Bahasa Malaysia Blog

1 Dalam 3 Perniagaan Masih Keliru Tentang Strategi Digital Untuk 2019

Jika difokuskan kepada jawapan-jawapan yang diberikan, ternyata menyedihkan.

Portal ZDNet baru-baru ini memuatnaik satu artikel mengejutkan tentang kajian yang dilakukan oleh agensi pemasaran digital Marketing Signals yang berpusat di United Kingdom, tentang apakah perancangan yang telah dan akan dilakukan oleh para pemilik perniagaan dan pihak pengurusan kanan syarikat di negara tersebut. Ia sangat mengejutkan kerana dalam era internet yang serba moden begini pun masih ramai lagi usahawan dan pengurusan kanan syarikat yang tidak mengendahkan kepentingan pemasaran digital untuk jenama mereka.

Dalam kajian tersebut, seramai 1 dalam 3 (36 peratus) usahawan dan pihak pengurusan kanan syarikat di UK tidak pasti tentang perancangan mereka berkaitan dengan strategi pemasaran untuk tahun 2019. Jika difokuskan kepada jawapan-jawapan yang diberikan, ternyata menyedihkan.

1 dalam 3 (37 peratus) dari mereka gagal menjawab dengan baik soalan-soalan kajian yang ditanya berkaitan dengan laman web mereka. Hampir 1 dalam 3 (29 peratus) dari mereka berkata, laman web mereka tidak dioptimumkan untuk pengguna peranti mudah alih. 1 dalam 5 (22 peratus) dari mereka gagal untuk mengambil kesempatan ke atas fungsi Google My Business yang disediakan secara percuma oleh Google, untuk membantu mereka mendapatkan lebih ramai pelanggan lagi yang mencari sesuatu di kawasan mereka berada. 1 dari 5 (19 peratus) dari mereka pula tidak perasan yang laman web mereka mempunyai kelajuan yang terlalu perlahan untuk dibuka dan dilihat.

Itu baharu di UK, dan bukan di Malaysia. Saya yakin di Malaysia, sekiranya terdapat kajian, statistik kita mungkin lebih baik sedikit berbanding UK. Ini kerana rata-rata rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook, dan kita merupakan di antara negara-negara tertinggi di dunia yang aktif di Facebook.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *