Mengenai Azleen.com

Azleen.com adalah sebuah majalah online, dengan matlamat untuk memperkasakan Malaysia dengan idea pemasaran digital.

Di Azleen.com, kami bekerja keras untuk memberikan idea pemasaran yang terbaik, pendapat yang bernas dan taktik terkini untuk anda. Kami ingin dijadikan bahan rujukan untuk strategi pemasaran anda, kerana penulis setiap artikel yang ada semuanya terdiri dari pakar dan veteran dalam industri pemasaran. Sebab itulah majalah digital ini dijadikan sebagai platform bersifat komuniti.

Topik bagi setiap artikel yang ditulis adalah berkisar tentang strategi, taktikal, pendapat dan juga idea tentang penjenamaan, pemasaran digital dan tradisional, media sosial, pengiklanan, pengoptimuman enjin pencarian atau SEO, laman web, pemasaran melalui e-mel, kandungan dan sebagainya. Secara langsung, artikel-artikel yang ditulis akan membantu strategi pemasaran anda untuk lebih berjaya dan ke hadapan. Penulisan artikel dibentuk agar tidak terlalu teknikal dan mudah dibaca. Ia lebih mudah difahami, praktikal dan masuk akal.

Memperkasakan Malaysia dengan idea pemasaran, ini matlamat kami di Azleen.com. Diharapkan agar setiap artikel yang ada di majalah digital ini akan membantu perniagaan anda dan juga karier anda secara profesional.