sebelum keputusan pembelian dibuat. Tahun 2019 nanti akan menjadi tahun di mana tawaran nilai atau value proposition sesuatu jenama itu akan menjadi faktor penting kepada pengguna dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli ataupun tidak. Sekiranya mereka melihat produk itu berguna kepada mereka, penting kepada mereka, bernilai kepada mereka, sukar sekiranya ia tidak digunakan, dapat membantu mereka dalam kehidupan harian mereka di rumah dan pejabat, maka dengan sendirinya mereka akan membeli produk atau perkhidmatan itu. Dan sebelum mereka membuat keputusan, pelbagai bentuk verification, pertimbangan dan pengesahan akan dilakukan dan proses ini akan dilakukan di enjin pencarian.

Kredibiliti. Bagaimana pengguna tahu sesuatu jenama itu mempunyai kredibiliti ataupun tidak? Jawapannya ialah dengan mempunyai laman web. Jenama yang mempunyai kredibiliti yang baik di internet ialah apabila ia mempunyai laman web yang berkualiti, dan mempunyai maklumat yang berkualiti di dalamnya. Tanpa laman web, para pengguna akan berfikir dua tiga kali untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli ataupun tidak, kerana mereka terpaksa mencari dan terus mencari lagi maklumat tentang anda. Tanpa laman web juga, anda tidak akan mempunyai strategi SEO dan apabila tiada strategi SEO maka anda tidak akan dijumpai di internet melainkan pengguna menulis jenama anda secara spesifik di kotak pencarian yang ada.

Pengguna percaya kepada SEO lebih dari review di media sosial. Ramai yang tidak sedar, review boleh ditipu. Pemilik jenama boleh membayar sesiapa sahaja terutamanya rakan-rakan untuk memberikan review yang ‘baik’ tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan. Tetapi enjin pencarian pula akan memberikan kedudukan ranking yang baik secara organik kepada laman-laman web yang berkualiti mengikut parameter yang telah ditetapkan oleh enjin pencarian seperti Google. Sekiranya laman web anda berada di bahagian atas dalam muka surat pertama di Google ketika sesuatu maklumat atau produk itu dicari, ini bermakna Google melihat jenama anda sebagai autoriti dalam industri anda. Apabila jenama anda dilihat sebagai autoriti, ini juga bermakna anda telah melepasi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Google.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *