Bahasa Malaysia

Kelebihan Rangkaian Pemasaran Digital Berbanding Pemasaran Tradisional

Bagaimana anda dapat menggunakan kedua-duanya bagi mendapatkan jualan yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini?

Sebenarnya kita tidak patut membandingkan pemasaran digital dengan pemasaran tradisional kerana ia sangat tidak adil. Mengapa? Ini kerana kedua-dua ini mempunyai kumpulan pengguna yang berbeza. Pengguna yang lebih gemar menggunakan medium digital kebanyakannya terdiri dari golongan muda seperti Generasi Z, Millennials dan juga separuh dari Generasi X. Manakala golongan Baby Boomers pula iaitu yang dikenali sebagai warga emas jarang berada di dalam talian setiap masa.

Jenama besar jarang membuat perbandingan seperti ini, tetapi sebaliknya mereka akan memastikan yang kedua-dua medium ini akan bekerjasama di antara satu sama lain bagi mencapai objektif yang satu – mendapatkan jualan.

Bagaimana anda dapat menggunakan kedua-duanya bagi mendapatkan jualan yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini?

Bagi pasaran Malaysia, antara yang paling utama yang perlu anda lakukan ialah ini.

Facebook. Rakyat Malaysia amat gemar dengan platform ini, malah hampir kesemua orang di negara ini memiliki akaun Facebook. Jadi sekiranya anda adalah jenama B2C, anda perlu berada di platform media sosial ini.

Instagram. Platform kegemaran rakyat Malaysia yang seterusnya ialah Instagram. Anda perlu berada di sini sekiranya produk anda berbentuk B2C yang lebih kepada visual.

Laman web yang mempunyai Blog. Penulisan blog yang konsisten setiap minggu bakal membantu anda menarik golongan-golongan yang gemar membuat pencarian di Google. Kebanyakan rakyat Malaysia akan terus ke kotak pencarian Google untuk mencari sesuatu kerana bagi mereka agak tidak praktikal untuk mencari sesuatu maklumat di media sosial.

LinkedIn. Platform ini lebih sesuai bagi mereka yang ingin membina jenama yang kuat. Tidak kira sama ada ia adalah jenama peribadi, jenama produk ataupun korporat, platform ini amat sesuai kerana ia mempunyai komuniti yang lebih berbentuk profesional dan B2B.

Agen. Di Malaysia, agak sukar untuk anda menilai keberkesanan pemasaran tradisional seperti papan tanda di tepi jalan, kemeja T dan iklan-iklan di televisyen mahupun radio. Hasil yang diperolehi juga mungkin agak lambat. Cara yang paling cepat dan efektif sekiranya anda betul-betul ingin mengambil kesempatan ke atas pemasaran tradisional ini ialah dengan mendapatkan agen bagi produk atau perkhidmatan anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *