Azleen Abdul Rahim

Saya seorang yang jarang bercakap, lebih selesa menulis sebenarnya. Masa saya banyak dihabiskan di hadapan komputer melayari internet setiap hari. Penulisan idea di laman web ini adalah berdasarkan kepakaran saya dalam bidang pemasaran selama lebih 20 tahun, pengalaman bekerja di syarikat-syarikat ternama di Malaysia dan dunia, pembacaan buku-buku dan artikel dan pemerhatian tentang perubahan dan kemajuan yang wujud di sekeliling dan di pentas antarabangsa. Matlamat peribadi laman ini ialah untuk memperkasakan setiap jenama dan individu di luar sana dengan idea pemasaran yang praktikal dan masuk akal. Idea yang baik dan berkualiti mampu menjadikan perniagaan anda ataupun karier profesional anda lebih berjaya sekiranya dilakukan dengan betul. Dan apa yang anda perlukan sekarang hanyalah idea.

Pakar Strategi Pemasaran.

Saya banyak membantu syarikat-syarikat daripada sederhana besar sehinggalah kepada yang bersaiz gergasi menyediakan strategi pemasaran yang efektif, yang lain dari yang lain dan masuk akal. Dengan sedikit suntikan kreativiti ke dalam strategi, objektif pemasaran yang kabur boleh diterangkan kembali. Perjalanan setiap aktiviti yang bakal dilakukan juga akan lebih baik dan tersusun. Apabila kesemua elemen jelas, pulangan pelaburan akan menjadi lebih efisien dan mudah diramal. Diantara pelanggan beliau yang berprofil tinggi termasuklah Halal Expo Dubai, MIHAS, Al-Ikhsan Sports, NanoMalaysia Bhd, AXA Affin General Insurance Bhd, MDEC, BIMB Investment dan UMNO.

Konsultan dan Jurucakap

Selain daripada menyediakan menulis, membantu syarikat-syarikat luar dengan strategi pemasaran, saya juga sering dijemput bercakap di seminar, bengkel dan juga acara-acara korporat rasmi. Diantara organisasi tersebut ialah Association of Financial Advisors Malaysia, CIDB Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UMNO dan juga Universiti Perguruan Sultan Idris.

Pemilik Bersama Marketing In Asia

Saya merupakan salah seorang pemilik dan pemegang saham terbesar sebuah platform perkongsian kandungan Marketing In Asia. Fungsi platform ini hampir sama dengan YouTube. Jika perkhidmatan YouTube ialah membuat paparan video yang dimuatnaik oleh komuniti mereka, maka Marketing In Asia juga sama. Ia menggalakkan pembuat kandungan dari seluruh Asia untuk memuatnaik kandungan mereka tidak kira sama ada ia adalah sebuah artikel, video, infografik, podcast ataupun presembahan slaid, di platform ini. Jika anda ingin jenama anda dikenali ramai, muatnaik kandungan anda di Marketing In Asia hari ini.

Pemilik Bersama Syarikat Pemasaran NSE

Saya juga pemilik bersama syarikat pemasaran NSE. Sejak 2011, NSE, membantu para pelanggan korporat dari dalam dan luar negara menyediakan strategi pemasaran yang berkesan untuk mereka bermain dengan cara yang berbeza dari pesaing mereka dan menang.

Penulis Jemputan dan Columnist.

Saya pernah mempunyai ruangan saya sendiri di akhbar Utusan Malaysia. Di sini, penulisan saya diterbitkan pada setiap Selasa. Selain Utusan Malaysia, saya juga mempunyai halaman di portal bisnes Dagang News, yang mana ia diterbitkan pada setiap minggu pada hari Sabtu. Tajuk saya biasanya berkisar tentang strategi pemasaran dan bisnes digital.

Anda Perlukan Bantuan?

Pandangan saya tentang penjenamaan, pemasaran digital, media sosial, kandungan digital dan strategi mungkin di antara yang terbaik di rantau ini. Ia berbeza, tidak mengikut buku dan lebih kepada elemen yang praktikal dan masuk akal, yang sesuai dengan keadaan semasa di negara ini. Sekiranya anda memerlukan pertolongan untuk memperkuatkan strategi pemasaran anda, boleh klik di sini dan anda akan dihubungi secepat mungkin.

To Top