Sponsored

Waze Memperkenalkan Dialek Kantonis Sebagai Pilihan Navigasi Suara Terbaru di Malaysia

Waze kini tersedia dalam lebih daripada 50 bahasa. Muat turun dan cuba Waze untuk diri sendiri di Google Play Store atau Apple App Store.

Dapatkan arah ke tempat-tempat kegemaran anda dengan pilihan bahasa terkini ini dari Waze

Sebagai platform yang menyatukan komuniti di dalam dan luar jalan raya, Waze kini mengumumkan bahawa dialek Kantonis (粵語) akan diperkenalkan sebagai pilihan navigasi suara secara berperingkat mulai hari ini.

Selari dengan usaha komuniti pengguna Waze di seluruh dunia yang berterusan, penyertaan dialek Kantonis kini menjadi kenyataan dengan sumbangan para pengguna dari Hong Kong, China, Taiwan, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia yang telah mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk membantu menjadikan aplikasi ini lebih inklusif.

Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk melihat rakyat Malaysia berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, termasuk kombinasi unik kita yang juga dikenali sebagai ‘bahasa rojak’ – yang biasanya menggabungkan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dialek-dialek Cina dan juga bahasa Tamil!

Nuansa ini merupakan sesuatu yang menjadikan rakyat Malaysia unik: kita berasa bangga sebagai ahli-ahli bahasa berbakat yang menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dalam detik-detik suka-ria kehidupan seharian kita dengan cara yang mencerminkan budaya, warisan dan identiti kita yang kaya.

Dengan sokongan dan usaha pengambilan yang aktif daripada komuniti ini, pasukan Waze kami dapat melengkapkan pilihan bahasa terbaharu ini dalam jangka masa hanya dua bulan.

Untuk menyelesaikan tugasan ini dengan cepat, pasukan penyetempatan Waze kami telah mengadaptasikan dialek tersebut dari bahasa-bahasa Cina yang sedia ada. Mereka bekerjasama untuk menyesuaikan Bahasa Cina Ringkas dan Tradisional kepada Cina HK (Hong Kong). Demi pengalaman pemandu yang jelas dan selamat, pasukan tersebut juga telah memilih sebuah suara bahasa Cina yang diluluskan oleh Hong Kong untuk memastikan sebutan dan arahan yang tepat.

Dengan dialek Kantonis sebagai tambahan kepada versi bahasa Cina Ringkas, bahasa Cina Tradisional dan pilihan-pilihan suara Cina terkini yang dikeluarkan awal tahun ini, para pemandu berbahasa Cina kini dapat menikmati pengalaman memandu yang lebih baik dengan tetapan Waze yang lebih inklusif.

Waze kini tersedia dalam lebih daripada 50 bahasa. Muat turun dan cuba Waze untuk diri sendiri di Google Play Store atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *