Sponsored

Pusat Beli-Belah IPC dan MyTOWN Membawa Jualan Ikonik Secara Dalam Talian 11.11 ke Pusat Beli-Belah Fizikal

11.11 Carnival anjuran bersama IPC dan MyTOWN bakal menyaksikan sebanyak 400 penyewa serta rakan niaga dua pusat beli-belah ini bersama-sama menawarkan pelbagai promosi dan diskaun hebat sehingga 90%.

Jualan 11.11 secara fizikal buat julung kali disokong melalui kerjasama IKEA Malaysia untuk menawarkan pelbagai tawaran beli-belah menarik selama tiga hari

Menerusi gandingan bersama IKEA Malaysia, Pusat Beli-Belah IPC dan MyTOWN dengan meriahnya melancarkan 11.11 Carnival. Buat julung kalinya fenomena beli-belah online 11.11 ini akan dibawa ke pusat beli-belah secara fizikal. Bermula dari 9 hingga 11 November 2018, IPC dan MyTOWN akan menempatkan pelbagai jenama pilihan bagi mewujudkan pengalaman beli-belah yang lebih menarik dan mengujakan.

Berasal dari Alibaba di China, fenomena beli-belah Singles’ Day (Hari Bujang) 11.11 yang terkenal di peringkat global adalah sinonim dengan diskaun hebat serta tawaran khas daripada pelbagai jenama dan peruncit, sekaligus menjadikannya pesta beli-belah yang terbesar pada era ini.

Tahun ini, 11.11 Carnival anjuran bersama IPC dan MyTOWN bakal menyaksikan sebanyak 400 penyewa serta rakan niaga dua pusat beli-belah ini bersama-sama menawarkan pelbagai promosi dan diskaun hebat sehingga 90%.

“Melalui 11.11 Carnival, kami dapat mewujudkan satu platform hebat yang membolehkan para penyewa dan rakan niaga kami serta peniaga e-dagang terkemuka, untuk memberikan kepuasan serta-merta kepada para pelanggan dengan tawaran beli-belah terbaik dalam talian serta di gedung beli-belah fizikal yang menakjubkan,” demikian kata Christian Olofsson, Pengarah Pusat Beli-belah & Pengunaan Campuran, IKEA Asia Tenggara.

“Kami sentiasa beraspirasi untuk menjadi tempat pertemuan komuniti yang menjangkau aspek gedung runcit tradisional. 11.11 Carnival merupakan tambahan sempurna kepada cara beli-belah dalam talian dengan menawarkan pengalaman pelanggan yang menarik serta detik-detik bermakna bersama kawan karib dan keluarga. Ia sememangnya merupakan satu cara baru dan unik untuk meneliti tabiat beli-belah dalam dan luar talian pada keseluruhannya.”

Sepanjang 11.11 Carnival, pembeli-belah mempunyai akses eksklusif kepada pelbagai tawaran istimewa daripada lebih 400+ rakan niaga di IPC dan MyTOWN. Antara acara paling menarik termasuklah jualan hujung tahun IKEA yang dinanti-nantikan semua. Tambahan pula, acara ini akan menjadi lebih hebat dengan adanya tawaran eksklusif bagi ahli IKEA FAMILY di IKEA Damansara dan IKEA Cheras pada 10 dan 11 November 2018. Pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk kelengkapan rumah kegemaran mereka.

Selain itu, IPC dan MyTOWN juga akan bekerjasama dengan rakan-rakan jenama e-dagang terkemuka seperti Shopee, Fave, Taobao, Klook, Garena dan AliExpress, berserta rakan niaga seperti Maxis untuk membawa kemudahan 11.11 dalam talian kepada pusat beli-belah fizikal. Di 11.11 Carnival yang akan berlangsung selama tiga hari, pelbagai tawaran eksklusif akan disediakan oleh pelbagai rakan jenama e-dagang ini, yang hanya boleh ditebuskan di tempat acara sahaja. Aktiviti-aktiviti lain bagi seisi keluarga termasuk:

Daily Lucky Draw (hanya di Pusat Beli-Belah IPC sahaja). Anda cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit tunggal di mana-mana penyewa dan rakan niaga. Peluang anda akan digandakan untuk menang dengan membeli-belah di kedai terpilih. Hadiah-hadiah lain yang bakal anda rebut merangkumi pelbagai peranti elektronik seperti telefon pintar, set televisyen dan pakej percutian.

#JomHoliday with Klook (hanya di Pusat Beli-Belah IPC sahaja). Tawaran pelancongan setiap jam dengan pelbagai aktiviti dan permainan menyeronokkan. Anda berpeluang bertemu dengan para ‘influencer’ (individu berpengaruh) tempatan.

Steal A Deal (hanya di Pusat Beli-Belah MyTOWN sahaja). Peringkat 1: Belanja sekurang-kurangnya RM200 dalam gabungan sehingga 3 resit dan berpeluang membeli satu iPhone XS 64GB atau Samsung Galaxy Note 9 128 GB pada harga RM1,111 sahaja. Peringkat 2: Belanja sekurang-kurangnya RM80 dalam gabungan sehingga 3 resit dan berpeluang membeli satu Penggoreng Udara Philip atau TV Samsung 32-Inci pada harga RM111. Cabutan bertuah setiap jam dari 6.00 petang hingga 9.00 malam pada 10 dan 11 November 2018.

11.11 Carnival yang mengujakan akan diadakan di: –

Tempat: Pusat Beli-Belah IPC, Atrium, Tingkat G; dan

Pusat Beli-Belah MyTOWN, Tempat Awam, Tingkat G

IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau

Tarikh: 9 hingga 11 November 2018 (Jumaat – Ahad)
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai 11.11 Carnival serta pelbagai tawaran menarik di gedung beli-belah fizikal, sila layari 1111carnival.com.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *