Bahasa Malaysia

YouTube: 10 Pencipta Malaysia Yang Pantas Meningkat Naik Pada Tahun 2018

Ketahui saluran-saluran yang berjaya meraih pelanggan paling ramai sejak dimulakan pada 2018!

YouTube Malaysia pada hari ini mengumumkan senarai saluran dan pencipta YouTube yang sedang pantas meningkat naik pada tahun 2018. Senarai ini mengetengahkan 10 buah saluran yang berusia kurang daripada setahun tetapi telahpun menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan pengunjung mereka sepanjang tahun ini setakat bulan November. Kami meraikan individu-individu dan kumpulan-kumpulan berbakat ini yang telah menghiburkan, mendidik, dan yang terbaik sekali – membuat kita berfikir sejenak.

Dua YouTuber di bahagian teratas senarai tersebut berkongsi persamaan dalam penggunaan permainan-permainan video untuk mencipta video-video animasi pendek beraneka gaya. Siri seram Robe Cube, yang memaparkan senario-senario dan cabaran-cabaran yang penuh dengan makhluk-makhluk menakutkan berasaskan dunia Minecraft, telah berjaya mengembangkan populariti mereka secara mendadak. Sementara itu, kejayaan Daisy데이지 adalah disebabkan oleh penggunaan unik permainan Gachaverse dalam penghasilan beberapa rancangan berepisod yang berinspirasikan anime.

Para pencipta lain yang turut perlu diberi perhatian adalah termasuk Faris Eddy Viral TV yang sudah tidak asing lagi di kalangan para peminat sketsa YouTube, Easya Vaazhalam yang berkongsi tip-tip kehidupan berguna untuk mempermudahkan tugasan seharian di rumah, dan Chanel Kang yang telah jatuh cinta akan tarian-tarian TikTok.

Para pencipta yang lain merangkumi spektrum topik-topik hiburan yang lain, menawarkan campuran dari muzik ke gosip, serta makanan dan juga motosikal. Mereka merupakan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang ingin mengembangkan  kreativiti dan menambahkan sentuhan Malaysia yang unik ke platform video atas talian ini.

Para YouTuber Malaysia yang sedang pantas membesar sepanjang 2018 ialah:

Pencipta YouTube Penerangan Saluran Bilangan Pengunjung Semasa
Robe Cube Video pendek berasaskan Minecraft yang menghiburkan (dan kadangkala menyeramkan) Sekurang-kurangnya 347,000+
Daisy데이지 Siri animasi pelbagai genre berdasarkan Gachaverse Sekurang-kurangnya 96,000+
Faris Eddy Viral TV Video pendek YouTube yang meliputi komedi, drama dan sebagainya Sekurang-kurangnya 70,000+
Futuremusic Entertainment Label muzik yang mewakili artis-artis tempatan seperti Kristal, Elliza dan lain-lain Sekurang-kurangnya 48,000+
Ustaz Azhar Idrus Official Penceramah agama selebriti yang berkongsi pandangan melalui ceramah agama secara berjenaka Sekurang-kurangnya 43,000+
Makcik Bawang Gosip berkenaan selebriti dan tokoh awam, serta perkara viral Sekurang-kurangnya 42,000+
Din Soya Sebuah saluran yang tertumpu kepada motosikal dan makanan Sekurang-kurangnya 38,700+
Easya Vaazhalam Tip produktiviti untuk rakyat Malaysia yang dikongsiikan dalam bahasa Tamil Sekurang-kurangnya 38,000+
Alif Satar Koleksi cover muzik peribadi selebriti berbakat ini Sekurang-kurangnya 30,000+
Chanel Kang Tarian TikTok dicampur dengan vlog, video membeli belah dan cabaran Sekurang-kurangnya 28,900+

“Saluran-saluran tersebut merupakan bukti bahawa betapa kreatif dan inovatifnya para pencipta Malaysia dengan adanya platform yang sesuai serta pengetahuan dan peralatan yang betul,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia. “Saluran-saluran mereka telah mengetengahkan apa yang dimahukan para pelanggan tempatan dan antarabangsa di YouTube, yang sebaliknya membantu mereka menghasilkan pelbagai jenis kandungan yang mengagumkan, dari video-video pendek animasi ke muzik tempatan ke tip-tip kehidupan, dan hampir segalanya di antaranya.”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *