Pemasaran Digital: 11 Formula Kreatif Untuk Difahami Oleh Usahawan Dan Freelancer Baharu

Oleh Azleen Abdul Rahim Untuk berjaya dalam pemasaran digital, anda cuma perlu melakukan tiga perkara penting ini secara berterusan iaitu membaca, memerhati dan mencuba teori yang dipelajari melalui pembacaan dan pemerhatian tadi. Di sini disediakan sebelas formula kreatif yang boleh anda teliti dan fikirkan rasionalnya strategi pemasaran digital ini untuk bisnes anda dalam mengukuhkan strategi …

Elakkan Buat 3 Benda Ini Kalau Nak Dapatkan Subscriber Di YouTube

Oleh Muhd Hafiz Azmi Ramai YouTuber baru yang give up bila tak dapat tarik subscriber untuk melanggan saluran YouTube yang mereka wujudkan. Hari ini saya ingin kongsikan 3 benda yang patut anda elak yang dikira sebagai kesilapan yang amat-amat besar, yang menyebabkan orang tidak mahu melanggan atau subscribe saluran YouTube anda. Saya hampir pasti anda …

Peluang Kerjaya Anda Akan Lebih Cerah Dengan Penjenamakan Diri Yang Kuat. Ini Caranya.

Oleh Azleen Abdul Rahim Era internet sekarang sangat mencabar dan anda perlukan strategi baharu yang lebih baik untuk berjaya. Formula-formula lapuk sudah tidak boleh digunakan lagi. Tidak kira sama ada anda sedang dalam usaha untuk mencari pekerjaan ataupun mencari pelanggan untuk produk anda, sekiranya anda masih menggunakan cara lama, anda akan gagal. Dahulu, menghantar keterangan …

Pemasaran Atau Kreatif, Siapakah Yang Lebih Layak Menjadi Ketua Untuk Membentuk Strategi Penjenamaan?

Oleh Azraai Hafiz Siapakah yang paling layak dan patut memikul tanggungjawab dalam merekabentuk strategi penjenamaan, Pengarah Kreatif ataupun Pakar Strategi Penjenamaan? Siapakah yang paling layak menjadi ketua diantara kedua-dua posisi ini dalam setiap projek yang berkaitan dengan penjenamaan? Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang Pengarahan Kreatif dan memilih untuk menjadi Pakar Penjenamaan Bersepadu ataupun dipanggil Integrated …

Pemasaran: Dapatkan Nasihat Pakar Atau Berhadapan Dengan Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim Biasanya sesiapa pun termasuk anda akan terus merujuk kepada hospital sekiranya berhadapan dengan sakit yang kronik dan serius. Anda juga tidak akan berlengah lagi kerana risau penyakit tersebut akan merebak sehingga boleh meragut nyawa. Mengapa anda ke hospital, dan tidak cuba berubat sendiri? Jawapan untuk soalan yang kelakar ini ialah kerana …

7 Tips Untuk Setup YouTube Channel Anda

Oleh Muhd Hafiz Azmi Untuk menjadi seorang YouTuber yang berjaya, video yang cantik bukanlah satu-satunya cara untuk membuatkan channel anda dikenali. Ada beberapa lagi elemen penting yang perlu anda gunakan untuk memberikan impak yang terbaik kepada para pengunjung. Anda perlu tahu 7 tips ini untuk membuatkan YouTube channel anda nampak seperti seorang YouTuber yang hebat …

6 Rahsia Pemasaran Media Sosial Untuk Usahawan Solo

Oleh Azleen Abdul Rahim Di Malaysia, kita sering melihat nama-nama pekerjaan seperti penasihat kewangan, juruperunding fesyen, juruhartanah, freelancer, perekabentuk grafik, penulis blog, penasihat insurans dan sebagainya. Golongan kecil ini saya gelarkan mereka sebagai pahlawan moden kerana keberanian mereka. Mereka berani untuk bergantung pada diri sendiri untuk menjana pendapatan, dengan harapan untuk memperolehi kehidupan yang lebih …

Kos Pemasaran Tinggi? Jangan Buntu Bro, Petua Ini Boleh Membantu Perniagaan Startup Anda

Oleh Hassan Hadi Perniagaan pertama saya secara serius, adalah perniagaan cafe, pada ketika itu saya tidak tahu banyak perkara terutama berkaitan dengan pemasaran. Enam bulan pertama, perniagaan nampak berjalan lancar, namun tidak lama selepas itu ia terpaksa ditutup kerana angka negatif yang merah menyala semakin banyak. Pada waktu itu, saya sangat kecewa kerana gagal. Saya …

FavorWatch: Temubual Bersama Dr Mazlan Abbas Tentang Internet of Things

Minggu lepas, saya sempat menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Favoriot Dr Mazlan Abbas. Kami bercerita tentang produk baharu syarikat iaitu FavorWatch, tentang fungsi, kelebihan dan juga jangkaan tarikh pelancaran produk ini. FavorWatch, adalah salah satu daripada instrumen Internet of Things yang mempunyai pelbagai sensor bagi mendapatkan data-data yang membantu manusia untuk membuat keputusan yang lebih bijak. Ikuti temubual kami …

Strategi Penjenamaan Anda Boleh Terjejas Hanya Dengan 5 Perkara Remeh Ini.

Oleh Azraai Hafiz Strategi penjenamaan adalah pekara yang penting. Ia tidak boleh dibuat main-main dan haruslah dirancang dengan bijak dan teliti, kerana ia melibatkan tawaran nilai yang anda sediakan untuk para pembeli. Dengan kata lain, ia adalah jawapan dan sebab mengapa pembeli perlu datang membeli dari anda dan bukannya dari penjual lain. Untuk menjadi satu jenama …

7 Sebab Mengapa Twitter Lebih Baik Berbanding Facebook

Oleh Azleen Abdul Rahim Menurut statistik yang diterbitkan oleh Statista, pengguna Twitter di negara ini kini mencecah hampir 2.1 juta orang setakat bulan lalu. Ia tidak begitu ramai berbanding Facebook. Di Lembah Klang sahaja, hampir kesemua orang yang ditanya pasti mempunyai akaun di Facebook, tetapi tidak Twitter. Apabila ditanya kepada para pengguna Twitter yang segelintir …

Bagaimana Saya Lalui 9 Bulan Ujikaji Penjenamaan Peribadi

Oleh Puteri Yusof Dalam tahun 2012 apabila saya mula menggunakan platform media sosial untuk berniaga, istilah penjenamaan peribadi masih belum pernah saya dengar. Ketika itu, setiap hari saya dan rakan- rakan mengambil langkah paling mudah untuk berniaga di Facebook iaitu dengan membuat hard selling. Kami tawarkan produk, kami gembar- gemburkan kelebihan produk, dan kami berjaya …

Kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif Tidak Hargai Pemasaran. Mengapa?

Oleh Azleen Abdul Rahim Kebanyakan strategi pemasaran bukan sahaja akan membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tetapi juga tidak akan mampu menghasilkan jualan dari aktiviti yang dilakukan. Saya benar-benar tidak nampak nilai pemasaran yang sebenarnya, melainkan hanyalah nasib. Mengapa saya perlu membuang masa dan wang untuk nasib? Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan dua tahun yang …

7 Taktik Licik Pemasaran Digital Untuk Tarik Pembeli

Oleh Azleen Abdul Rahim Sekiranya anda berhasrat untuk melihat penguasaan media digital anda kuat pada tahun hadapan untuk menarik pembeli, elemen yang pertama sekali yang anda harus audit kembali dalam strategi pemasaran digital anda ialah strategi kandungan digital. Kita kini berada diambang tahun 2018, dan persaingan di luar sana amat sengit. Setiap hari, pasti ada …

Hubungi Kami: Pilihan Menu Penting Untuk Laman Web

Oleh Azleen Abdul Rahim Banyak laman web jenama-jenama kecil dan sederhana mempunyai pilihan Hubungi Kami tertera di menu namun tidak banyak yang mempunyai memenuhi kriteria yang dapat menarik minat pengunjung untuk betul-betul menghubungi mereka. Fikirkan sejenak. Anda dengan penuh yakin mengeluarkan segala bentuk kreativiti yang ada dalam kepala untuk memastikan laman web anda terhasil dengan …

Pemasaran Digital Dari Apple: 9 Pengajaran Berguna

Oleh Azleen Abdul Rahim Selain AirAsia, Apple merupakan satu lagi jenama yang saya kagumi. Apple bukan sahaja unik, menawarkan produk yang menjadi kegilaan ramai tetapi juga kreatif dan mempunyai pelan pemasaran yang sangat dinamik. Walaupun dikritik hebat oleh sesetengah pihak yang meramalkan kejatuhan mereka namun mereka kekal kukuh dari tahun ke tahun. Sehingga hari ini, …

Mengapa Semua Universiti Di Malaysia Perlu Melabur Dalam Pemasaran Digital Sekarang Sebelum Terlambat

Oleh Azleen Abdul Rahim Universiti-universiti di seluruh Australia telah melabur hampir 1.7 billion dollar Australia (RM 5.1 billion) dalam aktiviti pemasaran sepanjang tujuh tahun kebelakangan ini. Pelaburan besar ini dilakukan semata-mata bertujuan bagi menarik bukan sahaja para pelajar dari seluruh dunia untuk datang belajar di Australia, tetapi juga para eksekutif profesional luar bagi mengukuhkan pentadbiran …

Strategi Pembinaan Laman Web Yang Terbaik, Gunakan Taktik Ala IKEA

Oleh Azleen Abdul Rahim Sekiranya anda pernah ke IKEA, anda pasti akan berada di sana tidak kurang 2 jam ataupun lebih. Ini kerana bukan sahaja anda teruja untuk ke sana setiap kali perkataan IKEA disebut, ia menyediakan satu pengalaman membeli-belah perabot yang tidak terdapat di mana-mana walaupun terdapat beberapa pesaingnya cuba untuk memberikan yang sama. …

Bina Strategi Perniagaan Dahulu Sebelum Merancang Strategi Pemasaran

Oleh Azleen Abdul Rahim Hampir kesemua peniagaan yang gagal dalam tahun-tahun pertama dan kedua mereka ialah kerana tiada perancangan dengan rapi perniagaan mereka. Mereka tidak begitu kritikal dalam aspek halatuju syarikat, proses-proses yang menyeluruh bagi setiap jabatan, perihal kewangan dan sebagainya. Yang lebih teruk lagi, terdapat juga golongan peniaga terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana …

Guna Taktik Pemasaran Digital Ini Untuk ‘Paksa’ Orang Membaca Status Media Sosial Yang Di Muatnaik

Oleh Azleen Abdul RahimSetiap kali anda membuka laman media sosial kegemaran anda melalui telefon pintar dan melihat status-status terbaru yang dimuatnaik oleh jenama-jenama dan kenalan yang anda ikuti, pasti tidak kurang dari 10 status terkini yang anda akan nampak  dimuatnaik. Biasanya ia akan mencecah lebih 25-40 status sebenarnya bergantung kepada jumlah individu dan jenama yang …

8 Perkara Ini Menunjukkan Strategi Pemasaran Digital Anda Mempunyai Masalah Yang Serius

Oleh Azleen Abdul Rahim Anda perlu memberi pertimbangan serius untuk mendapatkan perspektif pihak ketiga di luar syarikat anda sebelum terlambat untuk membetulkan kembali strategi pemasaran digital anda sekiranya terdapat tanda-tanda di bawah: Pengikut media sosial anda adalah rakan-rakan anda sahaja. Ini sesuatu yang menyedihkan. Sepatutnya jenama anda diikuti oleh bakal-bakal pelanggan dan bukan sekadar rakan, …

Mengapa Pembeli Teragak-agak Membeli Jenama Tidak Terkenal?

Oleh Azleen Abdul Rahim Betulkah keputusan ini? Ini adalah soalan yang biasanya akan berada di minda pembeli ketika berdepan dengan situasi atau semasa hendak membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Keadaan ini berlaku apabila pembeli berhadapan dengan produk yang mempunyai jenama yang tidak berapa terkenal. Tetapi sekiranya produk tersebut berjenama mahal dan terkenal, jarang ada pembeli …

Perspektif Luar Juga Penting Untuk Kuatkan Strategi Pemasaran Digital Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim Nampaknya walau sebaik mana pun produk atau perkhidmatan anda, ia masih tidak mencukupi. Syarikat-syarikat lain yang mempunyai produk yang sama mempunyai kualiti yang jauh lebih baik, murah dan lebih ummpphhh. Yang paling menarik lagi, peruntukan kewangan untuk pemasaran mereka juga jauh lebih besar. Kadang-kadang anda berasa keliru dan buntu apa lagi …

Pemasaran Digital Yang Agresif Melalui Tandatangan E-mel

Oleh Azleen Abdul Rahim Dahulu semasa Hotmail baru mula ditubuhkan, mereka berhasrat untuk menggunakan papan tanda besar dan radio untuk mempromosikan platform e-mel mereka. Namun hasrat itu terkubur apabila tandatangan e-mel atau email signature yang mereka gunakan pada setiap e-mel iaitu - PS: I love you, get your free email at Hotmail menjadi tular dan …

Pemasaran Digital: Lebih Mudah Lebih Berkesan

Oleh Azleen Abdul Rahim PERNAH anda dengar tentang satu kajian yang dikenali sebagai Penyelidikan Jem? Saya yakin anda belum pernah dengar tentang ini, tidak mengapa. Kebanyakan pemasar digital biasa Ia sebenarnya satu kajian yang dibuat oleh dua ahli psikologi, Sheena Iyengar dan Mark Lepper yang diterbitkan pada tahun 2000 yang lalu. Saya membacanya di Harvard …

Tidak Mempunyai Bajet Yang Besar: Tidak Ada Masalah. Guna Taktik Ini Untuk Menikmati Potensi Pemasaran Digital Yang Maksimum

Oleh Azleen Abdul Rahim Kebanyakan syarikat yang berada dalam kategori industri kecil dan sederhana di Malaysia kini mula 'mengikat perut' akibat kemelesetan ekonomi dunia yang semakin teruk. Perbelanjaan yang tinggi yang tidak seimbang dengan kadar jualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan yang merosot menyebabkan syarikat terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengurangkan seberapa banyak kos yang …

12 Sebab Utama Mengapa Pemasaran Digital Anda Gagal Dengan Begitu Teruk Sekali

Oleh Azleen Abdul Rahim TIDAK masuk akal langsung apabila setiap kali jualan syarikat mencapai sasaran yang ditetapkan, kesalahan terus ditujukan khas kepada pasukan pemasaran digital, atau pasukan pemasaran semata-mata. Memang tidak dinafikan, pemasaran memainkan peranan peranan yang teramat penting bagi memastikan bukan sahaja jualan tetapi keseluruhan operasi syarikat berjalan lancar tetapi tidak wajar sama sekali …

Facebook Untuk Perniagaan Tidak Semudah Yang Disangka

Oleh Azleen Abdul Rahim RAMAI yang merungut kepada saya, mengapa boleh jadi begini. Mereka sering mendapat jumlah Like yang mencecah ribuan angka, beratus-ratus komen, perkongsian yang juga tinggi dan begitu ramai sekali yang bertanya tentang produk anda, tetapi yang membeli tidaklah seramai yang ‘sepatutnya’. Apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kebarangkalian mereka untuk membeli? Masalah …

Facebook : Hentikan 3 Kesilapan Ini Untuk Tingkatkan Perniagaan

Oleh Puteri Yusof DALAM tempoh hampir 9 tahun saya menjadi pengguna Facebook, lebih kurang 6 tahun daripadanya saya gunakan untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan jualan produk. Bermula secara kecil-kecilan dan secara separuh masa, sehinggalah saya berhenti kerja dan melakukannya secara sepenuh masa, akaun Facebook peribadi memainkan peranan yang penting untuk saya berinteraksi dengan prospek, pelanggan …

Tambah Pengikut Instagram Anda Dengan 5 Taktik Ini Yang Terbukti Berkesan

Oleh Azleen Abdul Rahim GAMBAR yang baik mampu menarik lebih ramai pengikut di Instagram, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana cara yang terbaik untuk dapatkan lebih ramai pengikut dengan lebih cepat dan percuma. Saya telah mencuba semua taktik ini terlebih dahulu sebelum menulis artikel ini agar saya dapat pastikan yang ia betul-betul berkesan. Gambar yang …

Bagaimana Menangkis Serangan Ke Atas Jenama Anda Di Media Sosial

Oleh Azleen Abdul Rahim SETIAP jenama yang popular pasti akan menerima serangan yang bertalu-talu di media sosial. Tidak kira sama ada jenama anda ditular akibat daripada kejadian yang benar-benar berlaku ataupun direka oleh para pesaing semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan anda. Tentu anda masih ingat bagaimana jenama coklat terkenal Cadbury tidak lama dahulu telah ditular dengan …

Tiga Langkah Awal Bina Jenama Peribadi

Oleh Puteri Yusof SEPANJANG enam tahun saya menjalankan perniagaan atas talian, saya telah melihat ramai rakan- rakan sealiran memasarkan pelbagai produk. Produk yang mereka pasarkan datang dan pergi, silih berganti dan ada ketikanya mereka boleh memasarkan 4-5 produk dalam satu masa. Dan oleh kerana medium pemasaran seperti Facebook ini dilihat sebagai cara paling mudah untuk …

Strategi Pemasaran Digital: Laksanakan Bank Kandungan Dahulu

Oleh Azleen Abdul Rahim SETELAH strategi pemasaran digital anda ditulis dan dirangka dengan baik, kini tiba masanya untuk anda laksanakan strategi tadi. Mana-mana pemasar digital yang berpengalaman, mereka akan memulakannya dengan membina apa yang dikenali sebagai Bank Kandungan atau Content Bank. Ia merupakan satu tempat simpanan setempat di internet untuk semua kandungan-kandungan yang bakal kita …

Permainan Emosi Dalam Kempen dan Iklan Hari Raya

Oleh Puteri Yusof SELAMA beberapa hari saya meluangkan masa berhari raya bersama keluarga, saya mendapati jarang sekali tetamu yang hadir, baik yang muda ataupun yang tua, tidak membelek telefon pintar mereka, samada untuk melihat Facebook ataupun Instagram masing- masing. Pantang ada peluang, mereka akan memuatnaik gambar- gambar yang diambil bersama keluarga dan rakan- rakan di …

Mengapa Jenama Lebih Penting Daripada Produk

Oleh Azleen Abdul Rahim LIMA sebab utama mengapa para pengguna jauh lebih mementingkan jenama berbanding produk yang disediakan. Pengalaman. Jenama bukan sahaja melibatkan produk semata-mata tetapi turut melibatkan keseluruhan organisasi itu sendiri. Dari tertibnya khidmat pelanggan, penghantaran barangan yang menepati masa dan janji, kualiti produk yang baik, layanan ketika sebelum pembelian, persepsi dan janji yang …

Korporat: Bersosial Di Internet Perlu Ikut Pantang Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim BERMAIN di media sosial sebagai satu jenama korporat sedikit sukar berbanding kita bersosial secara individu. Sebagai seorang individu, kita boleh bercakap hampir apa sahaja kecuali perkara-perkara yang sensitif di rangkaian-rangkaian media sosial yang kita gemar. Tetapi sebagai sebuah jenama korporat, pantang larang yang ada jauh lebih banyak sebenarnya. Kita tidak boleh …

Sudah Tiba Masanya Anda Tukar Kaedah Penulisan Untuk Tingkatkan Jualan

Oleh Azleen Abdul Rahim SETIAP minggu saya akan berjumpa dengan pelbagai jenis usahawan kecil dan sederhana, sama ada yang menjalankan perniagaan di Lembah Klang mahupun di luar. Ada yang sanggup datang dari Alor Setar dan Mersing semata-mata untuk berjumpa dengan saya dalam sesi menghirup kopi sambil berbincang tentang pemasaran digital. Dalam masa sebulan, memang tidak …

Naikkan Jumlah Pengikut Media Sosial Anda Dengan Taktik Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim AGAK terkejut juga apabila saya diberitahu oleh beberapa rakan yang berjawatan tinggi di organisasi masing-masing, yang mereka tengah membuat penstrukturan semula laman web korporat mereka untuk memasukkan bahagian blog di dalamnya. Ini sesuatu yang positif. Maklumlah, setelah bertahun-tahun lamanya saya ‘membasuh’ pemikiran mereka tentang pentingnya blog di laman web korporat, kini …

Di Facebook Tiada Pelabur, Pelanggan Korporat Seperti Di LinkedIn

Oleh Azleen Abdul Rahim DI Malaysia, Facebook amat diminati ramai dan hampir keseluruhan individu dewasa di negara ini memiliki akaun di Facebook. Saluran media sosial yang kedua popular pula ialah Instagram, yang juga dimiliki Facebook. Ia diikuti rapat oleh Twitter. Ketiga-tiga rangkaian ini memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Tidak kira siang atau malam, …

Laman Web Korporat Anda Perlukan Blog

Oleh Azleen Abdul Rahim Minggu lalu, saya dijemput untuk mengendalikan satu seminar tentang pemasaran digital untuk para usahawan wanita di ibukota. Ia dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Malaysia. Seramai 59 orang usahanita telah hadir pada hari tersebut. Sepanjang sesi tersebut, saya ditanya bertubi-tubi tentang pentingnya laman web. Untuk pengetahuan anda, mereka ini …

Mengapa Saya Perlu Beli Dari Anda?

Oleh Azleen Abdul Rahim SOALAN ini bakal menentukan sama ada jenama anda akan kekal relevan ataupun tidak. Sebelum sesuatu jenama itu diperkenalkan di pasaran, pasukan pemasaran biasanya akan membuat persiapan beberapa bulan lebih awal. Ini bagi memastikan jenama produk atau perkhidmatan yang bakal dikeluarkan itu menepati semua kriteria yang membuatkan orang datang membeli. Salah satu …

Media Sosial: 4 Sebab Anda Gagal Dapat Kerja

Oleh Azleen Abdul Rahim SEORANG rakan saya ini kini sedang sibuk dengan projek ‘mencuci’ bersih Facebook dan Twitter peribadi beliau dengan begitu dedikasi sekali. Dia kini sedar media sosial bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan apa sahaja di hati, tidak kira apa jenis luahan sekalipun. Ini termasuklah apa sahaja yang melibatkan rasa tidak puas hati, …

Kini Kita Di Bawah Belas Kasihan Algoritma Facebook

Oleh Azleen Abdul Rahim SUDAH beberapa bulan saya mendapati Facebook kini semakin mendesak kita untuk membayar dan terus membayar sekiranya kita mahukan status kita yang dimuatnaik dilihat oleh para pengikut kita sendiri. Yang saya maksudkan di sini ialah laman bisnes Facebook, dan bukannya di sebelah personal. Dua minggu lalu saya mengikuti satu forum atas talian …

