Bahasa Malaysia Sponsored

Tahun Yang Penuh Dengan #WazeWins

Waze akan mengakhiri 2018 dengan pencapaian-pencapaian besar!

Tahun 2018 merupakan tahun yang hebat buat Waze sebagai sebuah platform yang menyatukan komuniti di dalam dan luar jalan raya, kerana ia telah berjaya mencapai satu demi satu matlamat dalam meningkatkan bilangan pengguna-pengguna gembira dan detik-detik muzik bebas-talaan di jalan-jalan raya serata dunia.

Sorotan-sorotan termasuk program Waze Connected Citizens yang telah mencapai lebih daripada 800 rakan kongsi global, ke pengenalan bahasa ke-54 dan pelancaran pemain audio servis penuh – kesemuanya bertujuan untuk memastikan agar 110+ juta orang pengguna aktif bulanan di seluruh dunia lebih terhubung, lebih bermaklumat dan lebih terhibur semasa memandu.

Waze telah mencapai lebih daripada 800 rakan kongsi dalam program Connected Citizens

Dilancarkan pada Oktober 2014 bersama 10 rakan kongsi bandar, program Waze Connected Citizens bertujuan untuk menawarkan penukaran data dua hala percuma yang memperkasakan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan maklum balas para pemandu dalam masa nyata untuk memperbaiki kesesakan dan membuat keputusan perancangan yang lebih baik. Kini, program ini telah berkembang ke lebih daripada 800 rakan kongsi, termasuk agensi kerajaan negeri dan negara, pertubuhan tanpa keuntungan dan responden pertama di seluruh dunia.

Para pengguna jalan raya Malaysia, terutamanya yang berada di Selangor, turut menerima manfaatnya. Menerusi Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang disediakan kerajaan negeri di kalangan rakan-rakan kongsi, inisiatif Malaysia tersebut menyingkirkan halangan dari perjalanan dengan membolehkan para pengguna jalan raya untuk melaporkan lubang jalan melalui aplikasi Waze di mana kesemua lubang yang dilaporkan ditampal dalam masa lima hari.

Walaupun jumlah lebih daripada 800 rakan kongsi merupakan satu pencapaian yang penting, Waze amat komited untuk membantu rakan kongsi masa hadapan menggunakan teknologi mudah alih dan data trafik melalui pencarian sumber kelompok untuk mengenal pasti keadaan jalan raya. Rakan-rakan kongsi juga mempunyai akses ke peralatan Waze percuma yang memudahkan mereka untuk mengurus dan memperbaiki secara aktif cara kita menggunakan jalan raya.

Waze kini tersedia dalam lebih daripada 50 buah bahasa

Dengan berkembangnya ekosistem navigasinya yang disokong komuniti, Waze telah juga merangkumi para pengguna dari pelbagai latar belakang. Ia komited untuk menambahkan lebih banyak bahasa yang akan membolehkan lebih ramai pengguna untuk menikmati pengalaman navigasi dalam bahasa ibunda mereka. Waze kini lebih dekat kepada matlamat mereka untuk memudahkan penggunaan aplikasi Waze buat para pengguna di seluruh dunia, disebabkan oleh komitmen dari lebih daripada 150 orang penterjemah yang bekerja keras selama sembilan tahun untuk memastikan peningkatan dalam keterangkuman aplikasi ini.

Waze memperkenalkan Bahasa Melayu di sini pada 2013. Suara-suara Mandarin baharu telah diperkenalkan pada tahun ini ketika Tahun Baru Cina, manakala Kantonis, dialek yang amat popular di Kuala Lumpur dan Ipoh, telah menyertai kumpulan ini pada November lalu. Dengan itu, Waze kini menawarkan 54 buah bahasa.

“Dengan setiap penambahan suara dan bahasa baharu, aplikasi ini telah menjadi lebih terbuka dan senang diakses oleh kumpulan-kumpulan baru di serata dunia,” kata Kelvin Sim, Ketua Negara Waze Malaysia. “Dan dengan peningkatan bilangan pengguna, Waze bukan sahaja mencapai lebih banyak kepelbagaian, tetapi ia juga kini lebih dekat kepada penyumbangan ke arah pemanduan lebih baik di atas lebih banyak jalan raya dan memperbaiki cara kita bergerak dalam dunia ini.”

Waze Audio Kit

Diilhamkan oleh maklum balas positif para pengguna berkenaan integrasi audio pertama bersama Spotify pada Mac 2017, Waze telah melancarkan pemain audio untuk setiap cita rasa dan genre dengan bekerjasama bersama platform-platform audio terkemuka dunia untuk membawa muzik, podcast, buku audio, berita dan lain-lain dengan lancar.

Para pengguna Waze akan dapat mencuba pelbagai kandungan dari lapan rakan kongsi audio: Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher dan TuneIn. Rakan-rakan kongsi ini telah mengintegrasikan pengalaman audio mereka ke dalam Waze dengan menggunakan alat pembangunan terbaru yang dipanggil Waze Audio Kit.

Beri Laluan Kepada Kenderaan Dua Roda

Mod Motosikal Waze (Waze Motorcycle Mode) telah ditawarkan pada lewat 2017 untuk para pengguna Waze di serata dunia yang lebih gemar menggunakan kenderaan dua (ataupun tiga) roda. Sokongan bagi jenis kenderaan ini oleh Waze telah dilengkapi dengan jalan-jalan istimewa bagi memudahkan mereka untuk mencari kebebasan di jalan raya dengan lebih cepat.

Selain daripada membekalkan laporan kemas kini dan amaran jalan raya dalam masa nyata, Waze juga membolehkan para pengguna motosikal untuk mencari jalan-jalan optimum yang telah digunakan oleh para pengguna Waze yang lain. Semakin kerap anda menggunakan mod motosikal, semakin bijak pengemudian dalam mod tersebut.

Layari peta maya anda dengan penuh gaya! Sebagai tambahan istimewa bagi mod yang berguna ini, ikon-ikon istimewa turut dikeluarkan bersama pelancarannya. Untuk menerokai lebih banyak laluan menggunakan Waze, muat turun aplikasi tersebut pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.waze.com.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *