photo of people doing handshakes
Artikel

Adakah Perjalanan Pemasaran Anda Nampak Lancar Atau Mengelirukan?

Strategi untuk menjual apa yang pengguna inginkan sangat berbeza dengan mempunyai strategi untuk menjual apa yang kita rasa mereka inginkan

Isnin lepas, ketika sesi perundingan saya dengan sebuah syarikat pengilangan di Shah Alam, saya terperasan satu perkara. Setiap masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan kilang tersebut sejak beberapa tahun lalu rupa-rupanya hampir sama dengan syarikat yang lain. Minggu sebelumnya, saya juga menjalankan beberapa sesi perundingan juga dengan beberapa buah sebuah lagi syarikat. Salah satunya ialah syarikat yang mempunyai jenama yang sangat terkenal, yang mengeluarkan produk-produk makanan Halal. Mereka telah berada di pasaran sejak tahun 80an lagi. Kilang mereka pun sangat besar. Maklumlah, pasaran mereka juga bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Apakah persamaan di antara kedua-dua syarikat ini?

Pasukan pemasaran di kedua-dua syarikat ini tahu tentang ‘permainan’ media sosial, tahu tentang fungsi laman web. Mereka juga faham tentang Google dan sangat arif tentang bagaimana hendak merekabentuk poster, merakam video dan melakar grafik yang menarik perhatian ramai. Dengan kata lain, mereka tahu bagaimana untuk ‘bermain’ dalam setiap elemen yang wujud dalam pemasaran digital yang mampu menarik jumlah trafik yang tinggi, jumlah komen dan juga Like yang banyak. 

Yang mereka tidak tahu ialah bagaimana hendak menggunakan setiap satu elemen tadi untuk satu tujuan utama, iaitu mencapai dua matlamat penting – jualan yang konsisten dan autoriti. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menjadikan jenama mereka sebahagian dari kehidupan pengguna. Mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan pengguna untuk sentiasa ingat tentang jenama mereka. Mereka tidak tahu bagaimana pengguna membuat keputusan untuk membeli. Mereka tidak tahu mengapa pengguna membeli produk mereka. Mereka tidak tahu bagaimana untuk membuatkan pengguna membeli produk mereka tanpa menjual. Mereka tidak tahu bagaimana untuk posisi diri mereka sebagai sebuah pengeluar dan pengilang, bukannya sebuah pasaraya. Mereka tidak begitu jelas perjalanan pemasaran mereka sendiri, ke mana hendak dituju dan bagaimana hendak ke destinasi tersebut.

Dengan tiadanya maklumat untuk setiap persoalan ini, mereka tidak mampu menyediakan strategi yang kuat dan mampan untuk jangka masa panjang. Apabila tiada strategi yang kuat dan mampan, mereka tidak mampu untuk memperolehi jualan yang konsisten. Dengan jualan tidak konsisten, keuntungan dan kestabilan syarikat juga turut goyang. Walaupun sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya dan kelihatan besar, tidak semestinya sesebuah jenama itu mempunyai keuntungan yang besar dan stabil. 

Betul, kesemua ini berkisar tentang psikologi pengguna. Dengan memahami keperluan, kehendak, tabiat dan cara mereka membuat keputusan untuk membeli satu-satu produk itu, kita akan dapat membentuk strategi pemasaran yang lebih berkualiti lagi. Perlu diingat, strategi untuk menjual apa yang pengguna inginkan sangat berbeza dengan mempunyai strategi untuk menjual apa yang kita rasa mereka ingin beli. 

Dan apabila kita tahu keperluan, kehendak, tabiat dan cara mereka membuat keputusan untuk membeli, kita akan juga mampu menggunakan media sosial, laman web dan membina kandungan-kandungan yang bernas dengan lebih strategik lagi.  Sekiranya anda juga mempunyai masalah-masalah yang sama seperti kedua-dua pengilang ini, sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan pertolongan sebelum keadaan menjadi lebih mudarat lagi.

Adakah Perjalanan Pemasaran Anda Nampak Lancar Atau Mengelirukan?
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top