Azleen.com

Azleen.com adalah sebuah laman blog yand diwujudkan dengan matlamat untuk berkongsi idea-idea pemasaran yang praktikal, yang ditulis dari aspek taktikal dan strategi.

Saya akan terus bekerja keras untuk memberikan idea, pendapat, buah fikiran dan taktik yang terbaik dan terkini yang sesuai untuk anda gunakan. Saya mahu penulisan yang ada di sini boleh dijadikan bahan rujukan bukan sahaja kepada pemilik bisnes dan usahawan, tetapi juga golongan profesional, korporat malah pelajar dan akademik juga.

Topik bagi setiap artikel yang ditulis di sini lebih banyak berkisar tentang strategi, taktikal, pendapat dan juga idea tentang penjenamaan, pemasaran digital dan tradisional, media sosial, pengiklanan, pengoptimuman enjin pencarian atau SEO, laman web, pemasaran melalui e-mel, kandungan dan sebagainya. Ia distruktur sebegini rupa agar tidak terlalu teknikal, senang difahami dan mudah dibaca.

Sekiranya anda perlukan bantuan untuk menguatkan strategi pemasaran tidak kira sama ada untuk penjenamaan diri, untuk syarikat mahupun untuk pelanggam anda, sila klik di sini untuk temujanji.

To Top