Soalan-Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan-soalan lazim ini akan membantu anda mengenali laman blog Azleen.com ini dengan lebih pantas. Sekiranya anda mempunyai soalan tertentu yang tidak dijawab di sini, sila hantar pesanan ringkas terus kepada Azleen.com di Facebook Messenger

Siapakah pemilik Azleen.com?

Azleen Abdul Rahim. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang beliau di sini

Mengapa ia diwujudkan?

Untuk membantu anda melakar strategi pemasaran dengan lebih baik. Tidak kira sama ada anda ingin mendapatkan pekerjaan, mencari peluang bisnes, membesarkan rangkaian profesional dan sebagainya, hampir kesemua idea dan pendapat di sini boleh digunapakai. 

Apakah yang Azleen.com sedang lakukan sekarang?

Menulis dan menerbitkan seberapa banyak artikel yang bernas, praktikal dan berkualiti setiap minggu secara konsisten.

Adakah Azleen.com menerima penulisan dari individu atau syarikat lain? 

Tidak, buat masa ini belum lagi. 

Siapa pembaca Azleen.com?

Kebanyakannya adalah komuniti pemasar digital, penulis blog, agensi perhubungan awam, golongan korporat, ahli akademik, para pelajar dan mungkin juga pembaca-pembaca dari Singapura, Indonesia, Brunei dan rakyat Malaysia di luar negara. 

Siapakah yang memiliki hakcipta terpelihara bagi setiap kandungan di Azleen.com? 

Azleen Abdul Rahim

Berapa jenis kandungan yang ada di Azleen.com? 

Buat masa ini, hanya artikel dan persembahan slaid akan diberikan keutamaan. Perlahan-lahan kandungan berbentuk infografik dan video akan diperkenalkan.

Bolehkah saya meletakkan iklan produk saya di Azleen.com?

Boleh. Ia akan diletakkan di segmen Ditaja. Penulisan iklan perlu dalam bentuk artikel yang tidak kurang dari 400 perkataan yang perlu disertakan juga dengan gambar, poster atau video (pautan dari YouTube). Di dalam penulisan artikel ini, anda boleh memasukkan pautan-pautan untuk membawa pengunjung yang klik di pautan itu ke laman web atau media sosial anda. Lihat contoh ini. Setelah siap, boleh menghantarnya ke alamat e-mel ini.

Berapakah harganya?

Iklan bentuk ini dikenali sebagai artikel yang ditaja. Harganya cuma RM400 sahaja untuk setiap artikel. 

Berapa lamakah iklan saya akan berada di Azleen.com?

Ia tidak mempunyai tarikh luput. Dan iklan anda ini akan sentiasa diulang kongsi oleh Azleen.com selagi masih relevan, di rangkaian media sosial rasmi di LinkedIn dan Facebook.

Bolehkah saya meminta bantuan Azleen Abdul Rahim untuk strategi pemasaran syarikat saya? 

Sudah tentu. Anda cuma perlu klik di sini untuk mendapatkan temujanji.

Berapa kadar yang dikenakan untuk khidmat perundingan? 

Cuma RM800 untuk dua jam yang pertama. RM400 untuk setiap jam berikutnya. 

Apakah lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Azleen Abdul Rahim?

Selain perundingan, beliau juga menawarkan khidmat latihan tentang pemasaran melalui bengkel, penulisan artikel dalam Bahasa Melayu dan Inggeris bagi tujuan SEO (mendapatkan ranking yang tinggi di Google) dan juga khidmat pengurusan media sosial. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan klik di sini.

Adakah Azleen.com menerima siaran akhbar?

Cuma yang berbahasa Melayu sahaja. Anda cuma perlu menghantarnya melalui e-mel ke sini. Ia perlu beserta dengan gambar yang beresolusi tinggi sekiranya ia mempunyai gambar. Jika ada video, pautan YouTube perlu disediakan. Jika ia mempunyai podcast, pautan Spotify perlu disertakan. Jika ada persembahan slaid, pautan Slideshare perlu ada juga.

Temubual, adakah Azleen.com juga mempunyai segmen temubual dengan personaliti bisnes tertentu? 

Sudah semestinya. Ia akan dilakukan secara bertulis melalui e-mel. Perlahan-lahan kita akan memperkenalkan temubual melalui video.

Bolehkah saya meminta Azleen.com menemubual ketua pegawai eksekutif, ketua jabatan ataupun diri saya sendiri?

Sekiranya anda berasakan personaliti yang dicadangkan itu sesuai untuk diperkenalkan kepada komuniti profesional dan bisnes, boleh sahaja. Bayarannya cuma RM400 untuk setiap temubual. Anda boleh memberikan cadangan anda di sini.

Adakah Azleen.com juga bergerak aktif di media sosial? 

Ya, kita aktif hanya di dua rangkaian sahaja iaitu LinkedIn dan Facebook. 

Statistik Azleen.com, bagaimanakah keadaan trafik di laman web ini? 

Trafik di Azleen.com masih tidak begitu banyak lagi buat masa ini kerana laman blog ini baharu sahaja diperkenalkan kembali. Ini akan mengambil masa. Namun, kita akan meletakkan kandungan yang anda bayar itu di segmen Azleen.com di Marketing In Asia iaitu sebuah platform perkongsian kandungan yang juga dimiliki bersama oleh Azleen. Marketing In Asia adalah platform global dan ia mempunyai trafik yang tinggi.

Jumlah pengunjung sebulan di Marketing In Asia kini mencecah 33,000 orang berdasarkan jumlah impresi sebanyak 551,000 di Google. Ranking di Alexa pula kini hampir 219,000+ merupakan di antara yang tertinggi di rantau Asia.

Saya tidak nampak maklumat yang saya kehendaki. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang saya perlukan? 

Jangan risau. Anda boleh bertanya secara pesanan ringkas terus melalui Facebook Messenger ataupun menghantar e-mel ke azleen@marketinginasia.com

To Top