Hubungi Azleen.com

Azleen seorang yang jarang bercakap, dan beliau lebih selesa menulis. Melalui kepakaran, pengalaman dan pembelajaran saya telah lama berada dalam industri pemasaran. Matlamat peribadinya ialah untuk memperkasakan setiap jenama dan individu di luar sana dengan idea pemasaran. Idea yang baik dan berkualiti mampu menjadikan perniagaan anda ataupun karier profesional anda lebih berjaya.

Apa yang anda perlukan hanyalah idea.

Pakar Strategi Pemasaran.

Azleen membantu jenama-jenama tidak kira dari perniagaan mikro kepada yang bersaiz gergasi menyediakan strategi pemasaran yang efektif. Dengan sedikit suntikan kreativiti ke dalam strategi, objektif pemasaran yang kabur boleh diterangkan kembali. Perjalanan setiap aktiviti yang bakal dilakukan juga akan lebih baik dan tersusun. Apabila kesemua elemen jelas, pulangan pelaburan akan menjadi lebih efisien dan mudah diramal. Diantara pelanggan beliau yang berprofil tinggi termasuklah Halal Expo Dubai, MIHAS, Operational Health Australia, TinkTank Singapore, AXA Affin General Insurance, MDEC, BIMB Investment, TH Travel, UMNO dan Joompa Singapore.

Konsultan dan Jurucakap

Selain daripada menyediakan strategi pemasaran, Azleen juga sering dijemput oleh beberapa organisasi untuk menjadi jurucakap dalam seminar, bengkel dan juga simposium rasmi. Diantara organisasi tersebut ialah Association of Financial Advisors Malaysia, CIDB Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UMNO dan juga Universiti Perguruan Sultan Idris.

Membangunkan Kandungan dan Editor

Azleen merupakan salah seorang rakan kongsi di syarikat NSE PLT. Di NSE, beliau adalah ketua kepada pasukan pembangunan kandungan yang ada. Mereka menulis blog untuk para pelanggan, merekabentuk grafik seperti poster dan infografik, serta juga menyediakan video untuk mereka. Ugly Hippos adalah satu syarikat penerbitan majalah digital, NSE PLT adalah salah satu daripada pemiliknya. Syarikat ini mempunyai empat majalah digital iaitu Azleen.com, Marketing In Asia, Halal In Asia dan juga Getaway In Asia. Di Ugly Hippo, Azleen telah dilantik sebagai ketua editor yang bertanggunggjawab memastikan setiap artikel yang ditulis disaring dengan teliti untuk memberikan impak terbaik untuk pembaca.

Penulis Jemputan dan Columnist.

Azleen mempunyai ruangannya sendiri di Utusan Malaysia, di halaman UtusanBiz. Penulisan tentang pemasaran digital pada setiap hari Selasa telah dipertanggungjawabkan kepada beliau oleh akhbar berbahasa Malaysia terkenal ini sejak 3 tahun lalu. Selain di Utusan Malaysia, artikel-artikel Azleen juga terdapat di laman web Leaderonomics, laman web kewangan LoanSolution Philippines dan juga portal teknologi Indonesia Labana ID.

Anda perlukan idea pemasaran?

Pandangan Azleen tentang penjenamaan, pemasaran digital, media sosial dan kandungan mungkin yang terbaik di rantau ini. Idea yang diberikan oleh beliau, terutamanya yang berkaitan dengan strategi, jauh lebih bernas, berkualiti, masuk akal dan praktikal yang jarang didapati dari mana-mana sumber di Malaysia. Sekiranya anda memerlukan Azleen untuk memperkuatkan strategi pemasaran, kandungan ataupun media sosial anda, anda boleh mengisi borang di bawah ini dan beliau akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.

Ingin menulis untuk Azleen.com?

Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam penjenamaan, pemasaran digital atau tradisional, media sosial, kandungan, pengiklanan, penulisan blog, SEO, pemasaran melalui e-mel ataupun mana-mana kombinasi ini, kami ingin menghubungi anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma mengisi borang di atas, dan tunggu panggilan dari kami. Mungkin kami boleh membantu anda menjadi sedikit popular berbanding hari ini.