Bagaimana Jenama Anda Boleh Diingati Selalu Oleh Para Pelanggan

Oleh Azleen Abdul Rahim TANPA asas yang amat kukuh, sesuatu jenama itu sama sekali tidak akan mampu membuatkan orang ramai ingat tentang jenama tersebut. Buatlah macam mana sekalipun, mereka cuma akan nampak jenama anda buat seketika dan kemudiannya beralih pandangan kepada benda seterusnya. Kini, dunia dibanjiri dengan berjuta-juta jenama. Menurut angka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya …

Saiz Pengikut Setia Anda Akan Tentukan Saiz Jualan

Oleh Azleen Abdul Rahim HAMPIR 3 bulan saya membuat kajian tentang bagaimana hubungan jumlah pengikut setia yang jenama-jenama besar di luar sana kumpulkan selama ini dengan perkembangan jualan yang mereka perolehi setiap tahun. Cuma pada beberapa minggu yang lalu sahaja kajian ini menampakkan hasil. Pemerhatian yang amat teliti tentang tingkahlaku mereka yang wujud di rangkaian-rangkaian …

5 Taktik Gunakan Kualiti Produk Untuk Kuatkan Penjenamaan Anda

Oleh Azleen Abdul Rahim Penjenamaan yang baik ialah apabila pengguna teringat tentang satu jenama tertentu apabila mereka melihat atau menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh, syarikat penerbangan apakah yang akan anda ingat sekiranya anda bercadang untuk ke Pulau Langkawi ketika cuti sekolah nanti? Sudah semestinya anda akan teringatkan AirAsia. Mengapa? Kerana pada fikiran anda, harga …

David Sharpe: Pendapatan Lumayan Melalui Internet Dengan 6 Langkah

Oleh Azleen Abdul Rahim SAYA terbaca satu artikel menarik yang diterbitkan oleh satu majalah pemasaran digital tempatan, Wooowiii.com tentang bagaimana perjalanan seorang jutawan bernama David Sharpe yang memperolehi pendapatan 8 angka hanya melalui internet pada usia tidak sampai 25 tahun. Beliau, yang dilahirkan pada tahun 1991 ini adalah pengerusi dan pemilik bersama syarikat Empower Network …

Bagaimana Hasilkan Blog Yang Menarik Minat Pembaca?

Oleh Azleen Abdul Rahim MAHU tidak mahu, untuk memudahkan para pengguna internet mencari jenama anda di dalam talian, anda perlu menulis. Anda tidak dapat lari dari realiti ini. Kenapa? Sebenarnya lebih kerap anda menulis, akan lebih kerap lagi algoritma pencarian enjin seperti Google, Yahoo dan Bing akan datang ke laman web atau blog anda untuk …

Masalah Utama Pemasaran Bagi Syarikat Baharu Ialah Ini

Oleh Azleen Abdul Rahim DALAM satu sesi perundingan saya dengan seorang Ketua Jabatan Pemasaran sebuah agensi kerajaan minggu lalu, terkeluar satu soalan dari beliau yang betul-betul menyengat sehinggakan saya masih terasa sehingga hari ini. Ia sangat terkesan kerana saya tidak mempunyai jawapan yang khusus sebenarnya. Soalan itu walaupun nampak mudah, tetapi jawapannya amat banyak sekali …

Kemeja T: Cetak Cara Ini Untuk Tinggalkan Impak Penjenamaan Yang Berpanjangan

Oleh Azleen Abdul Rahim KAEDAH pemasaran yang terbaik yang sebenarnya ialah semua jenis kaedah. Ia tidak boleh tertumpu kepada hanya satu-satu jenis sahaja, kerana ia akan gagal. Pemasaran digital amat bergantung harap kepada keupayaan pemasaran tradisional untuk berjaya, dan begitu juga sebaliknya. Mempunyai laman web dan media sosial sahaja tidak akan mampu pergi jauh tanpa …