Bahasa Malaysia News

Azleen.com Mahu Jadi Platform Rujukan Untuk Idea Pemasaran Dalam Bahasa Malaysia

Layari majalah Azleen.com untuk mendapatkan idea pemasaran yang praktikal yang ditulis khusus untuk pasaran Malaysia.

Di Malaysia, lebih mudah untuk mendapatkan idea-idea pemasaran dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia. Dan apabila seseorang itu mencari bahan-bahan pemasaran untuk dibuat rujukan dalam Bahasa Malaysia, kebanyakan yang tersenarai di enjin pencarian Google adalah berasal dari negara jiran Indonesia.

Bagi mengimbangi keadaan, Azleen.com, sebuah majalah pemasaran berbentuk digital tempatan, berhasrat untuk memperbanyakkan lagi kandungan-kandungan pemasaran yang lebih berkualiti kepada para pengguna bermula dari Mac hadapan.

Majalah ini akan menggiatkan lagi usaha-usaha penulisan artikel dari aspek perkongsian petua, idea dan pendapat mengenai taktik dan teknik terkini pemasaran digital yang praktikal khusus kepada golongan pelajar, para usahawan dan profesional serta korporat dalam Bahasa Malaysia. Selain dari penulisan artikel, Azleen.com juga akan memperkenalkan bahan yang berbentuk infografik dan video dalam mempelbagaikan persembahan kepada sasaran pengguna yang gemar belajar melalui peta minda dan menonton video.

Azleen Abdul Rahim, pemilik bersama penerbitan digital majalah ini berkata, “Kita kini melihat lebih banyak pembaca tempatan mula datang membaca dari seluruh negara berdasarkan jumlah trafik yang semakin meningkat setiap hari. Melalui kerjasama dengan Utusan Malaysia dan penulisan artikel hampir setiap hari, kedudukan ranking Azleen.com juga kini semakin teguh berada pada mukasurat pertama dan kedua di Google.

Pendirian Azleen.com tentang pemasaran pula adalah mudah.

Portal ini percaya dengan penyediaan kandungan berkualiti yang memberikan manfaat, nilai dan kebaikan kepada para pembaca, strategi pemerkasaan pembaca dengan pengetahuan yang baik ini dengan sendirinya mereka akan menular majalah ini secara automatik tanpa dibayar. Ini pemasaran buah mulut yang sebegini yang amat dikehendaki oleh Azleen.com memandangkan mereka adalah sebuah syarikat penerbitan yang baru meningkat naik.

Menurut Azleen Abdul Rahim lagi, “kaedah ini jauh lebih berkualiti dan berkesan berbanding pengiklanan, teknik-teknik media sosial yang tidak diketahui keberkesanannya ataupun penggunaan perisian yang mahal. Setiap penulisan yang dimuatnaik kesemuanya adalah berdasarkan pengalaman, kepakaran dan pembacaan sejak 20 tahun lalu.

Layari majalah Azleen.com untuk mendapatkan idea pemasaran yang praktikal yang ditulis khusus untuk pasaran Malaysia. Majalah ini dimiliki bersama oleh NSE dan Elite Werks.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *