Sponsored

Membongkar Rahsia Cari Peluang Pekerjaan Atau Bisnes Guna LinkedIn

Cara ini jauh lebih efektif, tidak memenatkan dan yang paling penting murah.

Bagi yang mencari kerja, tidak lama dahulu, kita sering mendengar orang itu dan orang ini telah berjaya mendapatkan pekerjaan di satu-satu organisasi itu dengan bantuan ‘orang dalam’. Kita juga yang masih terhegeh-hegeh menghantar resume ke sana-sini kerana masih belum berjaya lagi mendapatkan pekerjaan yang dikehendaki. Semua orang tahu, kalau ada ‘kabel’ yang kuat, usaha untuk mendapatkan pekerjaan itu akan menjadi lebih mudah.

Begitu juga dengan peluang bisnes tertentu. Kita tengok orang lain macam senang sahaja dengan peluang bisnes yang ada. Malah ada pula yang sudah mula tayang ‘kesenangan’ mereka di laman media-media sosial. Kita juga yang masih terhegeh-hegeh ke sana-sini berjumpa dengan orang, belanja makan dan minum tetapi masih lagi berada pada tahap yang sama. Atau tahap yang semakin ke bawah dari dahulu. Ada berfikir, kalaulah ada kabel, kalaulah ada orang dalam kan lebih senang.

Mengapa?

Ia menjadi lebih mudah kerana si ‘kabel’ itu tadi mampu membantu kita untuk mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh ketua jabatan sumber manusia, yang dikenalinya dalam proses pengambilan pekerja baharu. Mungkin juga si ‘kabel’ itu tadi tidak perlu mempengaruhi ketua jabatan sumber manusia, tetapi ketua jabatan di mana pekerja baharu akan ditempatkan dalam organisasi tersebut yang merupakan kawan lamanya. Mungkin juga si ‘kabel’ itu tadi hanya perlu mempengaruhi pemilik ataupun ketua pegawai eksekutif terus, yang juga rakan baiknya, tentang ini. Itu peranan ‘kabel’ atau ‘orang dalam’. Hebat bukan?

Sama juga keadaannya dengan peluang bisnes. Si ‘kabel’ itu tadi ada dapat menghidu peluang yang ada dalam syarikat di mana dia bekerja itu dengan lebih awal. Lebih awal bermakna kita akan dapat bersedia dengan lebih awal juga untuk menyediakan strategi tertentu untuk mendapatkan peluang tersebut. Itu fungsi sebenar ‘kabel’ tadi.

Itu cerita zaman 80an, 90an sehingga awal tahun 2000. Cara sebegini sudah tidak berkesan lagi. Kini, pencarian peluang pekerjaan atau bisnes boleh dilakukan dengan cara memiliki rangkaian sahabat yang ramai dan bersasar atau targeted. Contohnya, sekiranya saya sedang dalam proses untuk mencari peluang pekerjaan, saya akan menghabiskan masa yang ada setiap hari untuk membina seberapa ramai sahabat yang sesuai, baik dan rapat dalam kelompok, sektor atau organisasi tertentu. Lebih ramai lebih bagus. Mengapa? Mengambil kira konsep ‘kabel’ itu tadi, mereka pasti akan dapat membantu saya dengan berkongsi maklumat-maklumat terkini yang mereka dengar tentang peluang-peluang kerjaya yang ada. 

Pencarian peluang pekerjaan dan bisnes sebenarnya tergolong dalam kategori profesional. Apabila bercakap sahaja tentang topik profesional, hanya ada dua cara sahaja untuk membina rangkaian sahabat profesional iaitu pertama, melalui sahabat yang sedia ada, yang boleh memperkenalkan anda kepada sahabatnya yang lain. Kedua, LinkedIn, platform di mana kita boleh mencari dan membesarkan rangkaian profesional yang ada tanpa perlu keluar dari rumah.

LinkedIn merupakan platform profesional yang terbesar di dunia yang dimiliki oleh Microsoft. Boleh dikatakan hampir setiap hari kebanyakan golongan-golongan profesional akan melepak dan berinteraksi di antara satu sama lain secara dalam talian di LinkedIn. Saya tidak perlu bercerita panjang lebar tentangnya kerana anda pasti telah mengenali LinkedIn, mungkin jauh lebih baik dari saya. 

Walaupun ada yang mengatakan LinkedIn ini dikatakan satu lubuk besar untuk membina rangkaian profesional, saya masih lagi melihat ada dua masalah besar yang tidak ramai mampu mengatasinya. Pertama, terlalu ramai orang yang senasib dengan saya, yang bertungkus-lumus mencari pekerjaan menggunakan LinkedIn. Ada PhD, ada lepasan ijazah, ada lepasan diploma, ada yang berpengalaman, ada yang berkelayakan tinggi dan ada yang ada semuanya. Nampaknya semua jauh lebih handal dari saya. Kedua, peluang pekerjaan pula tidak serancak kalau dibandingkan dengan sebelah yang mencari pekerjaan. Ah, buntu. 

Rileks. Jangan buntu dulu. Ada caranya. 

Saya akan membongkar rahsia tentang strategi licik yang boleh digunapakai di LinkedIn untuk mendapatkan peluang kerjaya ataupun bisnes. Saya telah menjadi pemasar sejak dari universiti lagi, sehingga hari ini. Saya mula menggunakan LinkedIn secara aktif sejak tahun 2013. Pengikut saya kini ada seramai 23,000 orang lebih yang rata-ratanya berpangkat besar, berpangkat sederhana besar dan ada juga graduan lepasan ijazah. Menteri pun ada. Sepanjang pengalaman saya berada di LinkedIn, saya telah berjumpa dengan ramai orang dari dalam dan luar negara. Melalui pengalaman saya sendiri, saya akan berkongsi strategi yang saya gunakan di LinkedIn bagi mendapatkan peluang bisnes, bercakap dalam acara-acara rasmi, mempunyai ruangan sendiri di akhbar tempatan dan kini mempunyai platform perkongsian kandungan terkenal di Asia iaitu Marketing In Asia. Melalui LinkedIn, it is possible.

Saya faham LinkedIn dan faham bagaimana ia berfungsi. 

Untuk memperolehi peluang kerjaya atau bisnes, ia akan mengambil sedikit masa tetapi tidak terlalu lama. Anda perlu melakukan beberapa perkara terlebih dahulu. Dan melalui strategi ini juga, sahabat-sahabat di LinkedIn ini akan datang membantu anda tanpa disuruh. Anda tidak perlu lagi terhegeh-hegeh menebalkan muka sendiri meminta pertolongan mereka. Yang penting, strategi ini akan mempertahankan maruah diri dan menjaga kredibiliti profesional anda walaupun anda sebenarnya berada dalam fasa perit dan tertekan kerana masih belum berjaya lagi mendapatkan pekerjaan.

Sekejap, anda pernah menonton filem Ocean Eleven, Ocean Twelve ataupun Ocean Thirteen tak? Cara mereka sangat licik, sangat tersusun strategi mereka. Sama seperti ini, anda akan diajar untuk mempunyai dan melaksanakan strategi yang sistematik, hampir sama dengan cara krew Daniel Ocean ini lakukan. Baru peluang akan terserlah dan akan datang sendiri kepada anda. Kini anda tidak perlu lagi mencari peluang, ia meletihkan. Sebaliknya buatkan peluang pekerjaan datang kepada anda. 

Dapatkan khidmat pengurusan LinkedIn dari NSE. Saya akan bersama-sama anda mengendalikan aktiviti-aktiviti harian LinkedIn anda. Tiada siapa akan tahu yang saya yang menguruskan akaun LinkedIn anda dan membina pengaruh dan autoriti anda secara dalam talian. Hanya dengan RM500 sebulan.

Klik di sini jika anda bersedia.

Membongkar Rahsia Cari Peluang Pekerjaan Atau Bisnes Guna LinkedIn
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

Marketing Ideas.

© 2020. All Rights Reserved.

To Top