Bahasa Malaysia

Laman Web: Perlu Atau Tidak?

Situasi yang bagaimana yang tidak memerlukan laman web?

Ada pendapat mengatakan yang mempunyai laman web sangat penting demi kelangsungan perniagaan anda. Tetapi ada pula yang berpendapat ia tidak penting. Jadi yang mana satu yang betul? Mungkin ini dapat membantu anda membuat pilihan

Situasi yang bagaimana yang tidak memerlukan laman web?

Peniaga mikro. Peniaga mikro biasanya tidak memerlukan laman web mereka sendiri. Saiz yang dikatakan mikro ini ialah ia lebih kecil daripada kecil. Sekiranya anda berniaga secara separuh masa, berseorangan, sekadar mencuba dan tidak serius sebagai usahawan, anda tergolong dalam kategori peniaga mikro yang tidak perlu mempunyai laman web anda sendiri. Sebaliknya anda boleh menggunakan laman-laman e-dagang sahaja seperti Mudah, Lelong, Shopee, Carousell, Lazada dan sebagainya. Anda juga boleh mengambil kesempatan ke atas platform media sosial terutamanya Facebook, Twitter dan Instagram untuk membina perniagaan anda. Ataupun anda juga boleh berdaftar dengan direktori-direktori bisnes dalam talian seperti Yellow Pages, PanPages dan lain-lain direktori percuma.

Tiada modal. Penyediaan laman web memerlukan sedikit pelaburan dari segi modal. Untuk mendapatkan laman web yang menarik, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM3,000 dan ke atas. Namun terdapat juga beberapa agensi yang menawarkan bayaran bulanan serendah RM500 sebulan untuk kualiti laman web yang terbaik.

Tidak perlu dijumpai di Google. Sekiranya anda tidak memerlukan jenama anda dijumpai di enjin-enjin pencarian seperti Google, Yahoo ataupun Bing, anda tidak perlu untuk mempunyai laman web sendiri. Anda juga tidak mempunyai penulisan-penulisan blog untuk dibaca oleh komuniti anda, yang boleh diindeks oleh enjin pencarian.

Tidak perlukan kredibiliti. Memandangkan anda seorang peniaga yang tidak serius untuk berkecimpung dalam keusahawanan dan sekadar mencuba ataupun cuma untuk mendapatkan duit tepi, anda tidak perlu mempunyai laman web. Para pembeli masih datang membeli produk ataupun perkhidmatan yang anda jual walaupun perniagaan anda tiada kredibiliti.

Jika anda dan perniagaan anda tergolong dalam kategori ini, anda tidak memerlukan laman web sendiri. Tetapi jika sebaliknya, anda wajib mempertimbangkan untuk mengadakan laman web untuk jenama anda sendiri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *