Bahasa Malaysia

Selamat Tinggal [Isi Jenama Anda Di Sini]

Kini sudah tiada lagi istilah loyalty atau setia pada mana-mana jenama bagi mereka membuat pembelian.

Anda mungkin tidak perasan, jenama-jenama yang inovatif pada hari ini yang sedang laku di pasaran hampir kesemuanya berada dalam dalam kitaran aktiviti seharian para pengguna. Bagi kebanyakan pengguna, tanpa produk atau perkhidmatan dari jenama-jenama ini, hidup mereka pasti akan kucar-kacir sedikit atau tidak berjalan seperti biasa. Ia tidak selancar biasa.

Lihatlah betapa bernilainya produk-produk ini dalam kehidupan seseorang.

Apa yang dapat kita faham dari situasi ini ialah terdapat satu garisan yang amat jelas pada era ini yang membezakan sama ada sesuatu produk itu akan dilihat relevan ataupun tidak di mata pengguna. Situasi sebegini belum pernah kita lihat sebelum ini. Dengan erti kata lain, pengguna akan melihat satu produk ini dan membuat keputusan sama ada ia perlu ataupun tidak dalam kehidupan seharian mereka.

Adakah pengguna masih melihat jenama anda relevan?

Tahun 2019 nanti, anda ataupun jenama anda berkemungkinan besar akan pupus sekiranya para pelanggan di luar sana tidak lagi melihat anda relevan kepada mereka. Anda sendiri tahu, kini sudah tiada lagi istilah loyalty atau setia pada mana-mana jenama bagi mereka membuat pembelian.

Hanya yang benar-benar bernilai sahaja yang akan terus hidup.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *