Bahasa Malaysia

Strategi Pemasaran Anda Untuk Tahun 2019 Harus Bermula Dari Langkah Ini

Apakah yang perlu anda audit bagi mendapatkan satu strategi pemasaran yang mantap kali ini?

Audit.

Jabatan pemasaran anda perlu melakukan audit secara menyeluruh agar kesilapan-kesilapan pada tahun 2018 atau sebelumnya tidak lagi berulang. Mengharapkan strategi yang sama setiap tahun untuk mencapai objektif yang lebih baik adalah satu strategi yang tidak masuk akal.

Jadi, apakah yang perlu anda audit bagi mendapatkan satu strategi pemasaran yang mantap kali ini?

Kualiti. Kualiti produk dan perkhidmatan yang baik bermula dari dalam. Anda tidak boleh mengambil mudah faktor-faktor dalaman seperti peranan dan tanggungjawab setiap eksekutif yang mengendalikan sesuatu tugas tertentu, bahan-bahan yang digunakan, vendor yang dilantik, proses yang wujud, strategi pembungkusan dan sebagainya. Kesemua ini amat kritikal dalam menentukan sama ada kualiti yang anda keluarkan akan kekal tinggi atau sebaliknya. Ingat, 90 peratus sebab para pengguna membeli dan terus membeli sesuatu produk itu ialah kerana kualitinya yang baik dan pengalaman yang baik ketika berurusniaga dengan jenama tersebut. Adakah kesemua ini berjalan lancar?

Mesej jenama. Orang melihat logo AirAsia, mereka akan teringat tentang penerbangan tambang murah. Orang melihat logo NSE, mereka akan teringat tentang pengurusan media sosial. Orang melihat logo Grab, mereka akan teringat tentang bagaimana mudah dan murahnya untuk ke sesuatu tempat berbanding menaiki teksi. Bagaimana dengan jenama anda, apakah yang mahu para pengguna ingat apabila melihat logo atau jenama anda di luar sana?

Bahan-bahan pemasaran. Konsisten akan memahat ingatan seseorang tentang sesuatu dengan lebih kuat lagi. Dalam pemasaran, bahan-bahan yang disediakan perlu membuat aura yang konsisten. Adakah bahan-bahan pemasaran anda konsisten di antara satu sama lain, dan selari dengan strategi pemasaran yang anda ada secara menyeluruh?

Laman web. Laman web umpama sebuah kedai. Bagaimana anda sebagai pemilik kedai menarik orang ramai yang lalu-lalang di luar kedai anda untuk masuk ke dalam, dan secara automatik menyediakan pelbagai benda di dalam kedai anda agar mereka tidak keluar dengan tergesa-gesa selepas berada di dalam kedai anda. Anda tahu, sekiranya mereka keluar sebaik sahaja beberapa saat mereka masuk, berkemungkinan besar anda tidak akan dapat menjual apa-apa kepada mereka.

Cara anda menggunakan media sosial. Media sosial merupakan platform penting untuk anda menyebarkan kandungan-kandungan yang anda sediakan. Mereka akan membaca artikel anda, melihat video anda, membaca idea atau pendapat anda tentang sesuatu yang mana mereka akan berasa tertarik untuk mengenali anda dengan lebih baik lagi, dan seterusnya membeli dari anda. Adakah pengurusan media sosial anda konsisten dan efektif dalam menarik perhatian pengguna?

Cara menarik pertanyaan. Menjual adalah untuk budak-budak, jenama yang baik ataupun golongan yang profesional tidak akan menjatuhkan martabat mereka dengan menjual, menjual dan menjual produk mereka tetapi sebaliknya mereka menggunakan taktik yang psikologi terbalik iaitu dengan menarik mereka untuk membeli. Apakah cara yang anda lakukan untuk mencapai tujuan ini?

Integrasi. Untuk mempunyai strategi pemasaran yang berkesan, anda perlu memasarkan mengikut kesemua kaedah. Anda seharusnya mengimbangi pemasaran anda di alam maya, secara tradisional, media massa dan lain-lain. Bagaimana anda menggunakan kesemua rangkaian pemasaran yang ada di pasaran sekarang untuk pemasaran produk anda?
Mungkin anda akan menghadapi sedikit kesukaran untuk melakukan audit sekiranya anda tidak mempunyai pakar strategi pemasaran dalam syarikat anda. Untuk mendapatkan khidmat audit pemasaran, anda boleh menghubungi NSE secara langsung di Facebook Messenger ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *